Trak Makanan: Panduan Minit Akhir Untuk Pengusaha Food Truck di Malaysia

Perniagaan trak makanan sememangnya satu peluang perniagaan yang menguntungkan jika kena pada tempat dan masanya. Namun begitu, tidak semudah itu untuk memulakan perniagaan tersebut jika anda tidak tahu kriteria-kriteria yang anda perlu penuhi untuk pastikan perniagaan anda bermula dengan baik.

Adakah anda kesuntukan masa?

Dengan lambakan pesta, seminar dan acara yang diadakan di bandaraya seluruh negara, pasti ada di antara pengusaha atau bakal pengusaha trak makanan seperti anda yang terlambat untuk menerima maklumat tentang acara tersebut. Meskipun begitu, itu tidak menjadi penghalang untuk anda tidak sertai rakan seperjuangan anda lain yang sama-sama ingin mencari duit lebih.

Sekiranya anda masih bersemangat untuk mendapatkan sedikit duit lebih, inilah senarai panduan ringkas yang harapnya, dapat membantu anda membuat persiapan minit akhir ini.

1. Ketahui jadual dari awal

Sebelum terus menghidupkan enjin dan memandu trak anda ke tempat acara diadakan. Pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu tentang acara yang dianjurkan. Hal ini demikian kerana maklumat-maklumat mudah inilah yang akan memberikan petunjuk kepada anda untuk sediakan produk yang paling diperlukan oleh pengunjung acara tersebut.

Sebagai contoh, anda ingin membuka trak makanan anda di lokasi marathon. Namun begitu, anda tidak berusaha untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang acara marathon itu. Akibatnya, tiada sesiapapun yang mengunjungi trak anda yang menjual gula-gula kerana selepas berlari, siapa yang ada mood untuk makan gula-gula?

Oleh itu, adalah penting untuk ketahui audiens anda, jenis acara yang diadakan dan sebagainya. Jika anda malas untuk membuat kajian dalam talian. Hubungi terus pihak penganjur supaya anda tidak tercengang-cengang nanti!

2. Sediakan semua peralatan

Kredit: Fashion Viral, Pinterest

Baik, anda sudah ketahui tempat dan butiran acara. Namun begitu, apa gunanya segala usaha anda itu jika peralatan anda tidak sediakan? Oleh sebab anda akan menjalankan perniagaan untuk masa yang lama, inilah satu senarai yang anda tidak patut biarkan sehingga ke saat akhir! Periksa dan pastikan semua barang keperluan trak makanan anda seperti air, tong gas, generator, angin tayar dan macam-macam lagi.

Anda boleh buat persediaan lebih dengan sediakan bangku atau sudu garfu dan pastikan anda bergaul dan sapa peniaga trak makanan lain juga. Untung, untung juga, tapi semangat perpaduan sesama peniaga trak makanan hendaklah dijaga.

3. Kaji cuaca dengan teliti

Di Malaysia, sukar untuk menjangka cuaca di sini. Apabila sangka panas hingga ke petang, hujan lebat pula pada waktu tengah hari. Oleh itu, pastikan segala barangan anda disesuaikan dengan cuaca yang ada kalanya panas dan hujan ini selain daripada bersiap sedia untuk kemungkinan hujan turun semasa anda berada di tapak jualan. Kalau anda tak mahu pelanggan lari kerana cuaca, sediakanlah baju hujan juga (dapatlah duit lebih sikit).

Ingat, sediakan payung sebelum hujan. Jangan tengah seronok menjual, rasa seronok anda hilang pula kerana melihat pelanggan lari. Di samping itu, dalam kesibukan menjaga kesejahteraan pelanggan, anda juga hendaklah membuat persiapan untuk melindungi peralatan anda yang berharga. Sibuk mengejar pelanggan, barangan anda yang mahal rosak dan perlu diganti kerana sikap alpa anda untuk melindungi peralatan anda daripada terkena hujan atau panas terik matahari.

4. Amalkan inisiatif hijau

Credit: twitter.com/bluesman_blues

Rancang penggunaan tenaga dan pengurusan sampah anda. Walaupun perniagaan anda bergerak, tak semestinya anda perlu meninggalkan segala sampah perniagaan anda di tapak perniagaan. Malulah pada penganjur dan pelanggan nanti.

Kenal pasti kawasan pembuangan sampah dan laksanakan tanggungjawab anda dengan membuat sampah di situ. Jika anda berasa lebih rajin, anda boleh tambahkan sendiri tong sampah anda untuk kurangkan kadar pembuangan sampah merata-rata nanti. Selain itu, anda juga boleh memilih untuk simpan dulu sampah anda dan buang di tempat yang anda biasa buang.

Untuk jadikan pengalaman jualan anda lebih menarik lagi, apa kata anda mengajak pelanggan anda untuk membawa bekas makan mereka sendiri dan ganjarkan mereka dengan diskaun.

5. Berikan tawaran promo

Projek-projek bermusim seperti acara Sukan SEA yang berlangsung baru-baru ini, sentiasa menawarkan peluang untuk anda menjalankan perniagaan sambil berseronok. Selain daripada menawarkan menu biasa anda, cubalah berikan kelainan sedikit seperti tawaran pembelian borong, Hidangan bertemakan sukan dan hidangan vegetarian.

Jangan lupa untuk beritahu kakitangan anda tentang menu yang dirancang sambil menekankan kepada mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kepada pelanggan luar supaya mereka berasa selesa untuk berinteraksi dengan anda.

Siap sedia dengan laman web, kad nama, laman instagram dan juga emel supaya pelanggan yang menyukai makanan anda dapat mencari anda dan ikuti platform media sosial anda.

  

6. Rancang landasan untuk acara akan datang

Credit: skift.com

Pengalaman membina pembangunan dan keyakinan anda dan juga kakitangan anda. Walaupun Sukan SEA sudah berakhir, ini tidak bermakna anda sudah ketinggalan peluang keemasan. Anda boleh bersiap sedia untuk acara-acara akan datang yang pastinya menanti anda seperti sambutan Hari Malaysia 16 September 2017 dan Sukan Paralimpik ASEAN ke-9 dari 17 hingga 23 September 2017!

Mulakan sekarang dan berseronoklah. Semoga panduan minit akhir ini akan sentiasa membuat anda siap sedia untuk sebarang kemungkinan. Kini, tiada lagi peluang terlepas untuk anda.

print
Shareen Ramli

Shareen is all about the Business of Food, having been an active player in the Malaysian food industry and entrepreneurship for 15 years and counting. With parents from the Peninsular and East Malaysia, her Malaysian palate and familiarity extends to both sides of the country across the waters. She is now focusing on teaching, consulting and sharing; with particular attention to preventative diet solutions (chronic diseases) and public access to good produce.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş