9 Cara Sihatkan Makanan Tidak Sihat Kegemaran Anda

Sihatkan makanan anda dengan 9 cara khas Butterkicap ini. Anda tidak perlu rasa berbelah bahagi lagi untuk korbankan makanan kegemaran anda demi untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Rakyat Malaysia memang hidup berpegangkan prinsip ‘hidup untuk makan’. Mana tidaknya jika ada pelbagai pilihan juadah untuk anda nikmati di negara ini. Namakan segala macam makanan yang anda idamkan. Anda pasti boleh dapatkan makanan tersebut di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu.

Oleh itu, terdapat keperluan untuk rakyat Malaysia mencari cara untuk mengurangkan risiko menghidapi penyakit berbahaya seperti diabetes, penyakit jantung, darah tinggi dan kolestrol tinggi tanpa perlu mengorbankan semua makanan kegemaran mereka.

Jangan khuatir, jangan risau kerana di sini ada 7 cara untuk anda sihatkan makanan tidak sihat kegemaran anda.

 

1. Buang Kulit Ayam

Kebanyakan rakyat Malaysia gemar makan ayam goreng apatah lagi ayam goreng yang rangup dan berkriuk seperti Ayam Kentucky Fried Chicken atau KFC. Tidak sah kalau dalam satu hari mereka tidak makan ayam goreng. Namun begitu, hidangan selesa ini tidak boleh dimakan selalu kerana boleh ayam yang berminyak ini hanya meningkatkan risiko anda menghidapi penyakit jantung dan kolestrol tinggi.

Cara untuk mengelakkan daripada diri anda menghidapi penyakit berbahaya ini tanpa menyingkirkan ayam goreng daripada diet anda adalah dengan membuang kulit ayan yang berkriuk itu. Kami tahu sangat sakit untuk buat begitu tapi itu adalah lebih baik daripada sakit di kemudian hari.

 

2. Potong Lemak

Kalau anda pencinta daging tegar, anda pasti tahu lemak daginglah yang paling sedap untuk makan, khususnya kalau anda bernasib baik untuk rasa lemak muda yang cukup manis. Kalau sudah namanya lemak, pastilah tidak bagus untuk kesihatan anda.

Jadi, buanglah lemak-lemak pada daging sebelum masak untuk jadikan hidangan anda itu lebih sihat. Tidak mengapa buang lemak pada makanan anda kerana anda secara tidak langsung, membuang lemak pada badan anda juga.

 

3. Rebus Maggi

Kredit: resepi-cara-memasak-maggi-ketam-sedap.blogspot.my

Maggi dan rakyat Malaysia berpisah tiada. Dalam setiap rumah, khususnya dalam kabinet makanan para pelajar universiti dan kolej tempatan, wajib untuk mereka menyimpan sebungkus mi Maggi sebagai alas perut yang lapar pada waktu tengah malam atau ketika belajar. Namun begitu, tidak elok untuk kerap makan mi Maggi kerana mi tersebut dililin dengan bahan kimia yang akan merosakkan organ dalaman anda.

Oleh itu, untuk kurangkan kadar bahaya mi tersebut terhadap kesihatan anda, rebus mi Maggi seperti biasa dan buang air rebusan keruh tersebut. Tiada apa-apa yang berubah kalau anda buang air rebusan tersebut.

 

3. Dada Lebih Baik

Rakyat Malaysia gemar makan ayam. Antara daging-daging lain, ayamlah yang menjadi pilihan. Namun begitu, satu kepelikan rakyat Malaysia ini ialah mereka suka makan ayam di bahagian bertulang dan kurang isi seperti paha dan kepak berbanding di bahagian lebih berisi seperti bahagian dada.

Hal ini demikian kerana bahagian dada kurang berlemak seperti bahagian-bahagian lain dan membuatkan anda cepat kenyang. Namun begitu, anda mungkin mahu berkira-kira untuk mula belajar makan bahagian dada ayam kerana itulah bahagian yang paling sihat dan kurang berisiko untuk anda makan.

 

8. Rebus dan Stim Lebih Baik

Makanan yang sihat, secara amnya, ialah makanan yang tidak mengandungi lemak tinggi atau berminyak. Jadi, kalau anda mahu makan banyak tapi tidak mahu peningkan kepala fikirkan tentang minyak dan lemak, pilihlah cara memasak secara rebus atau stim untuk buatkan anda tidak rasa bersalah untuk makan.

Makanan yang direbus dan stim memelihara zat-zat dan nutrien asal makanan tersebut untuk tidak hilang atau bertukar menjadi nutrien yang tidak diperlukan badan kita. Sebab itulah, apabila anda makan ayam goreng anda berasa badan lebih berat dan letih berbanding makan ayam yang distim.

 

5. Aiskrim DIY

Adat aiskrim adalah lagi lemak, lagi sedap. Lagi manis, lagi naik selera nak makan. Namun begitu, ada pilihan aiskrim yang lebih sihat yang diperbuat daripada yogurt yang lebih enak daripada aiskrim kegemaran anda. Kalau anda mahu lebih sihat lagi, potonglah buah dan sejuk bekukan untuk anda nikmati sebagai pengganti aiskrim yang lebih sihat.

 

6. Pilih yang Hitam

Makan makanan manis seperti coklat perlulah secara berpada-pada kerana jika makan tak ingat dunia, silap haribulan anda tidak boleh makan walau secubit coklat sekalipun kerana menghidapi diabetes.

Kami bukanlah mengatakan bahawa anda tidak boleh makan coklat tapi pilihlah coklat hitam yang kurang manis dan sedikit pahit untuk anda dijadikan pencuci mulut selepas makan. Tambahan pula, rasa coklat hitam yang sedikit pahit akan mematikan selera anda daripada makan lebih daripada yang sepatutnya. Jadi, pilihlah yang hitam.

 

7. Bakar, Bakar, Bakar

Antara makanan yang dibakar dan digoreng, makanan bakar adalah lebih sihat. Hal ini demikian kerana makanan tersebut tidak dimasak dalam kolam minyak yang tidak baik untuk kesihatan anda. Minyak merupakan punca kadar kolestrol dalam badan anda meningkat dan menyebabkan arteri dalam jantung anda tersumbat.

Tambahan pula, makanan bakar adalah lebih enak dan mengekalkan rasa sebenar makanan tersebut untuk berikan pengalaman makan yang lebih menarik bagi anda.

 

 

9. Masak Sendiri vs. Beli

Di kota metropolitan Kuala Lumpur ini, tiada sesiapa yang mempunyai masa untuk memasak. Dengan jadual yang sibuk dan padat, ramai yang memilih untuk membeli makanan daripada memasak. Hakikatnya, perbuatan “menyenangkan” diri anda ini akan memakan anda kembali di usia tua.

Apabila anda membeli makanan, anda tidak tahu risiko sebenar yang anda sebenarnya ambil. Hal ini demikian kerana anda tidak tahu jumlah gula, garam, ajinamoto dan bahan tidak sihat lain yang dimasukkan dalam makanan anda.

Untuk elakkan anda menyesal di kemudian hari, rajin-rajinkanlah memasak dan cuba resepi-resepi mudah dan cepat Butterkicap.

 

 

Sekarang, anda bolehlah amalkan 9 cara sihatkan makanan ini supaya anda masih boleh menikmati makanan kegemaran anda tanpa perlu risau tentang keadaan kesihatan anda lagi. Ada cara lain yang anda gunakan untuk sihatkan lagi makanan anda? Jangan lupa kongsi bersama kami di Butterkicap!

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.