Site icon Butterkicap

Roti Wrap Lembut Mission Teman Setia Ibu-Ibu

Mission sentiasa menjadi pilihan produk roti wrap nombor satu rakyat Malaysia sejak jenama ini diperkenalkan. Untuk kekal menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia, Mission perlu sentiasa mengeluarkan produk-produk baru yang bukan sahaja sedap malah senang untuk digunakan dalam pelbagai jenis masakan.

Berita baik untuk anda, produk roti super lembut terbaru di bawah jenama Mission memenuhi kesemua kriteria yang anda cari; mudah, senang dan pastinya sedap.

 

Roti Wrap Super Lembut Mission

Dengan hashtag #softandstrong, pelancaran produk terbaru Mission ini dikatakan mendapat inspirasi daripada ibu-ibu Malaysia yang sentiasa berdedikasi menguruskan rumahtangga, menjaga anak-anak dan mencapai kejayaan dalam kerjaya masing-masing pada masa yang sama.

Dengan kesibukan mencari nafkah, kita tiada masa lagi untuk menunggu lama walaupun untuk makan. Oleh itu, kita mahukan hidangan yang mudah dan cepat untuk disediakan agar tiada masa yang dibazirkan.

Roti wrap super lembut ini disediakan menggunakan formula roti super lembut yang dapat dibentuk dengan mudah dan dimasak dengan pantas, baik sebagai snek, hidangan utama mahupun pencuci mulut.

 

#softandstrong Tiga Ikon

Oleh sebab itulah, hashtag #softandstrong dipilih sebagai tanda penghargaan kepada ibu-ibu di Malaysia. Oleh itu, Mission telah memilih tiga ikon wanita sebagai duta roti wrap super lembut ini.

Ning Baizura, Francisca Turner dan Linora Low merupakan tiga nama yang cukup dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi yang tidak mengenali Francisca dan Linora, Francisca merupakan seorang usahawan perniagaan fesyen, Frankitas dan juga ibu kepada tiga orang anak manakala Linora Low, walaupun masih bujang, merupakan lambang wanita kerjaya yang moden.

Beliau merupakan seorang ikon kesihatan dan juga hos radio serta acara eksklusif. Tentang duta Mission yang ketiga, siapa yang tidak kenal biduanita Ning Baizura dengan sura beliau yang lunak?

Ketiga-tiga wanita ini mempunyai satu persamaan iaitu dedikasi yang mereka beri dalam kerjaya dan juga dalam rumahtangga mereka. Ketiga-tiga wanita ini menunjukkan bahawa betapa sibuknya anda, tiada kompromi untuk tidak menyediakan makanan yang berkhasiat dan menyelerakan kepada keluarga anda.

Mission untuk Ramadhan dan Raya
Kedatangan bulan Ramadhan dan sambutan hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, membuatkan jadual anda lebih padat kerana anda perlu bangun lebih awal dan sediakan makanan malam lebih awal dari biasa. Oleh itu, anda mahukan resipi-resipi yang cukup menyelerakan, mengenyangkan dan semestinya tidak mengambil masa lama untuk disediakan.

Semasa pelancaran produk ini, Ning, Francisca dan Linora telah berkongsi beberapa resipi mudah kegemaran mereka seperti Crepe berlapis Markisa, Wrap Kebab Ayam dan Murtabak Telur Sunda yang boleh didapati dalam buku kecil yang anda dapat dengan setiap pembelian roti wrap super lembut ini. Anda juga boleh melayari laman sesawang Mission untuk dapatkan resipi tersebut.

Meriahkan lagi sambutan Ramadhan dan hari Raya dengan produk Mission!

print