Kurma Marzipan Ros untuk Indahkan Hari Kekasih Anda

Walaupun Hari Kekasih sudahpun berlalu semalam tapi itu tak bermakna anda sudah berhenti meraikan cinta anda dan pasangan, betul? Pastinya, ramai pasangan yang sudah membuat rancangan untuk keluar beriadah dan meluangkan masa bersama.

Jika anda merancang untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah yang memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi seperti mendaki bukit untuk menyaksikan matahari terbit bersama ataupun menyertai maraton bersama, anda pasti akan menjadi cepat lapar dan mahukan satu snek yang mengenyangkan dan memberi tenaga.

Kami ada cadangan untuk anda. Apa kata anda kejutkan pasangan anda dengan menyediakan bekal berbentuk kurma marzipan ros ini? Senyuman yang menguntum di bibir sudah cukup untuk buat anda berasa puas. Sejujurnya, pepatah ‘jalan ke hati adalah ke perut’ sememangnya benar!

Kurma Sumber Tenaga Terbaik

Sekecil-kecil kurma, jangan pandang enteng padanya. Kurma merupakan buah yang sarat dengan gula semula jadi yang boleh ditukar menjadi sumber tenaga yang banyak untuk pastikan badan anda tak kekal lesu dan letih terutamanya apabila melakukan aktiviti lasak seperti mendaki bukit.

Jadi, apa lagi yang anda tunggu lagi? Ayuh ke dapur dan sediakan snek ini. Kami jamin anda dapat sediakan resepi ini kurang dari 20 minit. Tak percaya? Cuba kira masa anda!

Bahan-Bahan:

  • 20 biji kurma
  • 100g serbuk badam
  • 50g gula aising, ditapis
  • 1 sudu besar lemon
  • 1 sudu besar air ros

Hiasan:

  • Gula kastor
  • Empingan badam panggang, dicincang
  • Kelopak bunga mawar segar, dikristalkan atau dikeringkan

Cara-Cara:

  1. Hiris buat kurma secara memanjang dan keluarkan biji.
  2. Letakkan gula aising dan serbuk badam di dalam mangkuk adunan besar.
  3. Buat lubang di tengah-tengah dan masukkan sedikit jus lemon serta air ros.
  4. Perlahan-lahan, gaul rata bahan basah dan kering menggunakan garfu sejuk hingga pes pejal terhasil.
  5. Pada mulanya, pes itu akan kelihatan agak kering tapi minyak dari badam akan keluar dan melembapkan pes.
  6. Bahagikan pes marzipan secara sama rata antara kurma dan hias menurut citarasa anda.

Cinta Semanis Kurma

Sempena sambutan Hari Kekasih, kami berharap hadiah kami ini merapatkan dan memaniskan lagi hubungan anda bersama pasangan. Jika anda nak berkongsi saat cinta anda paling manis bersama sajian kurma marzipan ros ini, bolehlah hantar gambar anda ke Instagram atau Facebook kami. Tak sabar kami nak melihatnya!

Jika resepi ini membuatkan anda berasa lebih dicintai, jangan lupa untuk berkongsi resepi kurma mazipan ros ini bersama orang tersayang.

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş