Impian Menjadi Realiti Dengan Lee Kum Kee

Lee Kum Kee merupakan satu nama yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Dari generasi ke generasi, kita membesar dengan masakan yang menggunakan produk-produk dari Lee Kum Kee.  Sedar tidak sedar, sudah 130 tahun dunia masakan tempatan diwarnai dan diperisa oleh jenama tradisional ini.

Dalam tempoh lebih dari satu abad ini, Lee Kum Kee telah banyak memberikan sumbangan kepada masyarakat dalam salah satu daripada sumbangan yang diberi adalah menerusi program tajaan Hope as Chef yang dijalankan bersama FUSU.

Sebelum itu, marilah kita membaca dahulu ringkasan perjalanan Lee Kum Kee dari sebuah jenama yang menjual kicap cair menjadi sebuah organisasi gergasi yang menjadi tunjang masakan Cina dan juga Asia.

 

Mengimbau Kembali Sejarah Lee Kum Kee

Lee Kum Kee International Holdings Ltd. sebenarnya ialah syarikat makanan yang mula beroperasi di Hong Kong. Bermula dengan mengeluarkan sos tiram, syarikat ini diasas oleh Lee Kum Sheung pada tahun 1888 di Nanshui, Canton aka Guangdong.

Sepanjang operasi mereka, Lee Kum Kee telah menghasilkan lebih daripada 200 jenis sos masakan Cina, termasuklah kicap, sos hoisin, sos XO, sos cili dan bahan masakan lain. Berdasarkan pandangan teras , “Considering Others’ Interests”, Lee Kum Kee memastikan produk-produk yang mereka keluarkan kekal digunakan dari generasi ke generasi.

 

Aspirasi Seorang Cef

Kredit: easyuni.com

Dalam usaha untuk meluaskan lagi usaha mempromosi dan meraikan budaya kulinari Cina di seluruh Asia Tenggara, Lee Kum Kee telah memperkenalkan program Hope As Chef pada ulangtahun ke-130 mereka buat julung-julung kali di Malaysia. 

Program ini bermatlamat untuk membimbing dan menggalakkan anak-anak muda untuk berkecimpung dalam dunia kulinari, baik tempatan mahupun luar negara agar dapat membawa masakan Cina ke persada dunia.

Di samping itu, program ini juga menandakan usaha sama yang terjalin antara Lee Kum Kee dan Persatuan Restoran Ku Su Shin Choong Hung Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur Malaysia atau KUSU. Persatuan ini ialah pusat latihan cef masakan Cina yang terunggul di negara ini.

Cik May Lim, Pengarah Urusan Lee Kum Kee bagi Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika & India menjelaskan inspirasi di sebalik inisiatif ini dengan berkata,

“Kami di Lee Kum Kee ingin memberikan impak yang positif kepada masyarakat setempat dengan memperkasakan bakat-bakat muda. Bertepatan dengan misi kami untuk Mempromosi Masakan Cina di Seluruh Dunia, kami berharap untuk mencipta landasan bagi cef yang beraspirasi di Malaysia untuk mengasah algi bakat mereka untuk mencapai cita-cita mereka menerusi program biasiswa ini.

Dalam tempoh jangka panjang, program ini akan dilihat sebagai satu usaha pembangunan dalam industri kulinari Cina.”

 

Biasiswa Diberi

Program biasiswa Hope as Chef ini telah menganugerahkan lebih dari RM250,000 kepada 13 pelajar terbaik Program Latihan Cef KUSU untuk mengikuti latihan kulinari selama 8 bulan di Beijing, Shanghai, Guangzhou dan Chengdu, China.  Latihan selama 8 bulan ini dilihat sebagai langkah melengkapkan diploma kulinari pelajar.

Semenjak program ini dimulakan pada tahun 2011, ramai pelajar telah mendapat manfaat daripada program ini.

 

Akhir Kata

Jika anda mengenali seseorang yang beraspirasi untuk menjadi cef dan ingin menguasai kemahiran masakan Cina, dapatkan maklumat lanjut tentang program Hope as Chef dengan melayari www.malaysia.lkk.com atau www.kusu.com.my

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş