Perniagaan Bulan Ramadan Lebih Hijau bersama Chefmanship Academy

Menjalankan perniagaan pada bulan Ramadan sememangnya satu peluang keemasan yang ditunggu

Menjalankan perniagaan pada bulan Ramadan sememangnya satu peluang keemasan yang ditunggu oleh ramai rakyat Malaysia, khususnya perniagaan makanan. Hal ini demikian kerana permintaan untuk juadah berbuka puasa yang unik dan jarang dijumpai pada hari biasa seperti ayam percik, lemang, kuih pelita dan sebagainya.

Oleh itu, memang tidak menghairankan apabila terdapat ramai yang memohon lesen untuk mendapatkan tapak perniagaan di lokasi bazar Ramadan yang diperuntukkan oleh majlis bandaran. Walaupun begitu, terdapat masalah baru yang timbul dek lambakan permohonan ini.

Berniaga Sambil Beringat

Antara masalah yang timbul ialah penjagaan kebersihan tapak bazaar yang tidak terurus dan juga kualiti penyediaan makanan yang tidak mengikuti panduan penyediaan yang diberi. Selain itu, timbul juga masalah apabila terdapat peniaga yang memohon lebih dari satu lot perniagaan dari majlis bandaran. Hal ini mengakibatkan kurang bilangan peniaga yang diberi peluang untuk berniaga secara sah di tapak bazar Ramadan.

Sebagai langkah untuk menjadikan persediaan perniagaan di bulan Ramadan lebih terurus, Chefmanship Academy, Unilever Food Solutions dan Perbandaran Shah Alam telah berkolaborasi untuk menghasilkan modul perniagaan terbaru yang memastikan para peniaga bazar Ramadan diberikan peluang sama rata untuk menjual dan pada yang sama, melupuskan sampah-sarap yang terkumpul secara tersusun.

Kuasa Wanita

Di bawah Chefmanship Academy, menurut Pengarah Urusan organisasi tersebut, Nusrat Parveen, mengatakan bahawa inisiatif usahasama ini juga turut dilihat sebagai usaha untuk memperkasakan wanita, khususnya dalam kalangan ibu tunggal dan wanita dari keluarga B40 untuk memperolehi pendapatan sepanjang bulan Ramadan sebagai persiapan untuk sambutan Hari Raya nanti.

Menurut beliau, kebanyakan wanita di negara ini, khususnya ibu tunggal dan dari keluarga miskin, tidak diberi peluang secukupnya untuk menjalankan perniagaan kerana kekurangan modal ataupun tidak didedahkan dengan cara-cara yang ada untuk mereka menjalankan perniagaan. Oleh itu, usahasama ini dilihat mampu mempersiapkan wanita-wanita ini dengan modul perniagaan dan penyiapan yang betul agar dapat diamalkan walaupun selepas bulan Ramadan tamat. Usaha ini merupakan satu usaha yang sama-sama dizahirkan dengan Usahawan Wanita Malaysia (NAWEM).

Mudah Dengan Satu Klik

Bagi Majlis Bandaran Shah Alam (MBSA) pula, kolaborasi ini membantu dalam pengendalian pembahagian lot perniagaan dalam kalangan peniaga di samping mengelakkan kesesakan di tapak hingga menyebabkan persaingan berat sebelah lalu mengakibatkan pembaziran makanan yang dijual.

Menurut Nusrat lagi, data yang diperoleh daripada Insitut Pembagunan dan Peyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) pada tahun 2016 menujukkan bahawa rakyat Malaysia membuang sebanyak 15,000 tan makanan setiap hari dan 3,000 tan daripada makanan yang dibuang merupakan makanan yang boleh dimakan.

Oleh itu, MBSA telah menghasilkan portal dalam talian yang cukup mesra pengguna untuk memudahkan peniaga yang berdaftar dengan mereka. Seramai 700 orang peniaga makanan telah menjadi kumpulan perintis bagi portal ini dan kini, portal ini telah diguna pakai di majlis bandaran lain di seluruh negara seperti di Alor Setar, Johor Bahru, Kuantan dan Melaka.

Portal ini dilengkapkan dengan kemudahan seperti penempahan lot yang diterhadkan pada 1 lot untuk 1 peniaga disamping membantu peniaga membuat pengiraan bajet dan kos agar dapat mengelakkan pembaziran makanan serta penggunaan bekas mesra alam dalam penjualan mereka.

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş