Site icon Butterkicap

5 Manisan India Sifar Sisa Anda Perlu Cuba

Credit: henational.ae

Credit: YouTube.com

Setiap kali musim perayaan ataupun apabila anda menghadiri kenduri kendara masyarakat India, anda pasti akan mempunyai lebihan manisan seperti ladoo dan jalebi yang akhirnya dibiarkan membeku di dalam peti sejuk yang kemudian akan dibuang.

Memang cukup sayang apabila manisan-manisan enak ini terpaksa dibuang sedangkan ada cara lain untuk anda jadikan manisan ini lebih menarik.

Jangan Membazir!

Saya faham yang manisan India memang cepat membuat anda berasa jelak tapi lain kali anda mempunyai lebihan manisan, daripada membiarkannya di dalam peti sejuk, anda boleh mencuba lima resepi sisa sifar yang cukup enak dan pastinya kreatif!

1. Capati Gulab Jamun

Kredit: Ribbons to Pasta

Bahan-Bahan:

a) Doh

 

b) Inti

 

c) Bahan Lain


Cara-Cara:

a) Doh

  1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan.
  2. Masukkan air dan susu ke dalam mangkuk. Uli doh sehingga sebati. Jangan uli doh terlalu lembut atau keras.
  3. Tutup mangkuk dan biar doh rehat selama 15 minit.

 

b) Inti

  1. Perahkan gulab jamun untuk keluarkan air gula.
  2. Hancurkan gulab jamun.
  3. Masukkan campuran kacang ditumbuk kasar, serbuk pelaga dan helaian safron. Gaul hingga sebati.
  4. Kalau campuran sedikit kembang, masukkan lebih banyak kacang tumbuk.

c) Menyediakan Paratha

  1. Bahagikan doh menjadi 6 bebola kecil.
  2. Canai setiap bebola menjadi bulatan 5-6”.
  3. Atas kuali leper, masak doh yang dicanai pada api rendah agat tiada bintik keperangan timbul.
  4. Ambil satu doh yang dicanai dan sapu dengan inti sebelum telakupkan atas doh satu lagi..
  5. Letakkan setengah sudu minyak sapi dan biarkan masak di kedua-dua belah hingga bintik keperangan timbul.
  6. Hidang panas-panas dengan sedikit air gula manis.

 

 

2. Kek Burfi

Kredit: sanjanafeasts.co.uk

Bahan-Bahan:

  • 100g burfi
  • 125g tepung serbaguna
  • 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh serbuk pelaga hijau
  • 200ml susu panas

 

Cara-Cara:

  1. Dalam sebuah mangkuk, pecahkan serpihan burfi lebihan.
  2. Masukkan susu panas ke dalam dan pukul hingga serpihan burfi larut. Masukkan serbuk pelaga dan gaul sebati.
  3. Menggunakan pengayak, ayak tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat ke dalam adunan.
  4. Dengan pemukul atau pengaup, gaul semua bahan kering sebati dengan bahan basah.
  5. Sementara itu panaskan ketuhar pada suhu ya 180 C.
  6. Pastikan adunan halus. Masukkan baki 100ml susu dan gaul hingga mencapai adunan yang boleh dituang ke dalam dulang bakar.
  7. Pastikan tiada ketulan dalam adunan.
  8. Lapikkan dulang bakar dengan kertas bakar.Tuangkan adunan dan ketuk dulang untuk ratakan adunan.
  9. Tabur hirisan kacang pistacio dan bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan selama 30 minit.
  10. Apabila sudah dibakar, keluarkan tib dari ketuhar dan biar kek rehat selama 10 minit.
  11. Selepas 10 minit, keluarkan kek dari dulang bakar.

 

3. Parfait Ladoo

Kredit: First-Time Baker

Bahan-Bahan:

Cara-Cara:

  1. Dalam periuk, panaskan susu penuh krim.
  2. Bila susu mendidih  kecilkan api dan biar susu mereneh pada suhu rendah hingga menjadi separuh.
  3. Masukkan gula dan biar susu mereneh hingga menjadi pekat dan berkurang hingga 1/4 daripada kuantiti asal.
  4. Padamkan api dan angkat periuk berisi susu yang sudah memekat dan biarkan ia menyejuk sepenuhnya. Simpan dalam peti beku kalau mahu tekstur aiskrim.
  5. Apabila ingin menghidang, dalam gelas shot, letakkan serpihan laddoo yang dipecahkan.
  6. Masukkan aiskrim susu ke dalam gelas.
  7. Dengan serpihan ladoo, bentukkan ladoo kecil dan letakkan di atas aiskrim susu.
  8. Tabur kacang pistacio dan buah mangga yang dipotong dadu di atas.

 

4. Roti Bakar Halwa Lobak Merah

Kredit: zaykakatadka.com

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan lebihan halwa lobak merah
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/4 cawan serpihan biskut 
  • 6 keping roti 

 

Cara-Cara:

  1. Ambil kepingan roti dan sapu sedikit susu pekat. 
  2. Letakkan halwa lobak merah pada satu keping roti dan tabur sedikit serpihan biskut lalu tutup kepingan-kepingan roti tersebut dengan baki roti lain yang telah disapu dengan susu pekat.
  3. Letakkan sandwic dalam pembuat sandwic yang dipanaskan telebih dahulu dan bakar hingga rangup.

 

5. Puding Jalebi

Kredit: The Food Factory

Bahan-Bahan:

 

Cara-Cara:

  1. Pukul telur, gula dan telur kuning dengan susu dan atas suhu rendah, kacau hingga menjadi agak pekat.
  2. Angkat periuk dari penunu dan masukkan krim dan serbuk pelaga
  3. Sapu dulang bakar 2 inci dalam dengan mentega dan tabur serpihan jalebi di bahagian dasar dulang bakar.
  4. Pukul campuran susu sekali lagi dan tuang di atas jalebi. Tutup dulang dengan kertas aluminium dan bakar pada suhu rendah di dalam ketuhar hingga masak.
  5. Tanggalkan kertas aluminium, tabur hirisan badam di atas dan bakar selama 2 minit lagi.

Siapa Kata Anda Tak Kreatif?

Itu saja resepi yang dikongsikan. Kalau anda mempunyai idea-idea kreatif lain untuk ‘mengitar semula’ lebihan manisan yang anda ada di dalam peti sejuk, jangan segan, jangan malu, silalah berkongsi dengan saya.

Mana tahu, idea tersebut akan dipaparkan nanti? Jika anda ada resepi atau idea yang nak dikongsi, bolehlah hubungi kami menerusi laman Instagram atau Facebook. Selamat mencuba!

print