Resepi Tomyam Labu Epal Ambrosia Dato’ Cef Wan

Anda sudahpun melihat dan harap-harapnya, mencuba resepi cutni epal ala Datuk Chef Wan yang kami kongsi sebelum ini. Kalau belum, lekas-lekas mencubanya. Rugi kalau tak ambil kesempatan ini. Bukan selalu dapat resepi masakan daripada cef terkemuka, betul tak?

Selain daripada resepi cutni epal, terdapat pelbagai lagi masakan yang anda boleh gunakan epal Ambrosia ini, misalnya dalam masakan tomyam. Ya, mata anda tidak menipu anda. Boleh anda bayang letakkan epal dalam masakan tomyam? Hanya Datuk Chef Wan saja yang dapat lakukannya!

Sentuhan Manis Epal Ambrosia

Epal Ambrosia dari New Zealand cukup sesuai digunakan dalam masakan, baik savori mahupun manis, Epal Ambrosia mempunyai rasa manis seperti madu, rangup dan mempunyai tekstur yang halus.

Oleh itu, memang tidak menghairankan apabila epal Ambrosia dapat digunakan dalam apa jua bentuk dalam masakan khususnya masakan ketimuran seperti tomyam.

Jika anda nak tahu sangat bagaimana rasa epal tersebut dalam masakan tomyam ini, rasanya seperti anda masukkan nenas. Ada sedikit rasa masam manis yang diimbangkan dengan perisa rempah yang digunakan. Daripada kami asyik cuba yakinkan anda tentang keenakan resepi tomyam versi Datuk Chef Wan ini, lebih baik anda ambil periuk, cari bahan dan sediakan untuk makan tengah hari atau makan malam.

Apa yang kami pasti ialah, satu pinggan pun tak cukup lepas mencuba resepi ini!

Bahan-Bahan:

  • 2 biji Epal New Zealand Luv’ya Ambrosia, dipotong dadu
  • 4 sudu besar mentega
  • 1 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 500g labu, dipotong dadu
  • 3 sudu besar pes tomyam
  • 170g tuna dalam tin
  • 250ml santan
  • 2.5 liter stok ayam
  • 2cm halia, diketuk
  • 1 batang serai, dititik
  • Segenggam daun ketumbar
  • Gula dan garam secukup rasa

Untuk hiasan:

  • ½ Epal Ambrosia, dipotong dadu
  • 50g ikan masin, dihiris dan digoreng hingga rangup
  • 4 sudu besar santan
  • 1 sudu teh minyak cili

Cara-Cara:

  1. Dalam periuk, cairkan mentega atas api sederhana besar dan tumis bawang besar dan labu hingga lembut.
  2. Masukkan Epal New Zealand Luv’ya Ambrosia, pes tomyam, tuna, santan, stok ayam, halia dan serai. Kacau dan biar mereneh selama 15 minit.
  3. Seterusnya , keluarkan halia, serai, daun ketumbar lalu kacau rata. Masukkan sup dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  4. Dalam periuk berasingan, tuang sup yang dikisar dan biar mereneh. Perasa dengan garam dan gula.
  5. Hidang sup dengan Epal New Zealand Luv’ya Ambrosia yand dipotong dadu, kepingan ikan masih yang digoreng rangup, santan dan minyak cili.


Berjayakah Fikiran Anda Diubah?

Sunyi senyap saja dari anda. Pasti tengah sibuk menikmati resepi tomyam epal labu ini. Mungkin idea meletakkan epal dalam tomyam sedikit pelik tetapi hasilnya memang cukup memuaskan.

Sekarang, bolehlah anda sediakan sesuatu yang lain dari yang lain untuk para tetamu dan sahabat handai anda. Silap haribulan, anda akan jadi buruan mereka kerana nak tahu resepi tomyam anda.

Untuk hasil yang lebih menyelerakan, dapatkan Epal Ambrosia di pelbagai cawangan GCH Retail Malaysia termasuk Pasar Raya Besar Giant, Cold Storage dan Jason’s Food Hall serta peruncit utama lain.

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş