5 Tips dari Chef Cara Memasak Ikan Kukus

Ikan kukus merupakan salah satu hidangan ikan yang bukan saja mengamit rasa tapi sangat berkhasiat. Berbanding dengan membakar atau menggoreng ikan, cara mengukus dapat memelihara perisa segar dan asli.

Penduduk di Asia tenggara mempunyai pelbagai resepi ikan kukus dan antara kegemaran ramai ialah Hong Kong-style fish, ikan kukus limau dan pelbagai lagi.

Terdapat pelbagai cara untuk menyediakan ikan kukus dengan betul dan kami di Butterkicap mahu berkongsi beberapa tips dari chef berpengalaman yang boleh anda amalkan untuk memasak ikan kukus agar hidangan anda sentiasa menjadi pujaan hati ramai.

 

1. Jenis ikan

Antara ikan yang bagus digunakan untuk hidangan ikan kukus yang mempunyai isi yang manis, kurang tulang serta tidak mempunyai bau ikan yang kuat seperti tuna. Antara ikan yang disyorkan untuk mengukus ialah ikan siakap, ikan tilapia, ikan jenahak dan ikan kerapu.

 

2. Tahap kesegaran

Bagi mengetahui kesegaran ikan tersebut. Antaranya ialah melihat pada mata ikan tersebut dan lihat jikalau matanya cerah dan jelas. Langkah seterusnya ialah bau ikan tersebut dan jika ikan tersebut tidak menyenangkan hidung anda, maka pilihlah ikan yang lebih baik.

Seterusnya ialah melihat kepada insang ikan tersebut kerana ianya seharusnya berwarna merah terang dan jika ikan tersebut tidak segar maka warna insang akan menjadi warna merah gelap. Lebih segar ikan tersebut, lebih mengamit selera lah hidangan ikan kukus anda nanti.

 

3. Bahagian ikan

Ini antara soalan yang ditanya oleh kebanyakkan individu yang ingin memasak ikan kukus samada memilih ikan filet atau mengukus keseluruh ikan. Jawapannya berbeza untuk satu individu ke lain; jika bilangannya sedikit maka ikan filet sudah memadai tetapi jika lebih ramai yang akan makannya, kukus lah seekor ikan.

Bagi mereka yang masih tidak pasti sama ada ingin mengukus bahagian isinya sahaja atau seekor ikan tersebut, ianya lebih disyorkan agar mengukus keseluruhan ikan tersebut. Ini kerana kerana bahagian tulang ikan akan memindahkan haba dan memasak ikan secara merata sementara juga mengelak ikan menjadi kering berbanding memasak dengan ikan yang terdedah.

 

4. Menghilangkan bau

Tips lain yang hendak dikongsi ialah cara menghilangkan bau ikan kepada mereka yang tidak mendapat ikan yang segar. Terdapat beberapa cara dan antaranya ialah menambahkan hirisan halus halia yang boleh menghilangkan bau ikan yang kurang menyenangkan. Di samping itu, selalu menggunakan air yang bersih bagi mengelakkan bau ikan.

Bau ikan turut boleh dihilangkan dengan menyapu minyak bijan pada ikan tersebut. Cara lain yang turut boleh diamalkan semasa menghilangkan bau ikan ialah dengan merendam ikan dalam air yang dicampurkan dengan cuka kerana cuka dapat mengurangkan bau hanyir ikan.

Selain dari menggunakan hirisan halia dan air segar, anda juga boleh menggunakan sitrus. Limau atau oren juga dua bahan yang sangat efektif dalam menghilangkan bau hanyir. Langkah ini untuk membuang bau hanyir amat penting terutama untuk hidangan ikan kukus.

 

5. Masa mengukus

Walaupun anda mempunyai periuk yang canggih, namun masa untuk mengukus ikan merupakan hal yang kurang diketahui oleh khalayak ramai. Tips yang boleh dikongsi ialah dengan melihat kepada isi ikan tersebut. Ikan kukus yang sudah dibuat dan boleh dimakan adalah apabila isi ikan tersebut bertukar warna menjadi putih dan ianya mudah dileraikan daripada tulang.

Bagi memudahkan pembaca, masa untuk mengukus ikan yang saiznya tidak besar ialah di antara 8 hingga 10 minit manakala bagi ikan yang saiznya besar ialah selama 15 minit. Selain itu, cara lain yang turut boleh digunakannya ialah dengan mengukur ikan pada tahap yang paling tebal dan kemudian menganggarkan 10 minit bagi setiap satu inci ketebalan tersebut. Tetapi ingat! Lebih baik jikalau anda melihat isi ikan tersebut.

Kepada mereka yang masih mengagak sama ada ikan kukus tersebut sudah masak atau belum, cara lain ialah dengan menusuk hujung pisau ke bahagian ikan yang paling tebal dan cuba rasa tahap suhu pisau itu (dengan berhati-hati) dengan bahagian bawah bibir anda.

 

 

Dan itulah antara tips yang boleh kami di Butterkicap berkongsi dengan anda semua. Ingatlah bahawa ikan kukus mempunyai banyak kebaikan kerana ianya bukan sahaja mengekalkan rasa ikan yang asli tetapi juga menyimpan khasiat ikan seperti Omega-3, Vitamin D dan B2, Kalsium dan juga mineral-mineral keperluan manusian sejagat.

Cubalah tips ini dirumah dan semasa anda membuat ikan kukus. Hashtag kami di #butterkicap dan kongsi lah bersama tips lain yang anda tahu. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.