Berbuka Dengan Lebih Nilai di Don’s Warong

Kredit: Facebook Don’s Warong

Berbuka puasa sememangnya satu pengalaman yang cukup bermakna dan unik, khususnya apabila dilakukan bersama-sama ahli keluarga dan sahabat-handai. Namun begitu, apabila anda ingin memilih lokasi atau tempat berbuka, berbagai-bagai perkara dan aspek anda perlu titikberatkan khususnya variasi dan harga.

Mana Satu Pilihan Hati?

Semenjak sebulan yang lalu, pasti anda melihat banyak promosi hebat dan besar-besaran yang dilakukan oleh pihak hotel, pengusaha makanan mahupun ‘influencer’ di sosial media tentang bufet atau tawaran berbuka puasa. Begitu banyak pilihan, bukan?

Selepas melihat segala yang ditawarkan, anda perlu mengambil kira bajet anda juga. Anda nak kenyang dan pada masa yang sama, poket anda tidak terasa ‘sakit’ apabila hendak membayar nanti. Tidak mengapalah nak bermewah-mewah jika setakat makan seorang atau berdua. Bayangkan kalau anda perlu belanja 6, 10 orang. Bukankah tidak berbaloi keluar berbuka kalau begitu? Lebih baik duduk dan masak di rumah.

Penjimatan Lebih Di Don’s Warong

Sebelum anda patah hati dan batalkan sahaja niat untuk berbuka di luar, kami ada satu lokasi yang bukan sahaja menyediakan makanan yang sedap malah cukup murah, cukup berbaloi hinggakan anda tidak dapat percaya dengan promosi yang ditawarkan. Lokasinya, semestinya ialah Don’s Warong Hartamas.

Don’s Warong memang cukup terkenal sebagai salah satu restoran yang menyediakan makanan popular Johor seperti Beriani Gam, Laksa Johor, Mee Rebus, Kuzi Ayam dan macam-macam lagi. Lebih menarik lagi, anda boleh menikmati semua ini pada harga RM 39 (dewasa) dan RM 18 (kanak-kanak 6-12 tahun).

Pilihan Butterkicap

Meskipun terdapat banyak sajian yang enak disediakan tetapi terdapat beberapa hidangan yang begitu sempurna sehinggakan tersemat kuat dalam ingatan kami.

Berminat untuk tahu apakah sajian pilihan kami? Bacalah di bawah!

a) Sotong Masak Hitam

Hidangan sotong hitam yang disediakan ini memang cukup membuka selera kami dengan satu suapan sahaja. Rasa sotong yang manis cukup terserlah dengan gabungan rempah nasi beriani Johor dan yang paling penting, masakan ini tidak terlalu pedas hinggakan membuatkan anda berasa tidak selesa selepas menikmatinya. Memang ideal untuk berbuka puasa!

b) Kuzi Daging

Tekstur daging yang lembut dan empuk memang menjadi igauan ramai setelah mencubanya. Sukatan kicap dan rempah yang digunakan cukup sempurna kerana begitu terserlah dalam setiap gigitan. Berbanding hidangan kuzi ayam yang sedikit liat, hidangan kuzi daging ini tidak begitu kering sehinggakan anda tidak begitu kisah dengan ketiadaan kuah untuk anda banjiri nasi anda.

c) Karipap dan Cucur Udang

Rangup & Padat – Memang Terbaik!
Lembutnya

Sebagai pencuci mulut, anda patut cuba karipap kentang dan cucur udang Don’s Warong. Memang cukup padat dengan isi, tambah-tambah lagi karipapnya. Kulit karipap yang rangup dan nipis memang sudah cukup untuk membuatkan anda mencapai satu lagi sebelum habis.

Sajian cucur udang pula tidak begitu berminyak dan berdoh seperti di kebanyakan bufet. Komposisi kucai, udang dan bawang diserak dengan seimbang agar anda dapat menikmati gabungan ketiga-tiga bahan ini dalam setiap gigitan.

Berbukalah di Don’s Hari Ini!

Citarasa Johor Buffet Ramadhan di Don’s Waong bermula dari 9 Mei hingga 3 Jun, 7pm-9pm. Makan sepuas hati hanya dari RM39 nett seorang! RM18 nett untuk kanak-kanak berumur 6-12 tahun, dan percuma untuk umur 6 tahun ke bawah!

MesejDon’s Warong melalui laman FB mereka untuk tempahan dan dapatkan 10% diskaun! Untuk tempahan 4 orang ke atas, anda akan mendapat 15% diskaun untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke atas.

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş