Apakah itu Batu Lesung & Bagaimana Ia Digunakan?

 

Apakah Itu Batu Lesung?

Pernahkah anda mendengar perkataan ‘batu lesung’? Bagi mereka yang tinggal di negara-negara di Asia Tenggara, alat ini mungkin tidak asing lagi bagi mereka kerana batu lesung boleh dikatakan suatu peralatan rumah yang wajib ada di setiap dapur rumah, malah tidak keterlaluan jika dikatakan ianya digunakan hampir di seluruh dunia! Sejarah kewujudan dan penggunaan batu lesung ini bermula seawal ribuan tahun dahulu, bermula dari Zaman Logam (atau mungkin sebelumnya) dan tetap terus digunakan sehingga ke hari ini.

Jadi, apakah ia sebenarnya batu lesung ini? Batu lesung secara amnya merupakan suatu alat yang terdiri daripada dua komponen berasingan yang perlu digunakan bersama, lazimnya bagi membantu memudahkan kegiatan memasak dan mengisar bahan menjadi sama ada dalam bentuk pes mahupun debu.

Komponen pertama batu lesung ialah lesung, di mana ia berbentuk segi empat sama dan semakin mengecil di bahagian bawahnya (turut berbentuk segi empat sama), bertujuan untuk memberi kestabilan terhadap lesung tersebut dan berlekuk di tengahnya. Namun, seiring peredaran masa dan untuk menjadikan batu lesung lebih mudah dan ringan, anda mungkin mendapati kebanyakan lesung yang wujud pada hari ini berbentuk seakan-akan mangkuk (tetapi lebih tebal).

Bagai aur dengan tebing, begitu juga dengan lesung yang tidak akan lengkap tanpa adanya satu lagi alat yang dipanggil ‘alu’. Alu lesung pula berbentuk pemegang yang bulat di bawah dan tirus di atasnya (bagi memudahkan untuk dipegang) dan digunakan untuk mengisar atau menghancurkan bahan masakan dan sebagainya. Alu lesung direka untuk sama saiz atau bersesuaian dengan lesungnya. Batu lesung juga tidak hanya terhad kepada satu saiz dan bentuk sahaja tetapi ia datang dalam pelbagai saiz  dan juga bentuk. Menarik bukan?

Kebanyakan batu lesung yang anda mungkin biasa lihat di rumah-rumah mahupun pasaran ialah yang diperbuat daripada batu gunung, namun terdapat juga batu lesung yang diperbuat daripada bahan-bahan lain iaitu seramik, kayu keras, logam malahan gangsa! Manakala cara pembuatannya pula ialah dengan menggunakan peralatan-peralatan seperti penukul, pemahat dan sebagainya (bergantung kepada bahan batu lesung).

 

Cara Menggunakan Batu Lesung

Cara untuk menggunakan batu lesung senang sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah letakkan sejumlah bahan masakan (atau lain-lain bahan) yang ingin dikisar ke dalam lesung dan mula mengisarnya dengan cara menggeserkan bahan tersebut menggunakan alu di dalam lekuk lesung tersebut menggunakan tangan sambil memegang lesung dengan sebelah lagi tangan. Selain menggeser, satu lagi cara yang boleh anda buat  ialah dengan menumbuk bahan tersebut menggunakan alu. Seterusnya anda bolehlah mengisar bahan-bahan tersebut sehingga mendapat hasil konsistensi yang dimahukan.

Lebih menarik, tidak hanya terhad kepada satu bahan sahaja, beberapa jenis bahan yang berlainan juga boleh turut dikisar di dalam batu lesung sekali gus. Terdapat variasi jenis bahan-bahan yang boleh anda kisar menggunakan batu lesung, contohnya rempah-ratus, beras, kekacang, isi ikan atau ayam dan sebagainya. Melihat kepada fungsinya, anda mungkin tertanya-tanya apa bezanya batu lesung ini jika dibandingkan dengan pengisar elektrik? Berbeza dengan pengisar elektrik di zaman moden, keistimewaan batu lesung ialah ia dapat menyerap, menguatkan dan mengeluarkan kembali rasa bahan yang dikisar, lantas menjadikannya lebih beraroma.

 

Tips tambahan:

  • Bagi mengubah konsistensi bahan yang dikisar supaya lebih cair, boleh tambahkan sedikit air ke dalam bahan yang sedang dikisar.
  • Alaskan bawah lesung menggunakan kain yang tebal bagi mengelakkan bunyi yang kuat dan geseran di permukaan meja/lantai ketika menumbuk bahan di dalam batu lesung. Anda tentu tidak mahu permukaan meja dapur basah anda tercalar bukan?
  • Jaga-jaga! Potong bahan-bahan masakan yang agak besar atau licin (seperti bawang merah, halia dan kunyit) kepada bahagian-bahagian yang kecil dahulu sebelum dikisar atau ditumbuk ke dalam batu lesung bagi mengelakannya terpelanting keluar ketika anda menumbuknya!
  • Sebelum menggunakan batu lesung yang baru dibeli, tumbuk segenggam beras putih ke dalam lesung bagi membersihkan sebarang sisa debu dari bahan lesung itu sendiri dan bilas menggunakan air suam.

 

Batu lesung sememangnya mempunyai banyak kegunaan dan keistimewaannya, lantas tidak hairanlah ia menjadi ‘teman baik’ para ibu di dapur!

 

print
Butterkicap

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş