Sebagai sebahagian daripada generasi milenium, kita membesar melihat ibu bapa kita bekerja keras agar dapat menyara kehidupan. Sehubungan itu, mereka turut telah mengorbankan pelbagai benda terhadap perkerjaan mereka namun begitu bukan semua perkara yang telah mereka korbankan membuahkan hasil.
Oleh sedemikian, kebanyakkan daripada kita pasti akan berkerja keras agar dapat membalas balik jasa mereka selama ini yang telah menyara kita.
Menurut Financial Post, 66% milenium mahu menjadi bos mereka sendiri. Oleh itu, mereka bermimpi untuk memulakan perniagaan mereka yang tersendiri untuk mengejar mencapai impian mereka. Namun begitu, impian yang diingini bukanlah sesuatu yang mudah dan terdapat pelbagai liku yang harus mereka harungi.
Kami di Butterkicap ingin menyenaraikan usahawan-usahawan yang telah berjaya mengembangkan industri makanan dan minuman di Malaysia.
1. Dato’ Haji Ramly B. Mokni (Ramly Burger)
Salah seorang usahawan yang perlu kami ketengahkan ialah pengasas ramly burger yang dijual hampir di setiap lorong. Kebijaksanaan serta kegigihan Tuan Hj. Ramly memasarkan burgernya telah menyebabkan burgernya menjadi popular dikalangan masyarakat di Malaysia.
Beliau yang berasal dari Perak ini telah mula berniaga pada tahun 1984 dan perniagaan beliau kian berkembang sejak itu. Tuan Haji Ramly merupakan salah seorang usahawan Malaysia yang telah mengembangkan industri makanan di Malaysia.
Beliau mempercayai kepada 5 prinsip asas untuk berjaya dalam perniagaan iaitu rajin, berkerja keras, jujur, sentiasa membantu orang lain dan membayar zakat. Prinsip yang dipegangnya menyebabkannya telah berjaya dalam industri pemakanan.
2. Dr Soraya Rahim Ismail (Boost Juice)
Dr Soraya Rahim Ismail, 42, pengasas dan pengarah urusan Vitality Boost Sdn Bhd, pemegang francais utama Boost Juice Boost di Malaysia, Singapura dan Brunei. Kebanyakkan peminum Boost Juice biasanya berumur antara 18 hingga 25 tahun, kebanyakannya wanita.
Boost menawarkan alternatif yang sihat untuk makanan segera, yang disertakan dalam jenama yang dianggap ‘sejuk’ oleh pengguna muda. Menu ini menawarkan ‘Serius Sihat’ dan smoothie yang lazat, jus dan penghancur, semuanya dibangunkan dengan bantuan seorang pakar pemakanan, sekurang-kurangnya 98% lemak bebas, tanpa gula tambahan dan bebas daripada apa-apa perisa tiruan atau pewarna.
3. Jesrina Arshad (PurelyB)
Jesrina adalah penyokong yang ghairah untuk hidup sihat dan bertekad untuk menyumbang kepada perubahan gaya hidup positif di Asia. Oleh kerana kekurangan maklumat mengenai pilihan sihat di Malaysia, tidaklah mudah untuk membawa perubahan gaya hidup ini.
Dia tahu ia mungkin untuk hidup sihat di Asia, tetapi orang hanya perlu tahu bagaimana. Pada misi untuk memudahkan seseorang untuk menjalani gaya hidup yang sihat, dia memulakan PurelyB – tujuan sehenti dan panduan untuk semua keperluan pemakanan, kecergasan dan kesejahteraan anda.
4. Nini Haznita dan Faizul Baharuddin (Kaw Kaw Burger Bakar)
Kedua-duanya mula kecil, dengan sebuah gerai di jalan menjual burger bakar (burger panggang) yang merupakan ciptaan asli. Ini telah membezakannya daripada burger jalan biasa.
Kepada yang mengemari burger bakar kaw kaw, mereka merupakan individu yang harus anda berterima kasih kerana telah memberikan anda burger bakar kaw kaw.
5. Najee Ramli (Thyme Out Food Truck)
Najee Ramli atau Mohamed Najee Ramli merupakan salah seorang individu yang telah mengembangkan food truck di Malaysia dengan mempunyai food truck sendiri yang menjual makanan mexican.
Penjualan makanan jenis ini telah menyebabkan Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan dan rakyatnya dapat menikmati makanan yang berbeza.
Itulah merupakan senarai usahawan yang telah bergiat dalam industri makanan dan minuman yang telah berjaya di Malaysia. Ketabahan mereka dalam mengharungi pelbagai masalah yang timbul menyebabkan perniagaan mereka berjaya.
Mereka turut menjadi sebahagian daripada penyumbang yang telah menukarkan perisa di Malaysia dimana mereka bukan sahaja memperkenalkan hidangan yang baharu tetapi cara hidup atau gaya hidup yang lebih baharu.
“If you just work on stuff that you like and you’re passionate about, you don’t have to have a master plan with how things will play out.”
– Mark Zuckerberg, founder of Facebook
Terdapat banyak usahawan di Malaysia yang tidak dapat dimuatkan dalam senarai ini tetapi jika anda mempunyai orang lain yang anda fikir perlu disyorkan kepada kami, sila komenkan kepada kami nama mereka serta kerjayaan mereka.
Kami ingin mengetahui dengan lebih banyak akan rakyat Malaysia yang telah mengembangkan industri makanan dan minuman di Malaysia.