Berbuka Bak Di Itali Dengan Mangiiare

Adakah anda sudah bosan asyik makan ayam percik, kambing golek, nasi briyani dan sebagainya untuk berbuka? Adakah anda inginkan kelainan ataupun pengalaman berbuka yang berbeza?

Jika jawapan anda untuk kedua-dua soalan di atas ialah ‘Ya’, anda sedang membaca artikel yang betul kerana kami ada lokasi baru berbuka untuk anda cuba.

Mangiiare Dine & Bar

Terletak di Lorong Kurau, Bangsar, Mangiiare Dine & Bar merupakan restoran Itali yang baru sahaja dibuka 3 bulan lalu. Dengan dekorasi ringkas beserta alunan muzik klasik Itali, anda pasti akan terasa bagai dibawa ke Milan atau Rom.

Walau bagaimanapun, kami perlu menyatakan bahawa restoran ini merupakan restoran berstatus ‘pork-free’ kerana terdapat minuman beralkohol yang disediakan di restoran tersebut.

Namun begitu, pembaca beragama Islam kami tidak perlu berasa khuatir ataupun was-was kerana kesemua bahan makanan yang disediakan didapati daripada pembekal yang mempunyai status halal yang diiktiraf dan tiada alkohol yang digunakan dalam penyediaan makanan. Tambahan pula, cef eksekutif Mangiiare merupakan cef Melayu yang beragama Islam dengan pengalaman lebih dari 20 tahun dalam masakan Itali.

Okey, sekarang anda boleh buang rasa bimbang itu jauh-jauh dan lihat apakah yang menanti anda di Mangiiare.

Bagai Berbuka di Itali

Setelah tiga hari berbuka dengan nasi dan lauk-pauk yang sama, Mangiiare memberikan kelainan dalam pengalaman berbuka menerusi hidangan-hidangan klasik Itali yang mungkin anda tidak pernah cuba sebelum ini.

Oleh itu, Mangiiare menawarkan tiga set makanan yang terdiri daripada hidangan-hidangan laris dan popular di restoran ini untuk anda nikmati. Kesemua hidangan dalam setiap set memang difikir dengan teliti agar anda tidak berasa terlalu senak atau kenyang. Maklumlah, apabila berbuka, memang cepat untuk rasa kenyang.

Nak tahu apakah juadah bagi setiap set dan pilihan kami, bacalah di bawah.

Set A

Set A – RM 40.00 ++
Pembuka Selera – Caesar Salad
Sajian Utama – Linguine Telur Asin Ketam Tempura
Pencuci Mulut – Panna Cotta

Bagi kami, set A merupakan set pengenalan kepada golongan yang tidak pernah mencuba hidangan itali yang klasik sebelum ini. Sebagai pembuka selera, anda akan menikmati Caesar salad yang mengandungi kruton, telur rebus, salad Rom, bakon ayam belanda rangup, parutan keju Parmesan dan kuah salad bilis yang sedikit masam. Memang satu hidangan yang ringan dan membuatkan anda bersedia untuk hidangan seterusnya.

Untuk hidangan utama, sajian pasta linguine disediakan. Namun begitu, cef Mangiiare telah memberikan sedikit sentuhan Timur dengan menyediakan bes telur asin dan ketam tempura dengan sedikit taburan daun kari serta cili padi sebagai hiasan. Gabungan rasa pasta ini begitu seimbang hinggakan anda tidak akan berasa muak.

Untuk pencuci mulut, set ini diakhiri dengan hidangan panna cotta iaitu kastard manis yang dipekatkan menggunakan gelatin. Dalam set ini, panna cotta yang disediakan adalah berperisa vanila. Untuk menonjolkan lagi rasa vanila tersebut, titisan coulis oren ditambah. Konsistensi panna cotta itu sendiri cukup ringan dan halus.

Set B

Set B – RM 50 ++
Pembuka Selera – Parmigiana Terung
Hidangan Utama – Ayam Panggang
Pencuci Mulut – Kek Lava Coklat Hitam Putih

Hidangan set B, pada pendapat kami adalah sedikit mewah dari segi rasa dan tekstur. Bermula dengan parmigiana terung, walaupun saiz hidangan tidak begitu besar, tetapi setiap suapan terung dengan rasa masam sos tomato dan lemak keju Parmesan memang cukup serasi.

Untuk hidangan utama, anda akan menikmati ayam yang dipanggang sempurna. Kulit ayam di luar rangup dan berwarna keemasan sementara isi ayam masih berjus dan lembap. Rasa ayam panggang ini cukup terserlah dengan kuah jus yang disediakan menggunakan lelehan minyak ayam yang terkumpul semasa dipanggang. Sajian ini disertakan bersama kentang bakar dan brokoli.

Sebagai penutup set B, anda dihidangkan kek coklat lava. Pada pendapat kami, kek ini merupakan antara kek lava yang paling enak pernah kami cuba. Rasa coklat hitam dan putih langsung tidak membuatkan anda mual ataupun rasa jelak. Kek ini sememangnya satu hidangan yang wajib dicuba oleh pencinta coklat.

Set C

Set C – RM 60 ++
Pembuka Selera – Sup Makanan Laut Pedas
Hidangan Utama – Paha Biri Panggang
Pencuci Mulut – Mangiiare Tiramisu

Akhir sekali ialah Set C. Secara keseluruhan, sajian set C tidak seberat set B tetapi lebih mengenyangkan. Set ini bermula dengan hidangan sup makanan laut pedas. Sup ini mempunyai konsistensi yang pekat seperti stu dan tidak terlalu pedas seperti yang dijangkakan. Namun begitu, penyelamat sajian ini ialah roti yang disajikan bersama sup ini. Rasa sup yang masam manis terserlah dengan hirisan roti baguette yang disapu ringkas mentega bawang putih. Rasa makanan laut yang direneh ke dalam sup ini cukup terserlah. Satu sahaj aduan kami. Roti tidak cukup.

Sebagai hidangan utama, anda disajikan paha biri panggang yang dimasak sempurna. Daging biri ini begitu lembut sehinggakan anda tidak perlukan pisau untuk memotongnya! Dengan setiap suapan, isi daging akan mencair dengan begitu sahaja. Sajian ini disajikan dengan kentang putar halus yang begitu berlemak. Gabungan kedua-dua elemen ini pasti akan membuatkan anda bertambah-tambah selera.

pencuci mulut ini. Hal ini demikian kerana ‘bekas’ yang memegang hidangan tiramisu ini diperbuat daripada tuile yang dibentuk seperti sebuah mangkuk kecil. Memang kreatif. Rasa kopi espresso yang dituang ke atas biscotti dan krim ringan di atas cukup ‘kaw’. Jika anda rasa mengantuk kerana terlalu kenyang, kami jamin hidangan ini akan membuatkan anda berasa segar-bugar!

Kunjungi Mangiiare dan Dapatkan 10% Diskaun!

JIka anda berasa teruja untuk ke Mangiiare, jangan lupa untuk memaklumkan pelayan kod ‘Butterkicap’ untuk dapatkan potongan 10%. Lebih baik lagi, anda tunjukkan sahaja artikel ini kepada pelayan atau semasa membuat pembayaran.

Untuk membuat tempahan atau pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi 03-2856 0427 atau layari laman web Mangiiare Dine & Bar.

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş