Kerabu Pegaga, Salad Superfood Anda Wajib Belajar?

Butterkicap Kerabu Pegaga Pennywort Gotu Kola

Apabila anda membaca tentang Pegaga, yang juga dikenali dengan nama-nama seperti Pennywort, Gotu Kola atau Brahmi, anda anda mendapati bahawa Pegaga merupakan herba yang cukup berkhasiat. Khasiat Pegaga adalah pelbagai; daripada meningkatkan fungsi otak hinggalah menyegarkan kulit. Oleh itu, herba ini diklasifikasikan sebagai makanan superfood. Bagi kebanyakan individu, Pegaga merupakan herba bukan pilihan mereka kerana rasanya yang pahit dan payau. Namun begitu, apabila ditambah dengan sedikit kerisik dan campuran cili dan belacan kisar, anda akan menghasilkan satu salad enak yang kami panggil sebagai Kerabu Pegaga.

Herba Kecantikan dan Menajamkan Otak

Kaya dengan asid amino dan asid lemak, beta karotena serta fitonutrien, Pegaga melancarkan peredaran darah dan merangsang pertumbuhan sel. Hal ini seterusnya, membantu dalam penghasilan kolagen yang membuatkan kulit anda kelihatan segar dan menjadikan rambut anda lebih kuat serta kuku anda lebih kukuh. Herba kecil ini sememangnya menakjubkan!

Butterkicap Pegaga pennywort centella asiatica
Pegaga Segar, yang juga dikenali sebagai Gotu Kola, Pennywort atau Centella Asiatica

Selain berfungsi sebagai bahan kecantikan, Pegaga juga terbukti dapat menguatkan daya ingatan. Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2012 mendapati bahawa ekstrak Pegaga mempunyai kesan positif dalam melindungi sel otak daripada ketoksikan.

Selain manfaat-manfaat yang disenaraikan setakat ini, Pegaga juga membantu dalam penghadaman, mengeluarkan toksin daripada badan dan merupakan bahan yang kaya dengan antioksidan! Adakah anda memerlukan lebih banyak alasan lagi untuk mencuba salad berherba ini?

Salad Pegaga Kerisik Mudah dan Menyegarkan

Jika anda inginkan resepi kerabu atau salad ala Malaysia yang mudah, menyegarkan dan sihat, kami jamin resepi Kerabu Pegaga Kerisik ini akan menjadi resepi salad atau kerabu kegemaran anda selepas ini. Tak percaya? Cubalah dulu!

Bahan-Bahan:

  • 250g pegaga segar, batang keras dibuang
  • 100g bawang besar, dihiris
  • 100g kelapa muda, diparut
  • 30g belacan
  • 65g cili merah (kira-kira 5 cili)
  • 10g cili padi (8 to 9 cili)
  • 2 sudu besar jus limau kasturi
  • 1/2 sudu teh garam
  • 50g ikan bilis (opsyenal)

Cara-Cara:

  1. Sediakan daun pegaga segar anda. Bersihkan daun pegaga baik-baik dan buang batang pegaga yang keras.
  2. Dalam kuali kering, goreng kelapa parut muda sehingga menjadi kekuningan. Keluarkan kerisik daripada kuali dan ketepikan. Nota: kami tidak menyukai kerisik garing kerana kami mahu rasa yang lemak.
  3. Kisar belacan, cili merah dan cili padi, jus limau serta garam. Ketepikan.
  4. Kalau anda ingin memasukkan ikan bilis, cuci dan goreng di dalam kuali sehingga betul-betul kering.
  5. Sudah tiba masa untuk masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar. Gaulkan kerisik, daun Pegaga, hirisan bawang, ikan bilis (opsyenal) dan campuran belacan.
  6. Masa untuk merasa. Anda boleh menambah garam danatau jus limau secukup rasa anda.
  7. Sedia dihidang!

Salad Pucuk Paku dan Lebih Banyak Lagi

Selain daripada Kerabu Pegaga, ada banyak lagi kerabu-kerabu lain yang disediakan menggunakan pelbagai sayuran yang dicelur mahupun daging. Kerabu bukan saja disediakan menggunakan sayur mahupun ulam malah menggunakan daging, bijian mahupun hasil tanaman tempatan lain yang digaul bersama kerisik dan pes belacan. Sama ada Kerabu Pucuk Paku mahupun Kerabu Paru, apa saja yang anda mahukan, kami pasti kami ada resepinya.

Dapatkan resepi kerabu terbaru di Butterkicap.com atau ikuti kami di laman Instagram atau Facebook kami untuk mencuba resepi-resepi kerabu yang mudah dan menyelerakan. Jika anda mempunyai resepi kerabu anda tersendiri ataupun apa-apa resepi sihat yang lain, jangan segan untuk menghubungi kami dan berkongsi dengan kami. Kami ialah platform terbaik untuk golongan kaki makan seperti anda berkongsi resepi-resepi kegemaran anda dan menyebarkan keenakan makanan Malaysia kepada semua.

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş