Hidangan Rusuk Halal dan Menyelerakan Hanya di Simply Ribs

Masakan tulang rusuk atau ribs, merupakan satu hidangan yang mempunyai perisa dan tekstur tersendiri. Di Malaysia, kegilaan untuk menikmati tulang rusuk atau ribs semakin menjadi trend di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dek penangan pendedahan masakan tulang rusuk dalam rancangan televisyen makanan di Barat.

Walau bagaimanapun, bagi masyarakat bandar beragama Islam, mencari hidangan tulang rusuk ala Barat yang betul-betul berkualiti agak sukar untuk ditemui. Hal ini demikian kerana kebanyakan restoran yang menawarkan hidangan tulang rusuk ini menggunakan;

  1. Tulang rusuk khinzir
  2. Alkohol dalam masakan

Oleh itu, terdapatkah restoran yang menawarkan hidangan rusuk yang enak, berkualiti dan yang paling penting halal?

 

Hanya di Simply Ribs…

Terletak di Lorong Rahim Kajai 14, TTDI, restoran Simply Ribs ialah destinasi masakan tulang rusuk halal yang dicari-cari.

Walaupun hanya berusia 2 bulan, Simply Ribs telah mula meraih perhatian ramai dengan keunikan restoran mereka sebagai restoran hidangan rusuk halal, mesra Muslim dan sesuai untuk membawa seisi keluarga untuk menikmati pilihan hidangan rusuk dalam menu mereka.

 

 

Sebelum kami dapat melangkah masuk ke dalam ruang kedai Simply Ribs yang selesa, kedatangan kami dialu-alukan sendiri dengan pemilik Simply Ribs, Dr. Adnan Abdat dengan senyuman mesra.

Dalam tempoh singkat kami bertemu dengan beliau, kami mendapati bahawa doktor muda ini merupakan satu contoh terbaik yang membuktikan kebenaran pepatah…

“If you do something you love, you will never work at all”.

 

Minat Adalah Segalanya

Setelah 7 tahun mengikuti pengajian perubatan, Dr. Adnan menyedari bahawa minat sebenar beliau adalah dalam dunia makanan. Beliau berkata,

Keluarga saya semuanya memiliki perniagaan makanan. Jadi, minat itu semestinya timbul daripada melihat ahli keluarga lain dengan perniagaan mereka.

Jadi, selepas saya buat keputusan untuk membuka perniagaan makanan. Saya pun membuat market research, dapatkan nasihat ahli keluarga yang berpengalaman. Minat, minatlah tetapi kita perlukan perancangan yang teliti sebelum membuka perniagaan.”

Soalan seterusnya ialah…

“Kenapa tulang rusuk atau ribs?”

Dr. Adnan tersenyum kecil sebelum menjawab,

Saya memang sukakan ribs atau tulang rusuk khususnya, yang dimasak ala Barat. Semasa tempoh market research selama setahun, saya sedar bahawa di Malaysia, restoran yang memaparkan tulang rusuk yang dimasak secara halal adalah sangat sedikit.

Walaupun rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Melayu jarang sekali makan tulang rusuk, tetapi saya percaya kalau dimasak dengan betul sepertimana yang kami sediakan di sini, tulang rusuk memang sedap. Kami pastikan tulang rusuk yang dimasak mempunyai kuantiti daging yang cukup banyak sebab kami faham bahawa itulah yang pelanggan mahu.”

 

Tulang Belakang Simply Ribs

Suasana di Simply Ribs sememangnya tenang dan intim. Suasana ini menjadikan pengalaman menjamu selera di Simply Ribs lebih menarik kerana anda diberikan privasi untuk berbual sementara menunggu makanan anda tiba sambil didendang alunan lagu yang mendamaikan.

Suasana restoran adalah suatu kriteria yang penting dan sering diabaikan oleh pengusaha restoran. Apabila bertanya kepada Dr. Adnan tentang hal ini, beliau bersetuju dan berkata,

Saya sangat pentingkan suasana atau ambience restoran kerana itulah yang menarik perhatian pelanggan untuk datang ke sebuah restoran tetapi cabaran yang paling sukar adalah mengekalkan suasana tersebut. 

Bagi saya, saya berasa beruntung kerana mempunyai barisan kakitangan, daripada kakitangan dapur hinggalah ke pelayan-pelayan, yang betul-betul berdedikasi dan ikhlas dalam memberikan layanan terbaik kepada pelanggan.

Semestinya, saya berikan contoh untuk mereka ikuti. Jika saya tak buat begitu, mereka takkan tahu standard yang saya ingin tetapkan di Simply Ribs. Walau sesibuk manapun, saya akan melayan setiap pelanggan yang datang, bertanya tentang pandangan mereka tentang makanan yang dihidangkan dan ucap terima kasih kepada mereka. 

Saya merasakan kami tak mungkin dapat berkembang secepat ini dalam beberapa bulan ini tanpa kakitangan saya. Merekalah tulang belakang yang merealisasikan impian saya.

Menu Istimewa  Simply Ribs

Jadi, dengan visi untuk menjadi restoran yang lain daripada yang lain, Dr. Adnan memastikan menu yang ditawarkan semestinya mempunyai variasi dan cukup menarik untuk membangkitkan selera pelanggan.

Dan, ya. Simply Ribs tidak mengecewakan. Menu mereka menggunakan pengaruh Eropah dan Mediteranean seperti Moussaka, Daging Carik dan sebagainya. Namun begitu, sajian yang ingin ditonjolkan di sini adalah lima hidangan rusuk berbeza untuk dicuba dan salah satu daripada hidangan tersebut ialah Rusuk Penyet.

 

 

 

 

Apabila ditanya tentang hidangan unik ini, Dr Adnan memberikan penjelasan ringkas.

Sekarang, orang ramai sukakan makanan penyet. Jadi, sayapun terfikir kalau boleh buat begitu. Setelah berbincang dengan Ketua Chef saya, dia bersetuju untuk membuat eksperimen dan dia berjaya.

Kami goreng tulang rusuk dan kami penyetkan. Hidangan rusuk ini dihidangkan bersama nasi, sup dan sambal. Memang lain daripada yang lain dan saya rasa dengan adanya makanan berasaskan masakan Timur seperti rusuk penyet ini, rakyat Malaysia akan lebih mudah untuk didedahkan dengan hidangan rusuk.”

Pesanan, Tip dan Perkongsian

Sebelum kami meninggalkan Simply Ribs, kami bertanya kepada Dr. Adnan tip, pesan dan perkongsian beliau untuk sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan makanan dan beliau dengan besar hatinya berkongsi 4 tip yang sangat membantu.

 

Tip #1 –  Jangan Malu Bertanya

Saya cukup bernasib baik kerana ahli keluarga saya mempunyai perniagaan makanan dan saya bertanya kepada mereka tentang pandangan, pendapat serta pengalaman mereka membuka perniagaan makanan.

Saya mendapati dengan adanya kenalan dalam bidang ini, perjalanan saya untuk membuka kedai, memilih makanan, tema dan sebagainya menjadi lebih mudah. Bagi saya, sokongan kenalan yang sudah memiliki perniagaan makanan sememangnya sangat membantu.

Jangan malu untuk bertanya kerana ilmu perniagaan ini tidak diperoleh dalam sekelip mata menerusi Google dan sebagainya.

 

Tip #2 – Cuba, Cuba dan Cuba

Dalam dunia perniagaan makanan, banyak kriteria yang perlu dipertimbangkan dan perkara yang paling penting adalah semestinya menu. Namun begitu, ramai pengusaha makanan lebih tumpukan pada penghasilan menu yang baru berbanding memperbaiki menu yang ada. 

Saya dan Ketua Chef akan sentiasa duduk dan berbincang cara untuk mengekalkan kualiti atau memperbaiki menu yang ada. Jadi, jangan pernah berhenti untuk membuat eksperimen dan cuba menjadi lebih baik.

 

Tip #3 – Selidik Dahulu

Sebelum membuka perniagaan makanan, pastikan anda membuat penyelidikan dahulu. Anda perlu tahu tentang pasaran, tuntutan pelanggan dan pesaing anda dalam jenis makanan yang anda ingin jual.

Semua maklumat ini penting untuk anda membuat strategi perniagaan makanan anda. Membuka perniagaan bukan setakat meraih keuntungan sahaja. Anda mahu perniagaan anda berkekalan. Sediakan analisis SWOT untuk tahu kelebihan, kekurangan dan risiko perniagaan anda akan hadapi.

 

Tip #4 – Pelanggan Diutamakan

Moto ‘Customers are always right’ ada benarnya. Sesebuah perniagaan makanan bertahan kerana pelanggan. Oleh itu, pastikan anda bersedia untuk menyediakan segala kemudahan untuk pelanggan, layanan anda mesra dan makanan berkualiti diberi supaya pengalaman pelanggan di restoran atau kedai anda adalah sangat bagus. Senyuman ikhlas semestinya memberikan perbezaan besar dan membuatkan pelanggan mahu kembali ke restoran anda.”

 

Kunjungilah Simply Ribs

Setelah selesai berbual dengan Dr. Adnan, kami telah dihidangkan beberapa sajian bintang Simply Ribs iaitu Spicy Dino Bones dan Oh Yeah Smokey Beef Ribs yang sememangnya lembut, empuk dan menyelerakan.

Saiz hidangan yang besar membuatkan kami kekenyangan dan pastinya terasa berbaloi untuk sesiapa sahaja mengunjungi serta menjamu selera di Simply Ribs.

Bagaimana untuk ke sana?

A: 36, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, 60000, KL
T: 03-7731 5566/017-668 6852

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş