15 Lokasi Bazaar Ramadhan yang Paling Popular

Antara kemeriahan dan kelainan bulan Ramadhan di Malaysia berbanding negara yang lain ialah adanya bazaar ramadan yang menjual pelbagai jenis juadah dan minuman untuk hidangan iftar. Apabila tibanya bulan puasa, bazaar ramadan sangatlah dinanti-nantikan oleh semua masyarakat Malaysia tidak mengira lapisan bangsa dan umur. Tempat ini amatlah popular dan menjadi tumpuan ibarat pasar raya atau pusat membeli belah.

Konsepnya adalah sama seperti pasar malam atau pasar tani, apa yang membezakannya ialah peniaga lebih memfokuskan kepada penjualan makanan. Selera kita pun jadi besar apabila berkunjung ke bazaar ramadan. Mana taknya, kita pergi ketika kita sedang lapar dan tidak makan apa-apa di siang harini. Jadinya, apabila nampak makanan yang sangat banyak, mata kita pun jadi rambang dan beli tanpa memikirkan yang kita tidak mungkin menghabiskan makanan dengan kuantiti yang banyak dalam satu malam.

Oleh kerana, rakyat Malaysia gemar berkunjung ke bazaar Ramadan. Di bawah ini kami senaraikan beberapa tapak bazaar ramadan yang kerap menjadi tumpuan rakyat Malaysia sekitar Lembah Klang.

 

Bazaar #1: Bazaar Ramadhan Flat PKNS, Jalan Kuching

Bazaar Ramadhan
Kredit: rasa.my

Bazaar Ramadan Flat PKNS, Jalan Kuching ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk di sekitar Kuala Lumpur terutama penduduk berhampiran Jalan Kuching ini. Pelbagai jenis makanan yang anda boleh perolehi di sini. Antaranya, masakan bergoreng, minuman buah-buahan, hidangan lauk-pauk yang pelbagai dan macam-macam lagi.

Juadah yang dijual pada harga yang sangat berpatutan dengan saiz hidangannya. Apa yang penting, jangan pergi last minutes sebelum berbuka. Nanti akan bersesak-sesak dengan orang ramai. Rancang perjalanan ke bazaar ramadan anda.

Disini kami serta kan lokasi bazaar Ramadhan Jalan Kuching untuk rujukan anda. Selamat berkunjung!

Bazaar #2: Bazaar Ramadhan Taman Tun Dr. Ismail

Bazaar Ramadhan
Kredit: Youtube.com

Bazaar ini terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 2. Ia terkenal dengan penjualan pelbagai juadah berbuka yang sangat istimewa dan lazat. Anda boleh berkunjung ke sini untuk merasai sendiri kemeriahan bazaar ini. Juadah nasi tomato ayam masak merah antara juadah yang menjadi pilihan pengunjung bazaar ini. Selain itu, pelbagai jenis kuih-muih yang enak anda boleh dapati di sini. Harga yang ditawarkan oleh peniaga adalah berpatutan dan bersesuian dengan saiz hidangan makanan tersebut.

Hidangan kuih yang anda boleh beli di sini, antaranya kuih pelita dan popiah. Ada banyak lagi pilihan makanan yang pelbagai.

Jangan lepaskan peluang berkunjung ke bazaar ini sementara masih Ramadan ini bagi anda yang berada berdekatan dengan Taman Tun Dr. Ismail.

Bazaar #3: Bazaar Ramadhan Kampung Baru

Bazaar Ramadhan
Kredit: flyklia.com

Bazaar Ramadan ini antara bazaar yang terkenal dalam kalangan penduduk sekitar Kuala Lumpur. Ia dikatakan mempunyai lebih kurang 150 buah gerai yang menjual pelbagai anek juadah. Antaranya juadah putu bambu dan Roti John. Sambil-sambil membeli juadah di Bazaar Ramadan Kampung Baru, anda boleh singgah ke masjid Kampung Baru untuk mendapatkan sajian bubur lambuk percuma!

Ia adalah satu tarikan dan telah menjadi aktiviti wajib stiap kali ramadan. Pengagihan bubur lambuk secara percuma di masjid ini untuk semua pengunjung masjid dan sesiapa yang lalu di sekitar masjid tersebut.

Bagi memudahkan pencarian anda, disini kami sediakan peta arah untuk menuju ke bazaar ini.

Bazaar #4: Bazaar Ramadhan Kampung Sungai Penchala

Bazaar Ramadhan
Kredit: kualalumpursempoiselalu.blogspot.com

Walaupun bazaar Ramadhan di TTDI antara yang terkenal di sekitar Damansara, tetapi bazaar ini juga antara tempat membeli juadah berbuka yang pelbagai dan menarik. Lokasinya terleatk berdekatan dengan Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah.

Bagi anda yang ingin berkunjung dan membeli  juadah berbuka dan anda berada berdekatan dengan Kg. Sg Penchala, and boleh rujuk peta arah yang di bawah. rasai sendiri juadah yang dijual di bazaar ini untuk sajian berbuka anda.

Bazaar #5: Bazaar Ramadhan Danau Kota, Setapak

Bazaar Ramadhan
Kredit: pasartani.fama.gov.my

Lokasi Bazaar ini sama tapak dengan Uptown Danau Kota. Bagi yang biasa berkunjung ke tapak Uptown ini pasti akan mengetahui lokasinya. Kebiasaannya bazaar ini akan mula beroperasi pada jam 4 petang sehingga jam 7 malam. Juadah yang pelbagai jenis sajian anda dapat anda temui dijual dan rasai di sini.

Pengunjungnya juga daripada pelbagai lapisan bangsa yang bukan sahaja penduduk Muslim. Mereka yang bukan Muslim juga mengambil peluang berkunjung dan membeli juadah di sini.

Bagi mereka yang ingin berkunjung ke Bazaar Ramadhan Danau Kota, anda boleh rujuk peta arah ini.

Bazaar #6: Bazaar Ramadhan Seksyen 13 Tapak Bazarena, Shah Alam

Bazaar Ramadhan
Kredit.com: zeole.com

Anda ingin mencari juadah roti John kambing, ayam golek, Nasi Khansa, minuman jus mango ‘oshin’, dan macam-macam lagi juadah yang enak serta menyelerakan. Anda bolehlah berkunjug ke tapak bazaar ramadan Seksyen 13, Shah Alam. Ia antara bazaar yang terbesar di Selangor dan sangat terkenal dalam kalangan masyarakat negeri Selangor dan sekitarnya dengannya terutama semereka yang berdekatan dengan Shah Alam.

Waktu beroperasi bagi bazaar ini bermula pada jam 3 petang sehingga 8 malam.  Bagi elakkan kesesakan dengan orang ramai, datanglah seawal mungkin.

Bazaar #7: Bazaar Ramadhan Greenwood, Batu Caves

Bazaar Ramadhan
Kredit: cengkerangcipot.blogspot.com

Juadah yang sentiasa menjadi tumpuan pengunjung bazaar ini ialah pelbagai jenis gulai terutama gulai ‘gearbox’. Ini antara menu yang sangat popular di sini. Lauk pauk yang dijual juga sangat pelbagai dan berenaka jenis untuk anda pilih sebagai menu berbuka.

Ia juga antara lokasi yang menjadi tumpuan penduduk sekitar Batu Caves dalam mencari juadah berbuka dan tidak mengira bangsa pasti berkunjung ke sini. Waktu beroperasi bagi bazaar ini adalah dalam jam 3 petang sehinggalah jam 8 malam. Untuk menuju ke bazaar ini, anda boleh rujuk peta arah di bawah ini.

Bazaar #8: Bazaar Ramadhan Seksyen 9, Bandar Baru Bangi

Nak cari juadah roti john cheese? Anda boleh berkunjung ke bazaar ramadhan di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi ini. Anda boleh memilih sama ada Roti john daging ataut ayam atau kambing. Yang pasti anda akan rasai cheese yang sangat banyak dan sangat enak! Anda boleh berkunjung ke sini seawal jam 4 petang untuk mendapatkan pelbagai juadah untuk berbuka anda.

Lokasi bazaar ini anda boleh rujuk pada peta yang disediakan ini.

Bazaar #9: Bazaar Ramadhan Jalan Telawi, Bangsar

Bazaar Ramadhan
Kredit: 2bfair.blogspot.com

Aneka kuih muih anda boleh temui di sini dan pelbagai juadah yang boleh dijadikan menu berbuka anda. Ia mula beroperasi pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 8 malam setiap hari sepanjang Ramadan. Apa yang menarik di sini ialah juadah murtabak yang dicampurkan bersama roti jala dan diberi nama rojabak. Anda harus pergi ke bazaar ini dan mencubanya sendiri.

Jum serbu sekarang sementara bulan Ramadhan.

Bazaar #10: Bazaar Ramadhan Taman Melawati

Di sini anda akan jumpa macam-macam jenis makanan laut dijual sama ada masakan bakar ataupun goreng. Tapak bazaar ini sentiasa dipenuhi dengan pengunjung tidak mengira bangsa dan dari pelbagai tempat sekitar Taman Melawati. Ia berdekatan dengan kawasan kejiranan dan mudah dikunjungi. Ia juga sering menjadi tumpuan selebriti tanah air untuk membuka gerai di sini dan menjual bermacam-macam juadah yang ada boleh beli.

Kalau anda peminat mereka, apa salahnya sambil membeli, anda ambillah swafoto bersama mereka. Pelbagai juadah pasti akan membuatkan anda terliur apabila tiba di sini. Apa tunggu lagi, marilah ke sini untuk jelajah bazaar Taman Melawati.

Bazaar #11: Bazaar Ramadhan Bukit Bintang

Bazaar Ramadhan
Kredit: photosinframe.wordpress.com

Jangan lupa jelajah juga Bazaar Ramadhan Bukit Bintang. Jika anda cukup kental untuk redah kesibukan ibu kota, anda bolehlah berkunjung ke sini. Macam-macam anda boleh dapatkan di Bazaar ini. Minuman sejuk yang mampu mendinginkan tekak yang sedang kehausan sepanjang berpuasa disiang hari dan makanan yang pelbagai untuk mengisi perut.

Dah sudah membeli juadah, boleh terus pusing-pusing sekitar Bukit Bintang mencari kelengkapan raya pula. Anda boleh gunakan pengangkutan awam seperti MRT dan LRT untuk ke sini. Jika ingin menaiki kenderaan sendiri, anda boleh rujuk peta ini untuk ke lokasi Bazaar.

Bazaar #12: Bazaar Ramadhan Jalan Masjid India

Bazaar Ramadhan
Kredit: ghazalikori.wordpress.com

Anda boleh mengambil apa jua pengangkutan awam berhampiran untuk tiba ke kawasan ini. Sekiranya anda ingin memulakan penjelajahan anda di bazaar ini melalui Jalan Masjid Jamek, anda boleh mengambil LRT dan turun di stesen Masjid Jamek. Jika turun di stesen Bandaraya, anda boleh memulakan di Jalan Masjid India. Pelbagai juadah boleh anda dapati sepanjang jalan dan juga kelengkapan raya terutama kuih raya dan baju raya yang pelbagai corak dan rekaan.

Apa kata sambil-sambil beli juadah berbuka, anda dapat juga membeli-belah untuk raya. Jimatkan jika beli di situ dengan harga dan kualiti yang berpatutan. Bazaar ini dibuka seawal jam 4 setengah petang dan ada gerai yang tutup lewat malam kerana menjual kelengkapan raya.

Bazaar #13: Bazaar Ramadhan Jalan TAR

Selain daripada Bazaar jalan Masjid India, Bazzar Ramadhan Jalan Tunku Abdul Rahman juga tidak kurang popular juga dalam kalangan penduduk Kuala Lumpur. Tidak jauh daripada Jalan Masjid India dan tapak bazaar ini bermula dari kaki lima berdekatan dengan Jalan Haji Taib serta bersambung berdekatan dengan stesen monorail Chow Kit.

Kalau anda sanggup redah kesesakan lalu lintas sekitar Jalan TAR, anda boleh pergi dengan kenderaan sendiri dan letak kenderaan di kawasan parkir berdekatan. Tapi lebih mudah jika anda menaiki pengangkutan awam seperti bas atau monorail berdekatan. Di sini juga ada terjual pelbagai juadah berbuka puasa, pakaian dan snek makanan ringan untuk sambutan raya nanti.

Bagi pelancong luar negara, mereka berpeluang merasai sendiri makanan tradisional rakyat Malaysia yang dijual di bazaar ini. Tapak bazaar ini dibuka seawal jam 4 petang dan tutup pada sekitar jam 11 malam.

Bazaar #14: Bazaar Ramadhan Puchong Perdana

Bazaar Ramadhan
Kredit: menara-kehidupan.blogspot.com

Sama seperti tapak bazaar lain juga, bazaar Puchong Perdana ini juga sentiasa dipenuhi dengan pengunjung daripada pelbagai lokasi berdekatan. Mereka yang datang ke sini sanggup bersesak-sesak demi mendapatkan pelbagai makanan dan minuman yang dijual disini. Ini kerana, makanan yang dijual disini hanya boleh ditemui ketika Ramadhan sahaja. Antara juadah yang sentiasa dicari-cari oleh pengunjung ketika Ramadhan ialah sajian ayam percik dengan harga tidak melebihi RM10.

Sajian kuih-muih yang pelbagai jenis dan bentuk juga anda boleh temui yang terkenal dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia. Ia merupakan sajian yang turun temurun daripada keluarga peniaga di situ. Bazaar ini mula beroperasi seawal jam 4 petang dan ditutup sekitar jam 8 malam. Untuk anda yang berada disekitar Puchong Perdana, anda bolehlah berkunjung ke sini.

Bazaar #15: Bazaar Ramadhan Kelana Jaya

Bazaar Ramadhan
Kredit: kualalumpursempoiselalu.blogspot.com

Tapak bazaar ini terletak bertentangan dengan pasaraya Giant di Jalan SS6/1, Kelana Jaya. Ia sangat mudah dicari dan terkenal dalam kalangan penduduk sekitar dengan menempatkan lebih daripada 6 gerai berbeza yang menjual makanan bakar. Antaranya ialah ikan cencaru bakar bersama sambal air asam. Anda boleh minta nak sambal lebih, peniaga benarkan juga. Ini antara sajian yang sentaisa mendapat perhatian pengunjung.

Tahun ini tapak bazaar semakin berkembang saiznya selari dengan peningkatan jumlah pengunjung dan penduduk sekitar Kelana Jaya ini. Antara juadah lain yang terkenal disini ialah air kelapa dan air tebu, Nasi goreng serta sotong bakar. Tapak bazar Kelana Jaya ini mula beroperasi pada jam 4 petang dan berakhir sekitar jam 8 malam.


Senarai tapak bazaar yang di atas adalah antara bazaar Ramadhan yang popular dan sering dikunjungi oleh penduduk sekitar Lembah Klang. Pelbagai juadah dan minuman menarik dan lazat anda boleh temui dan dapati di sini. Namun begitu, kawal perasan anda supaya tidak berbelanja seacra berlebihan sehingga mgundang kepada tabiat pembaziran makanan melampau

Beli sekadar sahaja dan mengikut kemampuan anda. Bukannya mengikut selera dan hawa nafsu semata. Mana taknya, beli ketika lapar ini lain macam sikit aura dia. Kalau boleh semua juadah yang dijual disitu kita nak beli. Apa-apapun didik jiwa supaya berjimat cermat dan berpada-pada ketika membeli di bazaar Ramadhan.

print
Sakinah Ahmad

Everyday we start a day with positive minds and ends it in peaceful. Just be yourself and treat people good if we want people treat us well. Just love yourself and care the others and also love fooooooddddddd! Chill yo! ;)

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş