Nasi Lemak: Sejarah Ringkas Makanan Kebangsaan Malaysia

Sajian harian pilihan ramai dan makanan kegemaran nasional

Jika bunga raya menjadi bunga kebangsaan Malaysia, nasi lemak pula seharusnya dilabel sebagai makanan kebangsaan negara ini. Sebagai rakyat Malaysia sejati, ramai yang membesar dengan makanan ini sehingga menjadi sajian ruji anda yang wajib dimakan setiap hari, selalunya sebagai sarapan pagi, lengkap bersama secawan teh tarik. Dengan rasa nasi yang lemak dan beraroma yang digaul bersama sambal ikan bilis, telur rebus ataupun telur goreng, kacang goreng dan timun, setiap suapan terasa begitu nikmat sekali sehinggalah ke suapan terakhir.

“Tapi… menggemukkan. Tak boleh nak makan selalu!”

Eh, siapa kata? Ada cara untuk jadikan nasi lemak lebih sihat. Dapatkan caranya di sini.

Nasi lemak mendapat namanya daripada rasa nasi itu sendiri yang lemak dan berkrim. Tidak seperti nasi biasa yang ditanak menggunakan air biasa, nasi lemak dimasak menggunakan santan kerana terdapat beberapa khasiat tambahan yang diperoleh daripada santan. Pada zaman dahulu, nasi lemak akan dimasak di atas api yang sederhana (atau dimasak menggunakan kaedah kukus) dan perlu sentiasa dipantau bagi mengelakkan santan daripada menjadi hangit. Kini, nasi akan dimasak menggunakan periuk nasi elektrik sahaja. Selain santan, nasi turut dimasak bersama bawang putih, halia dan serai bagi meningkatkan lagi aroma dan rasa nasi tersebut.

Pada zaman dahulu, makanan ini lazimnya dihidang bersama ikan selar kuning goreng, kangkung dan sambal tumis. Dengan peredaran masa, nasi lemak kini dimakan bersama set sambal ikan bilis (ataupun sambal tumis yang dimasak berasingan daripada ikan bilis), kacang tanah goreng, telur rebus mahupun telur mata kerbau  bersama hirisan timun sebagai pelengkap hidangan.

Anatomi ramuan sebungkus nasi lemak

Sejarah awal wujudnya nasi lemak dikatakan bermula ketika masyarakat Melayu mula menetap di pinggir pantai. Dengan memaksimumkan penggunaan bahan-bahan yang mudah didapati di kawasan tempat tinggal mereka seperti santan daripada buah kelapa yang dipetik dari pokok, kangkung yang banyak tumbuh meliar, dan ikan yang ditangkap di laut, maka terciptalah nasi lemak. Dari segi penggunaan daun pisang yang digunakan sebagai bungkusan pula, dipercayai daun pisang dijadikan sebagai bungkusan makanan bagi memudahkan para petani untuk membawa bekal ketika bekerja di bendang.

Walaupun kini masyarakat Malaysia sudah terbiasa dengan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik (dan bahan-bahan lain juga), daun pisang masih tetap menjadi bungkusan pilihan seperti pada awal kewujudan hidangan popular ini. Selain daripada berfungsi sebagai pembungkus, daun pisang juga sebenarnya membuatkan aroma hidangan kegemaran nasional ini menjadi lebih wangi.

Di Malaysia, nasi lemak mempunyai rekod sejarah seawal tahun 1909 oleh Richard Olaf Winstedt, seorang cendekiawan dan pentadbir kolonial. Seterusnya, pada era 70an, nasi lemak mula dijual pada harga serendah 30 sen sebungkus. Bungkusan yang telah siap juga biasa dijual dari rumah ke rumah oleh peniaga kecil-kecilan dan pada waktu itu, peniaga-peniaga yang mengusung bakul sambil berteriak “Nasi, nasi, nasi lemak!” merupakan satu pemandangan biasa di Malaysia.

(Kredit: sweetsaltyandalittlenutty.com)

Selain dimakan bersama set yang asas iaitu sambal, ikan bilis, kacang tanah goreng, telur rebus dan timun, kini nasi lemak juga turut dimakan bersama lauk-pauk lain seperti sambal sotong, ayam goreng berempah, sambal paru, rendang dan seumpamanya. Selain menjadi punca pendapatan rezeki bagi para peniaga gerai-gerai kecil di tepi jalan, sajian ini juga turut menjadi menu yang wajib  di kebanyakan hotel, kafe mewah, restoran malahan syarikat penerbangan di Malaysia. Hal ini menjadikan nasi lemak, secara tidak langsung, mula dikenali di kebanyakan negara lain.

Jika dahulu nasi lemak lebih biasa dimakan ketika sarapan, tetapi kini, hidangan ini juga menjadi sajian harian yang dimakan ketika waktu tengah hari mahupun makan malam. Meskipun hidangan ini dikatakan ialah makanan tradisional masyarakat Melayu, tetapi kini telah menjadi makanan kegemaran seluruh rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Oleh sebab itu, masyarakat Cina di Malaysia turut mempunyai versi mereka yang tersendiri. Hidangan mereka ada berbeza sedikit daripada yang biasa kerana dimasak menggunakan beras wangi Jasmine. Selain di Malaysia, nasi lemak turut didapati di negara-negara Asia serumpun yang lain seperti Indonesia, Brunei, Vietnam dan juga Thailand tetapi versi nasi ini adalah berbeza dan dikenali dengan nama lain.

Bukan sekadar sebuah hidangan biasa bagi rakyat Malaysia, nasi lemak sebenarnya merupakan salah satu lambang keunikan dan keistimewaan Malaysia yang seharusnya menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia kerana ada beberapa khasiat rahsia sajian ini yang langsung tidak diketahui oleh kita selain daripada rasa hidangan ini yang enak dan berlemak.

 

print
Bibi Mokrat

Fresh-from-the-oven writer who actually takes pride in the quote 'Women belongs in the kitchen' because that's exactly where she wants to be - most of the time

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş