Resepi Coklat Cili Panas Untuk Naikkan Semangat Anda

Musim cuti sekolah sudah tiba!

Inilah masa untuk anak-anak lupakan tentang sekolah sementara orang dewasa pula dapat meluangkan masa untuk menjauhkan diri daripada kesibukan dan tekanan kerja. Tambahan pula, kita dapat qada’ tidur setelah sekian lama! Memang rasa lega tak perlu kunci jam loceng atau risau tidak dapat bangun pagi keesokan hari.

Namun begitu, perkara terbaik tentang musim cuti semestinya ialah makanan, khususnya apabila hari cuti jatuh pada musim perayaan juga. Misalnya, pada bulan ini, sambutan Hari Natal baru berlalu, tetapi sambutan perayaan ini masih belum tamat lagi khususnya jamuan makan yang akan terus berlarutan hingga sambutan Tahun Baru.

Daripada hidangan panggang, ke pai hinggalah puding dan pencuci mulut lain, anda pasti rambang mata mahu memilih hidangan mana anda mahu ‘baham’ dahulu. Tak perlu fikir banyak! Pakai sahaja baju dan seluar paling longgar yang anda miliki dan anda sudah bersedia untuk menikmati semua hidangan ini. Makan pun dapat, lemak-lemak baru yang mula terbentuk juga anda dapat sembunyikan.

Diet dan senaman boleh tunggu selepas sambutan Tahun Baru berakhir, betul tak?

Terbaik Dari Yang Terbaik

Dalam banyak-banyak pilihan pencuci mulut yang ada, semestinya sajian kegemaran kami adalah pencuci mulut yang berasaskan coklat! Tiada yang lebih menyelesakan daripada secawan coklat panas. Apa perkara negatif yang kita boleh cakap tentang minuman ini? Tiada yang teruk tentang coklat. Tambahan pula, anda boleh berikan sentuhan peribadi anda pada minuman klasik ini.

Kami, sebagai rakyat Malaysia, memilih untuk menyediakan versi minuman ini yang lebih ‘panas’. Nak tahu apa bahan tambahan yang kami masukkan? Semestinya cili padi!

Cili & Coklat Kombinasi Paling Cocok

Rakyat Malaysia dan pedas memang tak dapat dipisahkan. Walaupun ada masanya, sajian yang kita jadikan pedas itu, ada kalanya, tidak menjadi tetapi dalam kes resipi coklat cili panas ini, tiada penyesalan langsung dengan keputusan kami untuk menambah cili. Minuman yang enak dijadikan lebih meletup dengan sedikit hirisan cili. Sumpah!

Minuman cili coklat panas ini bukanlah satu ciptaan yang baru. Sejak tahun 460 Masihi lagi, minuman cili coklat panas ini sudah disediakan oleh masyarakat Tamadun Mayan di Guatamala. Mereka menyediakan minuman pedas ini dengan menggunakan pes halus yang mengandungi biji koko ditumbuk lumat bersama mil jagung dan cili.

Selain daripada keenakan minuman ini, terdapat beberapa manfaat kesihatan yang anda dapat perolehi daripada setiap hirup minuman coklat mewah ini. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Nottingham, didapati cili dan coklat baik untuk meningkatkan aliran darah ke otak. Kami sahkan kesahihan kenyataan ini kerana setelah kami cuba minuman ini, memang terasa kembang kepala!

Masyarakat Mayan melakukan sesuatu yang betul dengan menambah cili ke dalam coklat panas mereka.

Berhenti Baca dan Cuba Sahaja

Ooh, bercakap pasal coklat sudah cukup untuk buatkan kami terliur. Daripada kami terus membosankan anda dengan lebih banyak fakta dan penjelasan untuk meyakinkan anda tentang kebaikan minuman istimewa ini, lebih baik anda cuba sendiri.

Jadi, ayuh kita ambil coklat di peti sejuk dan panaskan periuk di atas dapur!

Coklat panas dengan 4 bahan sahaja- cukup mudah!

Bahan-Bahan

  • 240ml (1 cawan) susu
  • 8g (1/2 cawan) cip coklat import
  • 6g (1 sudu teh) gula Melaka
  • 1/2 batang cili api hijau (dibuang biji dan dihiris halus. Kira-kira 15 hirisan)

Cara-Cara

1. Tuang susu ke dalam periuk kecil dan letakkan di atas penunu dapur pada suhu sederhana panas. Benarkan susu untuk dipanaskan kira-kira 1 minit atau sehingga susu mula mereneh.

2. Apabila susu mula membuih, masukkan cip coklat dan gula Melaka.

3. Terus mengacau cecair agair cip coklat tidak berketul di dasar periuk.

4. Apabila susu dan cip coklat sudah bercampur sebati dan menghasilkan cecair bercoklat pekat, masukkan cili padi (Tip: Jika anda tak nak minuman coklat anda terlalu pedas, masukkan separuh hirisan dahulu dan rasa. Jika anda nak desing lebih, masukkan kesemua hirisan atau tambah menurut citarasa anda!)

5. Masukkan 1/8 sudu teh garam untuk hasilkan minuman coklat panas yang lebih berlemak.

Nikmati Ikut Cara Anda

Terdapat banyak cara untuk anda nikmati minuman ini. Di bawah kami berikan beberapa cadangan untuk anda:

  • Jika anda peminat tegar kopi, jangan rasa segan untuk menabah 1/2 sudu teh serbuk kopi untuk jadikan minuman anda lebih berkafein! Coklat cili kopi panas. Bunyi memang menarik!
  • Sediakan coklat cili berais! Masukkan ais dan hias dengan krim putar. Hasilnya memang unik kerana anda akan alami rasa panas dan sejuk pada masa yang sama.

Pedas dan Enak

Kami rasa teruja untuk lihat anda cuba resipi coklat cili panas ini!

Minuman ini memang ajaib kerana dapat menaikkan mood anda khususnya apabila anda berasa sendu memikirkan nasib anda perlu bekerja pada beberapa hari terakhir sebelum tahun 2018 tamat dan menantikan hujung minggu yang lambat betul nak tiba.

Sekarang kan musim cuti, cubalah tenangkan diri, relaks dan sambut Tahun Baru dengan secawan coklat cili panas. Hilang sendu, muncul semangat. Tak percaya, buatlah secawan sekarang!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş