Kriteria Makanan Terbaik untuk Berbuka Ramadhan Ini

Kredit: dreamers.id

Sekarang sudah lebih seminggu rakyat Malaysia yang beragama Islam menjalani ibadah puasa dan pastinya sudah biasa dengan jadual bangun bersahur awal pagi untuk tahan lapar sehingga ke petang. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui kriteria-kriteria pemilihan makanan yang patut anda sediakan untuk berbuka. Jika makan makanan yang salah, anda mungkin masih lapar dan terlebih makan atau lebih teruk, mengalami pedih ulu hati. Jadi, mari kita lihat kriteria-kritera makanan terbaik untuk anda berbuka.

 

1. Hidangan Makanan Seimbang

Kredit: HikersBay

Makanan seimbang adalah penting baik semasa anda tidak berpuasa mahupun semasa berpuasa. Makanan seimbang ini penting untuk memberikan anda tenaga yang mencukupi untuk anda menjalani aktiviti sehari-harian anda. Jika anda makan makanan yang tertumpu pada satu kelas makanan sahaja, sama ada nasi atau makan daging dan ayam sahaja, badan anda tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan kerana kekurangan zat-zat yang diperlu dalam kelas makanan lain. Oleh itu, pastikan semasa berbuka, anda memilih hidangan yang lengkap dan kaya dengan serat, protein dan karbohidrat.

 

2. Tidak Terlalu Pedas

Kredit: straitstimes.com

Seelok-eloknya ketika berbuka, anda tidak memilih makanan yang terlalu pedas. Hal ini demikian kerana makanan pedas menyebabkan kandungan asid yang tinggi dalam perut dan boleh menghakis dinding perut yang kosong. Akibatnya, anda akan mengalami kepedihan di perut ataupun pedih ulu hati. Semasa berpuasa, pilih makanan yang bersifat sejuk atau lembut sebagai hidangan pertama anda semasa berbuka. Kemudian, anda boleh makan makanan yang sedikit pedas. Jika anda seseorang yang perlu makanan pedas untuk menikmati hidangan anda, anda boleh memilih untuk kurangkan kadar kepedasan makanan anda supaya anda masih boleh menikmati hidangan yang enak dan melindungi perut anda juga.

 

3. Elakkan Minuman Berkarbornat

Kredit: RawStory

Sama seperti makanan pedas, minuman berkarbonat juga memberikan kesan yang sama pada perut anda jika dinikmati semasa baru berbuka. Minuman berkarbonat mempunyai kandungan gas yang tinggi dan akan menyebabkan anda cepat kenyang. Keadaan ini tidak elok untuk perut anda kerana perut anda yang kosong penuh dengan angin dan bukannya dengan makanan. Akibatnya, perut anda akan berasa berat dan berangin. Oleh itu, adalah lebih baik untuk berbuka dengan air kosong mahupun air yang menyegarkan seperti air limau dan daun selasih terlebih dahulu sebelum memilih minuman yang berkarbonat.

 

4. Elakkan Makanan Terlalu Manis

Kredit: India Today – India Today Group

Adalah sunnah untuk berbuka dengan makanan yang manis, tapi janganlah memilih hidangan yang manis sebagai makanan utama anda. Makanan yang terlalu manis boleh menyebabkan perut anda sakit jika makan terlalu banyak dan tidak mengenyangkan. Gula mempunyai komponen karbohidrat yang cepat dibakar dalam perut anda, khususnya apabila ketika berpuasa. Oleh itu, anda tidak akan berasa kenyang dan membuatkan anda tidak dapat berhenti makanan.

 

5. Jangan Ikut Nafsu

Kredit: kitamuda.id

Semasa anda berpuasa, keinginan dan nafsu makan akan menjadi semakin kuat apabila anda membeli-belah di bazar Ramadhan ataupun ketika membeli barangan runcit untuk dimasak dan dinikmati semasa waktu berbuka. Oleh itu, anda sering mendapati diri anda membeli makanan lebih daripada yang anda perlukan . Akhirnya, makanan tersebut akan dibuang begitu sahaja. Anda perlu menguatkan diri anda dalam mencari makanan untuk berbuka untuk mengelakkan diri anda daripada membazir makanan. Ingat, membazir ialah amalan syaitan!

 

Itulah antara kriteria-kriteria makanan yang anda perlu cari untuk dinikmati semasa waktu berbuka. Bulan berpuasa ialah bulan untuk membersihkan rohani dan fizikal anda daripada sebarang toksin yang ada. Bermula dengan makanan yang anda makan, semoga proses pembuangan toksin badan berjalan lancar sehingga ke penghujung bulan Ramadhan ini.

 

Artikel Lain:

Sambut Ramadan Dengan Makanan Sunnah Nabi

Healthy Eating Habits to Cultivate When Fasting During Ramadan

Snek Terbaik & Mengenyangkan untuk Anda Bersahur

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş