Bagaimana Waze & Foursquare Menjana Perniagaan Makanan Anda

 

Di zaman teknologi di hujung jari ini, perniagaan menjadi lebih mudah berbanding  dahulu dek kerana keterbatasan jaringan komunikasi menjadikan usaha untuk mempromosikan perniagaan perlu dilakukan secara lebih gigih dan memerlukan modal yang tinggi. Pada hari ini, para peniaga boleh menarik nafas lega apabila kemajuan teknologi yang ada dapat menjadikan urusan pengiklanan perniagaan sememangnya lebih mudah dan pantas!

Contoh aplikasi yang dilihat berkesan dan menjadi kegemaran ramai peniaga dalam mengembangkan lagi perniagaan mereka adalah Waze dan Foursquare.

 

Waze

 

Waze merupakan sebuah aplikasi pemanduan dan trafik berasaskan hubungan komuniti terbesar di dunia. Fungsi utama aplikasi ini adalah untuk membantu dalam memberikan tunjuk arah ketika memandu.

Cara Waze memberikan tunjuk arah hanya dengan memasukkan alamat tempat yang ingin dituju dan maklumat tentang jalan yang dilalui serta keadaan trafik semasa disediakan.

Perkara yang menarik tentang Waze ialah aplikasi ini dapat dimanfaatkan oleh anda sebagai seorang peniaga! Waze bukan sekadar berfungsi sebagai aplikasi penunjuk arah, tetapi turut digunakan sebagai medium untuk anda mengiklankan perniagaan anda!

Secara asasnya, cara untuk anda mengiklankan perniagaan anda melalui Waze adalah dengan membayar sejumlah harga (mengikut pakej tertentu dan bajet anda sendiri) untuk kedai anda diiklankan di Waze.  Aplikasi ini akan mengiklankan kedai anda  dengan meletakkan carian perniagaan anda di tempat teratas dalam senarai, memberi cadangan kepada para pemandu tentang kedai anda apabila mereka berada di kawasan berdekatan, mencipta ‘billboard’ kedai anda di Waze dan beberapa lagi kaedah yang lain yang anda boleh baca dengan lebih lanjut di sini.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa Waze merupakan antara aplikasi kegemaran pengguna di seluruh dunia dengan bilangan penggunanya mencecah 50 juta. Malaysia pula berada di dalam 10 carta teratas negara yang mempunyai pengguna Waze paling ramai. Perniagaan anda yang diiklankan melalui Waze sudah pasti akan menarik lebih ramai pelanggan dek kerana bilangan pengguna aplikasi itu sendiri yang ramai.

 

Foursquare

 

Selain itu, anda boleh cuba memaksimumkan lagi penggunaan aplikasi Waze dan Foursquare dengan menggunakan kedua-dua aplikasi ini bersama! Seperti Waze juga, Foursquare mempunyai bilangan pengguna yang ramai dengan catatan jumlah pengguna bulanan sebanyak 55 juta orang yang aktif di seluruh dunia (kemas kini pada tarikh 23 Disember 2015) dan 136, 000 pengguna di Malaysia.

Bagaimana anda nak ‘menggabungkan’ kedua-dua aplikasi ini? Caranya mudah sahaja! Hanya perlu menambah alamat lokasi perniagaan anda melalui Waze Map Editor (WME) setelah mencipta akaun Foursquare. Diingatkan semasa anda menambah alamat perniagaan anda di WME, anda mesti mencari laluan yang terbaik dan paling efisien untuk pelanggan datang ke kedai anda pada masa hadapan.

Pasti ada antara pembaca yang mungkin kurang mengenali apa itu Foursquare. Mari saya kongsikan serba sedikit tentang aplikasi Foursquare ini. Foursquare sebenarnya merupakan sebuah laman web jejaring sosial seperti Facebook, Instagram mahupun Twitter yang mana fungsi utama aplikasi ini adalah sebagai medium penghebahan lokasi pengguna di tempat-tempat menarik yang mereka kunjungi. Foursquare boleh digunakan pada mana-mana telefon pintar yang menawarkan aplikasi web mudah alih seperti Apple, Android dan sebagainya. Aplikasi ini dicipta oleh Dennis Crowley dan Naveen Selvadurai pada penghujung tahun 2008 dan mula dilancarkan pada tahun 2009.

Sedikit berbeza dengan aplikasi Waze, Foursquare lebih ke arah bentuk platform media sosial dan nteraktif. Dalam erti kata lain, aplikasi ini  akan mencadangkan tempat menarik yang boleh dilawati dan tempat makan yang popular berdekatan dengan lokasi anda  berdasarkan maklumat-maklumat carian anda sebelum ini. Jika anda tahu cara penggunaan Foursquare yang betul, anda sebagai peniaga mampu untuk menggunakan Foursquare (dan Waze!) untuk mengembangkan lagi perniagaan makanan anda di samping menjana perniagaan berulang.

Perkara yang anda boleh lakukan bagi memastikan perniagaan anda dikenali orang ramai ialah pertama sekali, anda perlu mencipta akaun perniagaan anda di aplikasi Foursquare. Caranya boleh lihat di sini. Apabila anda sudah membuka akaun Foursquare untuk bisnes anda, lebih mudah untuk orang ramai cari dan ‘check-in’ di kedai anda kelak.

Setelah adanya akaun Foursquare untuk bisnes anda, anda perlu tahu teknik dan tips bagi memastikan pelanggan tetap datang ke kedai anda setelah pertama kali mereka berkunjung. Inilah yang dipanggil sebagai perniagaan berulang. Konsep ini merujuk pada situasi yang mana pelanggan kembali untuk membeli atau terus menggunakan sesebuah produk atau perniagaan yang ditawar oleh sesuatu perniagaan. Apabila seseorang pelanggan menjadi pelanggan tetap perniagaan tersebut, mereka akan menjadi ‘aset’ yang berharga bagi bisnes tersebut sekaligus menjimatkan modal tambahan yang yang perlu dikeluarkan untuk mempromosikan perniagaan untuk menarik pelanggan baru.

Selain mengembangkan perniagaan makanan anda, perniagaan berulang mampu dicapai dengan cara memberikan sedikit ganjaran kepada pelanggan yang ‘check-in’ melalui Foursquare di kedai anda. Ganjaran yang diberi tidak semestinya dalam bentuk barangan yang berharga sahaja. Ganjaran tersebut boleh diberi dalam bentuk sesuatu yang kecil tetapi bermakna. Misalnya, kad penghargaan ataupun sedikit potongan harga terhadap produk atau servis yang pelanggan beli. Dengan ini, pelanggan pasti akan rasa dihargai dan besar kemungkinan mereka akan kembali lagi ke kedai anda.

 

Kredit: media.giphy.com

Walaupun Foursquare mampu membantu menyebarkan info tentang perniagaan anda, pokok pangkal yang utama tetap berbalik kepada cara anda mengurus dan mengendalikan perniagaan itu sendiri. Di Foursquare, terdapat bahagian untuk para pengguna memberikan ‘rating’ tentang tempat atau servis yang mereka gunakan. Markah paling tinggi adalah 10. Oleh itu, cubalah sebaik mungkin untuk memberikan servis yang sempurna dan menyediakan tempat yang bersih, selesa dan lengkap kepada para pelanggan anda agar ‘rating’ yang anda dapat juga baik. Selalunya, para pelanggan yang merasai pengalaman yang baik atau buruk tentang tempat yang mereka kunjungi akan bercerita kepada orang lain. Jadi, apabila anda sudah berikan yang terbaik, sudah pasti pelanggan yang datang ke kedai anda itu sendiri akan dengan senang hatinya memberikan ‘rating’ yang tinggi tanpa perlu di suruh.

Foursquare juga membolehkan peniaga untuk memberi tips yang berguna kepada pelanggan anda. Sebagai contoh, anda mempunyai jumlah pelanggan paling ramai pada waktu tengah hari. Jadi, anda boleh memberitahu mereka bahawa mereka boleh membuat tempahan terlebih dahulu agar dapat menjimatkan masa mereka dan seterusnya membuat kerja anda menjadi lebih mudah.

Selain itu, tip-tip untuk meningkatkan populariti perniagaan anda boleh didapati oleh pelanggan anda sendiri kerana sudut pandangan mereka yang mungkin berbeza daripada tanggapan anda. Dengan adanya tips-tips yang ditulis oleh para pelanggan, mungkin anda sendiri boleh mendapat idea  baru untuk memperbaiki kualiti perniagaan anda. Perkara yang paling penting sekali ialah anda cuba untuk sentiasa kemas kini info anda dengan info terbaru tentang kedai anda supaya pelanggan akan sentiasa tahu perubahan dan perkembangan terkini di kedai anda.

Selain tips, terdapat juga ruangan yang disediakan di Foursquare yang dikhaskan untuk anda sebagai peniaga, memberi ganjaran istimewa kepada pelanggan tetap anda, Ruangan ini juga berpotensi untuk anda menarik pelanggan baru juga. Misalnya, pada setiap hari Isnin, kedai anda akan membuat promosi beli satu percuma satu. Maka, setiap promosi, ganjaran atau hadiah yang anda tawarkan boleh diletakkan di bahagian yang telah dikhaskan di Foursquare tersebut. Pelanggan tetap mungkin sudah sedia maklum tentang ini, dan akan datang kembali ke kedai anda pada masa hadapan. Bagi yang belum tahu pula, mereka mungkin akan berasa teruja untuk datang dan mendapatkan tawaran istimewa yang anda tawarkan itu. Mereka cuma perlu klik pada butang yang tertera ‘Special’ pada paparan Foursquare mereka untuk menebus tawaran tersebut.

Terdapat pelbagai cara untuk mengembangkan perniagaan makanan anda tetapi aplikasi Waze dan Foursquare merupakan antara cara yang terbaik yang boleh anda cuba kerana dua aplikasi ini sememangnya memudahkan kedua-dua belah pihak, baik anda sebagai peniaga mahupun pelanggan anda sendiri.

 

 

print
Bibi Mokrat

Fresh-from-the-oven writer who actually takes pride in the quote 'Women belongs in the kitchen' because that's exactly where she wants to be - most of the time

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş