Jom Masak Nasi Goreng Pattaya Butterkicap

Nasi goreng Pattaya Butterkicap

Nasi goreng klasik cara Butterkicap!

Nasi goreng Pattaya senang dikenalipasti dengan lapisan telur dadar nipis yang membalut nasi goreng yang sedap baunya. Walaupun ia diberi nama sebuah kawasan di Thailand, agak sukar juga untuk mencari nasi goreng Pattaya di Pattaya. Hidangan ini adalah ciptaan Malaysia sebenarnya – sesuatu yang tidak menghairankan memandang pelbagai nasi goreng yang ditawar dalam kebanyakkan kedai Mamak di sini.

Ayam biasanya digunakan sebagai bahan masakan nasi goreng Pattaya. Walaubagaimanapun, kami telah menguna bahan-bahan yang berbeza sedikit untuk memberi nasi goreng kami perisa Butterkicap!

Bahan-bahan

Untuk nasi goreng:

  • 25g bawang putih
  • 25g bawang kecil
  • 1 lobak merah, dipotong dadu
  • 25g udang kering
  • 3g sotong kering, dihiris kecil
  • 100g daging lembu, dipotong dadu
  • 10g sos ikan
  • 20g minyak bijan
  • 20g minyak masak
  • 840g nasi masak, sejukkan
  • 80g mentega
  • 100ml air
  • 20g kicap cair
  • 20g kicap lemak manis
  • 20g sos Kikkoman
  • Garam
  • Lada
  • Air panas

Untuk bungkusan telur:

  • 60g minyak masak
  • 5 telur
  • Secubit garam dan lada

Untuk hiasan:

  • 20g mentega
  • 20g kicap lemak manis
Sebahagian bahan-bahan nasi goreng Butterkicap Pattaya yang sudah siap sedia
Kaedah

Perap daging lembu dengan secubit lada. Tepikan.

Letak udang dan sotong kering di dalam mangkuk kecil berlainan. Isikan kedua-dua mangkuk dengan air panas hingga menyentuh sedikit bahagian atas udang dan sotong.

Hanya sedikit air panas yang diperlukan
Membuat bungkusan telur

Mari kita membuat bungusan telur untuk nasi goreng Pattaya. Pertama, pecahkan telur ke dalam mangkuk dan tambahkan secubit garam dan lada. Kacau sehingga sebati.

Jangan lupa tambah garam dan lada!

Panaskan kuali dengan api yang tinggi. Tuangkan minyak masak dan biarkan ia menjadi panas sehingga mula berasap. Dengan melindungi tangan anda, agihkan minyak sekitar kuali supaya terkena kawasan permukaan kuali sebanyak mungkin.

Sudah berasap…

Anda bersedia? Sinilah di mana anda perlu tindakan refleks yang baik! Tuangkan campuran telur dengan hati-hati dan terus sebarkan telur di seluruh permukaan kuali sebanyak mungkin. Anda mahu omelet yang nipis, tetapi tidak terlalu tipis sehingga ia senang pecah atau menjadi terlalu rangup.

Latihlah banyak-banyak!

Sebaik sahaja telur masak, tutupkan api dan dengan perlahan keluarkan telur dadar menggunakan spatula nipis. Mulalah dari tepi. Jika minyak mencukupi atau anda menggunakan kuali tidak melekat, langkah ini mungkin kurang menakutkan!

Gunakan pinggan besar dan dengan perlahan-lahan alihkan bungkusan telur ke atas pinggan itu.

Mudah sahaja…

Beres? Sekarang ambil nafas lega. Kaedah seterusnya agak mudah.

Mari kita masak nasi goreng

Masukkan bawang putih, bawang merah dan sedikit garam di dalam alu dan hancurkan menggunakan lesung batu. Jangan keterlaluan – anda hanya perlu hancur dan leperkan bawang merah dan putih sehingga mencukupi.

Proses hancuran sedang dijalankan

Tepikan campuran bawang merah dan putih. Masuk pula udang kering bersama dengan air rendaman ke dalam alu. Lenyekkan udang kering. Ia tidak perlu terlalu hancur.

Udang kering yang telah dilenyek

Campurkan kicap cair, kicap lemak manis dan sos Kikkoman. Kacau.

Gunakan semula kuali tadi – ia tidak perlu dicuci dahulu (tak perlu basuh periuk banyak-banyak. Yay!). Tuangkan minyak masak dan separuh mentega sehingga panas dan mentega telah cair.

Seterusnya, masukkan bawang putih dan merah dan masak sehingga wangi.

Masukkan udang dan sotong kering, termasuk air rendaman, dan goreng sehingga rangup.

Sedapnya bau!

Tambah daging lembu dan lobak merah. Masukkan 100ml air dan secubit garam dan lada. Kacau sekali-sekala sehingga lobak merah sudah dimasak.

Jika cecair kering sebelum lobak selesai masak, tambahkan air sedikit

Bila lobak sudah dimasak, masukkan nasi sejuk dan kacau dengan baik. Masukkan sos ikan, minyak bijan, dan 20ml (1 sudu besar) campuran kicap. Masukkan baki mentega.

Air liur sudah meleleh…

Setelah nasi dan bahan-bahan dicampur dengan teliti, sudukan nasi goreng ke tengah-tengah balutan telur. Tinggalkan tepinya kosong.

Lipatkan balutan telur ke atas nasi sehingga menjadi seperti bungkusan segi empat.

Macam balut hadiahlah pulak…
Sentuhan pelengkap

Bila bungkusan sudah di atur dengan kemas, tibalah masa untuk hiasi nasi goreng anda. Letakkan 20g (1 sudu besar atau sebanyak mahu) mentega di atas bungkusan nasi dan titiskan kicap lemak manis 20g atau mengikut hati! Nasi panas yang baru dimasak akan cairkan mentega, menyebabkan lelehan yang cukup lazat!

Macam sungai kecil dibuat dari mentega dan kicap!

Kami harap anda akan menikmati sentuhan Butterkicap pada resepi nasi goreng klasik ini.

Tips tambahan
  1. Jika menggunakan kuali tidak melekat, gunakan berus untuk menyebarkan minyak masak sekitar permukaan kuali. Hanya 20g atau 1 sudu minyak sudah mencukupi. Untuk membuat balutan telur yang lebih lazat, guna mentega!
  2. Jika anda ingin sedikit sayuran di dalam nasi goreng anda, masukkan setengah cawan kacang pea semasa memasak lobak merah. Anda juga boleh masukkan bawang hijau yang dihiris selepas nasi goreng Pattaya telah dicampur dan dimasak sepenunya.
  3. Taburkan bawang goreng untuk hiasan lebih!
  4. Anda boleh dapatkan beberapa hidangan nasi goreng Pattaya dari resipi ini. Jadi, anda mungkin mahu membuat lebih bungkusan telur.
  5. Resipi ini sesuai untuk kanak-kanak. Jika anda mahu ia pedas, hidangkan nasi goreng Pattaya Butterkicap dengan cili padi dan kicap cair.
print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş