Puasa Semasa Kembara Lebih Mudah Di Tune Hotel KLIA2

Kredit: tunehotels.com
Kredit: tunehotels.com

Bulan Ramadan yang mulia sudah tiba dan sepertimana pantasnya bulan mulia ini tiba, kita sudah memasuki hari keempat berpuasa. Bagaimana? Adakah badan anda sudah terbiasa dengan jadual makan baru anda?
Harap-harapnya, sudah biasalah. Jika tidak, kuatkan semangat dan jangan tergoda dengan godaan makanan di luar sana, ya.

Persepsi salah yang seringkali difikirkan adalah berpuasa membataskan aktiviti yang anda ingin lakukan. Tiada lagi akitivti berat seperti bersukan, berenang dan sebagainya. Iyalah, semua orang nak simpan tenaga, betul tak? Nanti badan lesu tak bermaya pula nak buat kerja. Saya nasihatkan, anda buang jauh-jauh persepsi ini, ya. Puasa bukanlah alasan ataupun halangan untuk anda daripada menjalankan aktiviti yang anda mahu. Sekalipun anda mahu melancong atau mengembara ke luar negara, puasa tidak sepatutnya menjadi halangan anda.

Puasa Semasa Kembara? Tiada Masalah!

Melancong memang menyeronokkan tetapi beberapa jam sebelum anda naik kapal terbang dan menuju ke destinasi anda, anda pasti akan berfikir, ‘kenapalah aku pilih nak melancong masa puasa juga?’

Yalah, dengan sibuk nak ‘check-in’ bag, nak lalu kastam dan sebagainya, anda pasti terlupa nak beli makanan siap-siap sebagai bekalan berbuka dalam kapal terbang. Akhirnya, kelaparanlah sampai ke destinasi.

Tak perlu seksa diri nak fikir bila, bagaimana dan apa yang anda nak makan apabila melancong semasa puasa. Jawapan untuk segala masalah anda hanya terletak bertentangan daripada KLIA2.

Nikmati Bufet Ramadan Tune Hotel KLIA2

Tune Hotel KLIA2 sememangnya syurga pengembara yang letih dan lapar. Apa sahaja yang anda mahu anda boleh dapatkan di sini termasuklah juadah berbuka puasa yang pelbagai, sedap dan mengenyangkan perut. Bagaimana caranya? Singgahlah di MAKAN Tune Hotel.

Di MAKAN, anda akan disajikan dengan pelbagai lauk-pauk, baik makanan tradisional seperti laksa Johor, Dalca Sayur, variasi kerabu ataupun makanan Barat seperti Spageti Aglio Olio, Kambing Panggang dan sebagainya. Anda tidak akan pulang dengan rasa tidak puas, itu kami jamin!

Mungkin anda berasa kebanyakan makanan yang disajikan adalah terlalu ringkas atau tidak terlalu banyak sepertimana di hotel-hotel lain, tetapi itulah strategi Tune Hotel KLIA2 untuk menarik tetamu mereka terus kembali.

Kesemua hidangan yang disediakan dipilih dan disediakan dengan penuh supaya dapat menepati citarasa semua tetamu yang datang berkunjung di MAKAN. Setiap hari, menu berbuka puasa di MAKAN diubah untuk memastikan anda tidak berasa jemu.

Pilihan Butterkicap

Dalam banyak-banyak sajian yang dicuba, kegemaran kami semestinya ialah ikan masam manis, udang masak lemak dan kacang panjang dengan labu panggang bersama nasi hujan panas dan kuah dalca licau. Memang terbaik. Tidak terlalu pedas mahupun kurang rasa.

Cuba kuih-muih dahulu! Memang tak rugi

Disamping itu, anda juga wajib mencuba seleksi makanan Barat yang disediakan kerana setiap satu hidangan saling melengkapi, khususnya hidangan pasta dan daging panggang Memang cukup menyelerakan!

Kami kurang menikmati hidangan pencuci mulut Barat yang disediakan seperti crumble dan kek span kerana terlalu manis. Namun begitu, kuih-muih tradisional yang disediakan menyelamatkan sesi makan kami di Tune Hotel KLIA2. Cukup berlemak, tidak terlalu manis dan yang paling penting, cukup sempurna.

Singgah Sebentar di MAKAN Tune Hotel KLIA2

MAKAN KLIA2 menawarkan harga sebanyak RM 65 untuk orang dewasa dan RM 35 untuk kanak-kanak. Untuk tempahan, anda boleh hubungi 03-8787 1726 atau hantarkan emel ke makanminum.klia2@tunehotels.com .

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş