Karipap Ayam Untuk Hilangkan Rasa Bosan di Rumah

Kredit: Gerald Lee

Karipap ayam ini pasti boleh hilangkan kebosanan anda untuk hari-hari mendatang khususnya apabila Perdana Menteri kita baru saja mengumumkan tempoh perintah kawalan pergerakan akan berlanjutan hingga 14 April ini.

Apa khabar semua? Sudah lama kita tak bersua di Butterkicap. Saya harap anda semua terus kuat dan tabah mengharungi saat-saat sukar ini, khususnya bagi yang sedang berkurung di rumah sendirian. Apabila kuarantin jauh daripada keluarga, sememangnya mudah untuk kita menjadi hilang punca. Oleh itu, penting untuk kita mengisi masa terluang dengan aktiviti berfaedah seperti menyediakan karipap ayam yang menyelerakan ini.

Mengubat Kerinduan

Karipap merupakan kuih yang penuh dengan nostalgia bagi kita. Karipaplah kuih pilihan mak untuk dijadikan sebagai kudapan minum petang keluarga. Karipaplah yang menjadi menu wajib bagi setiap majlis dan keraian keluarga. Jadi, kalau anda rindukan keluarga dalam kemelut ini, ubatlah kerinduan anda dengan sajian karipap ayam ini. Tanam rasa positif untuk mahirkan diri dan sediakannya untuk seisi keluarga apabila anda berjumpa dengan mereka nanti.

Bahan-Bahan:

a) Inti

  • 250g kepingan filet ayam, dipotong menjadi kiub
  • 4 sudu besar serbuk kari daging, tambahkan 1 sudu besar air untuk hasilkan pes
  • 4 sudu besar minyak sayuran
  • 2 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 4 ulas bawang putih, dicincang
  • 4 biji telur rebus, dihiris baji
  • 400g kentang
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar gula
  • 1 awan air
  • 1 tangkai daun kari, dihiris

b) Doh Karipap:

  • 450g tepung serbaguna
  • 3 biji telur, disimpan pada suhu bilik
  • 130ml air suam
  • 1/2 sudu teh garam

c) Minyak Doh Karipap:

  • 250g tepung serbaguna, diayak
  • 200g mentega, dicairkan

Cara-Cara:

a) Inti

  1. Panaskan minyak dalam kuali atas api sederhana. Kemudian, tumis bawang putih dan bawang cincang.
  2. Masukkan pes kari daging dan tumis hingga wangi.
  3. Masukkan kepingan filet ayam dan masak untuk beberapa minit.
  4. Masukkan air. Tunggu hingga mendidih.
  5. Masukkan semua ketulan kentang.
  6. Perasa dengan garam, gula dan kicap cair.
  7. Tutup dan biar mereneh hingga kentang empuk dan kuah kari semakin mengering.
  8. Masukkan daun kari dicincang.
  9. Ketepikan hingga menyejuk sementara menyediakan pastri untuk karipap anda.

b) Doh Air & Doh Minyak

  1. Pukul telur sedikit.
  2. Gabungkan tepung yang diayak, garam, telur yang dipukul sedikit dan air di dalam sebuah mangkuk adunan besar. Kemudian, uli hingga doh lembut terbentuk.
  3. Uli doh hingga halus.
  4. Tutup dengan tuala dan ketepikan sekurangnya selama 30 minit.
  5. Sementara itu, sediakan doh minyak. Gabungkan tepung diayak dan mentega cair dalam sebuah mangkuk adunan.
  6. Kacau rata mentega cair untuk membentuk doh lembut.
  7. Bahagikan doh minyak menjadi 20 – 25 bebola seberat 15g setiap satu.
  8. Kemudian, bahagikan doh air menjadi 20-25 bebola seberat 25g setiap satu.
  9. Canai setiap doh air hingga menjadi bulat dan rata. Letakkan satu bebola minyak di tengah.
  10. Kelimkan doh air untuk menutup doh minyak. Ulang langkah 9-10 hingga semua doh air dan minyak habis.
  11. Tutup semua bebola doh dengan kain basah untuk mengelakkan doh menjadi kering.
  12. Untuk setiap bebola, canai pada permukaan yang ditepung sedikit hinggan menjadi bentuk segi empat tepat memanjang dengan kayu pencanai.
  13. Gulung dari satu hujung seperti menggulung kek gulung.
  14. Tegakkan doh.
  15. Canai doh sekali lagi menjadi segi empat tempat yang memanjang.
  16. Gulung seperti kek gulung sekali lagi. Ulang langkah ini untuk baki doh yang lain.
  17. Bahagi setiap bebola doh kepada dua bahagian yang sama saiz menggunakan pisau yang tajam. Pusaran dapat dilihat dengan jelas pada setiap bebola doh.
  18. Untuk meratakan setiap ketulan doh yang dipotong, letakkan bahagian doh yang dipotong di bawah pada permukaan yang ditepung sedikit..
  19. Menggunakan kayu pencanai, tekan doh hingga rata dan canai hingga doh menjadi bulat.
  20. 20.Position the flatten dough with circles sits like a half-moon before adding filling in centre.
  21. Letakkan 1 sudu besar inti dan hirisan telur di tengah-tengah doh.
  22. Lipat dan bentukkan doh seperti bulan sabit dan picit hujung doh untuk pastikan inti tak terkeluar.
  23. Letakkan doh di dalam acuan karipap dan tutup. Keluarkan lebihan doh di tepi acuan. Doh lebihan akan tertanggal dengan mudah.
  24. Ulang langkah ini hingga doh dan inti habis.

b) Menggoreng Karipap

  1. Panaskan minyak yang mencukup untuk menggoreng. Tumis sedikit daun kari di dalam minyak panas untuk menambah perisa ke dalam minyak atas suhu sederhana tinggi. Keluarkan daun kari apabila sudah rangup.
  2. Perlahan-lahan, masukkan 4 biji karipap pada satu masa, dan biar digoreng atas api sederhana besar hingga bertukar kuning keemasan.
  3. Alihkah karipap hanya apabila bahagian digoreng bertukar kuning keemasan dan rangup. Terus menggoreng bahagian satu lagi hingga masak.
  4. Keluarkan karipap yang digoreng menggunakan penapis besi.
  5. Serap minyak lebihan menggunakan tisu dapur.
  6. Karipap ini disyorkan dimakan ketika masih panas.

Nota;

  • Resepi karipap ini boleh disejuk beku dan digoreng sebelum dihidangkan. Letakkan karipap dalam kepingan plastik dan pisahkan setiap biji sebelum simpan di dalam peti sejuk.
  • Minyak mesti panas sebelum menggoreng karipap pada suhu sederhana tinggi.
  • Untuk menggoreng karipap yang disejukbeku, jangan biar karipap mencair. Goreng pad suhu rendah dan keluarkan karipap apabila bertukar warna perang keemasan.

Menghilangkan Bosan Secara Efektif!

Meskipun ada perlu bertahan tinggal di rumah selama dua minggu lagi, itu tak bermakna anda perlu biar diri anda dan keluarga diselubungi rasa bosan. Jadikan resepi karipap pusing ayam ini sebagai satu projek yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga. Hasilnya akan menjadi lebih enak, percayalah!

Jangan lupa untuk kongsi dengan saya masakan Nyonya kegemaran anda dan jika anda ada permintaan masakan yang anda ingin saya dan Butterkicap kongsikan.

Kalau ada permintaannya, jangan lupa untuk mengikuti Butterkicap dan saya di laman Instagram. Senang untuk kami penuhi permintaan anda itu!

print
Justine Lim

With love for the freshest and natural ingredients, Justine Lim aspires to recreate heritage Malaysian recipes into modern, elegant-looking delicacies. Catch more of her delicious creations on her Instagram profile, @justinescakesnkueh

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş