9 Sayuran Yang Anda Tidak Perlu Beli Sepanjang Hayat

Kredit: maxpull.com

Demi memastikan setiap hari menu yang diambil adalah sihat dan seimbang, ia haruslah mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan dalam kadar yang seimbang dan paling penting, perlu ada sayur! Ya, sayur-sayuran paling bagus dan sedap bila dimasak atau dimakan segar. Tetapi anda mungkin sering kesuntukan masa untuk ke pasar atau kedai sayur setiap hari untuk mendapatkan bekalan sayur-sayuran segar. Alangkah seronok jika sayur-sayuran boleh dipetik sahaja daripada pokok di belakang halaman rumah? Apa kata pada kali ini anda jadikannya realiti dengan menanam sendiri sahaja 9 jenis sayuran ini kerana ia sungguh mudah dan menjimatkan!

 

  1. Bawang putih

Selain bawang merah dan bawang besar, dapur tidak akan lengkap tanpa adanya allium sativum, atau lebih dikenali dengan nama bawang putih. Sejarah bawang putih dikatakan wujud sejak 7000 tahun yang lalu, namun tarikh sebenar bawang putih mula digunapakai dipercayai bermula seawal 5000 tahun yang lalu dan bermula di Asia Tengah.

Tumbuhan umbi ini mempunyai bau yang kuat namun kaya dengan pelbagai fungsi baik dari segi penggunaannya ke dalam masakan ataupun perubatan. Selain menjadi penambah rasa ke dalam pelbagai jenis masakan seperti sayur goreng, sup, tom yam dan sebagainya, bawang putih telah terbukti mampu menjadi penawar dan penghalang bagi pelbagai jenis penyakit seperti menurunkan gula dalam darah, menyembuhkan atau mencegah jangkitan selsema dan demam, mencegah keracunan makanan dan sebagainya.

Cara untuk anda menanamnya juga cukup mudah. Selabu bawang putih dibiarkan beberapa lama sehingga ia mula ditumbuhi dengan daun bawang. Kemudian, bawang putih tersebut hendaklah ditanam ke dalam tanah yang subur, sebolehnya elakkan tanah yang terlalu berair kerana boleh merosakkan tumbuhan tersebut kelak. Cara untuk mengenalpasti sama ada bawang tersebut sudah boleh digali atau tidak ialah dengan melihat kepada perubahan daunnya yang akan menguning, menjadi coklat dan kemudiannya layu.

 

  1. Lobak merah

Lobak merah merupakan sayur yang menjadi kegemaran semua. Dengan warnanya yang terang dan rasanya yang manis, lobak merah juga merupakan sayur yang boleh anda tanam sendiri di rumah. Lobak merah selalunya ditanam di kawasan tanah tinggi dan bukan di kawasan tanah rendah. Ia akan mula bercambah selepas 1 hingga 3 minggu selepas ditanam dan selalunya sudah boleh mula dituai setelah 8 minggu.

Lobak merah boleh dikatakan sayur yang sesuai dimasak dengan apa cara sekalipun baik masakan kari, sup, gulai dan kacau-goreng. Lebih istimewa, ia juga sangat sedap untuk dibuat jus! Merupakan sejenis sayur yang kaya dengan beta keroten, kalsium, potassium, vitamin A dan vitamin B. Khasiat yang terkandung di dalam lobak merah mampu mencerahkan mata, menyihatkan kulit, bertindak sebagai antibodi, mencegah serangan sakit jantung dan pelbagai lagi kelebihan yang lain.

 

  1. Bok choy

Sayur bok choy atau pak choy merupakan sejenis sayuran yang berasal daripada jenis kubis Cina. Paling sinonim dengan masyrakat Cina dalam masakan dan perubatan mereka, bok choy ialah sayuran yang ringkas berdaun hijau namun tidak kalah dalam kehebatannya dari segi khasiat dan rasa.

Mudahnya menanam bok choy adalah kerana ia boleh dilakukan dalam dua cara: secara biasa menggunakan tanah dan sistem hidroponik. Setelah melalui proses semaian, anak pokok bok choy bolehlah dipindahkan ke dalam tanah untuk ditanam secara biasa ataupun secara hidroponik. Sistem hidroponik bermaksud sistem tanaman menggunakan air (sahaja) dan lebih sistematik dan menjimatkan ruang.

Dek kerana rasanya yang manis dan tidak pahit, sayur bok choy paling sesuai dimasak dalam kuantiti masa yang pendek bagi mengelakkan menjadi layu dan hilang khasiatnya. Antara khasiat yang terkandung di dalam bok choy ialah vitamin C, K, dan A, kalsium, zat besi, magnesium dan sebagainya yang mana mampu menjana sistem imun yang lancar, bertindak sebagai antioksida, dan merangsang fungsi sistem saraf dan otot yang baik.

 

  1. Salad Romaine

Bagi yang memang terbiasa dengan makanan sihat, pasti sudah arif dengan jenis-jenis salad yang ada, contohnya seperti salad Romaine. Seperti juga sayur bok choy, anda juga boleh menanam salad Romaine sama ada dengan kaedah biasa ataupun kaedah hidroponik. Semua jenis salad secara umumnya mempunyai cara penanaman yang hampir sama, cuma berbeza dari segi keperluan cahaya dan suhu.

Salad Romaine sesuai ditanam sepanjang tahun dengan iklim di Malaysia, namun waktu terbaik adalah di antara bulan April kerana cuaca tidak terlalu panas dan sejuk. Mengambil masa lebih kurang 6 minggu sebelum boleh mula dipetik, salad Romaine sememangnya mudah untuk ditanam dan membolehkan anda memetiknya segar pada bila-bila masa!

 

  1. Daun bawang

Tambahan daun bawang ternyata memberi impak yang besar apabila ditambah ke dalam masakan bersup ataupun salad, menjadikan sajian lebih wangi.

Terdapat tiga cara untuk menanam daun bawang iaitu menanam menggunakan umbi atau benihnya, menanam di dalam pot atau menanam daun bawang di dalam botol kaca. Ketiga-tiganya merupakan proses yang sangat mudah untuk dilakukan dan hanya memerlukan ruang yang sedikit, malahan boleh dilakukan jika anda tidak mempunyai halaman rumah untuk menanam sekalipun!

 

  1. Daun saderi

Daun saderi paling terkenal dengan kebolehannya untuk membersihkan buah pinggang. Dengan harganya yang murah dan senang untuk ditanam, tiada sebab untuk anda tidak menanamnya sendiri setelah membelinya. Seperti juga daun bawang, daun sup tidak memerlukan proses yang rumit untuk menanamnya dan hatta boleh ditanam di dalam botol dan diletakkan di tepi sinki!

Seperti sayur-sayuran lain yang berkhasiat, daun saderi kaya dengan fosforus, natrium, kalium, vitamin A, B kompleks dan C yang ternyata sangat baik untuk kesihatan.

 

  1. Ketumbar

Ketumbar atau nama saintifiknya coriandrum sativum seringkali juga digunakan sebagai bahan penyedap untuk sup.

Bagi menjimatkan wang, anda yang kerap kali menggunakan ketumbar ke dalam masakan boleh mencuba untuk menanamnya sendiri di rumah dengan cara merendam benih ketumbar ke dalam air suam selama 2 hingga 12 jam bagi mengaktifkan biji benih ketumbar. Setelah itu, bolehlah ditaburkan keatas tanah yang berkedalaman 1-2 sentimeter dan disiram menggunakan penyembur. Biji akan mula tumbuh setelah mengambil masa selama 7 hingga 10 hari.

Anda cuma perlu potong di bahagian bawah pokok ketumbar yang matang bagi bagi memastikan pokok terus tumbuh untuk masa seterusnya.

 

  1. Selasih

Selasih ialah tanaman kuno yang telah dibudayakan oleh masyarakat Mesir kuno sejak 3000 tahun yang lalu. Baunya yang seakan-akan serai mampu meningkatkan selera ketika makan.

Bagi anda yang mahu menanam selasih, perlu disemai sehingga tempoh 1 hingga 3 minggu sebelum boleh dialihkan ke medium tanaman yang sebenar. Selasih sudah boleh mula dipetik apabila daunnya telah matang dan bersaiz lebih kurang 25 sentimeter.

Khasiat selasih ialah mampu menjaga kesihatan jantung, menghalang radikal bebas yang merbahaya, mencegah kanser, dan baik untuk kesihatan kulit. Kebaikan yang diperolehi daripada selasih berasal daripada pelbagai khasiat yang terkandung di dalam tumbuhan selasih itu sendiri iaitu contohnya riboflavin, pelbagai jenis vitamin seperti B6, C, A, E, D dan K, thiamin dan beberapa lagi bahan yang ternyata sangat bagus untuk kesihatan.

 

  1. Globe artichoke

Bagi yang kurang mengenali apa itu globe artichoke, ia merupakan sejenis tumbuhan yang berasal daripada keluarga tumbuhan herba dan sangat bagus untuk kesihatan. Jika di Eropah, globe artichoke boleh dikatakan tergolong dalam kategori makanan mewah dan agak mahal harganya. Namun begitu, anda masih boleh menikmati globe artichoke dengan menanamnya sendiri di rumah anda.

Globe artichoke boleh ditanam seperti biasa apabila telah bercambah dan tidak terlalu rumit untuk diuruskan, asalkan tanah yang digunakan cukup subur dan lembap.

Globe artichoke biasanya dimasak dengan cara rebus ataupun kukus, dan bunga yang matang mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak. Paling tinggi dengan antioksida, asid folik dan serat, globe artichoke boleh mencegah kanser, membantu kesihatan jantung, kesihatan tulang dan fungsi metabolisma.

Dengan menanam sendiri sayur-sayuran seperti yang disebutkan di atas, anda pasti dapat menjimatkan sedikit perbelanjaan dapur bagi membeli sayuran, dan paling penting, boleh dimakan segar setiap hari tanpa perlu renyah untuk mendapatkannya di pasar.

 

 

print
Bibi Mokrat

Fresh-from-the-oven writer who actually takes pride in the quote 'Women belongs in the kitchen' because that's exactly where she wants to be - most of the time

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş