Site icon Butterkicap

Sama-Sama Menikmati Selera Warisan Nusantara di Sama-Sama Hotel KLIA

Semua negara yang terletak dalam lingkungan kawasan Nusantara seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia sememangnya kaya dengan budaya dan warisan masakan yang diturunkan dari generasi ke generasi.

Namun begitu, dengan lambakan sajian yang boleh didapati kini, tidak ramai yang memilih untuk menikmati masakan-masakan kampung dan tradisional setiap hari tetapi lebih gemar untuk menikmati hidangan tersebut pada masa-masa istimewa seperti bulan Ramadhan yang bakal menjelang.

 

Bulan Ramadhan Bulan Nostalgia

Saban tahun, apabila Ramadhan kunjung tiba, semua rakyat Malaysia khususnya yang tinggal di perantauan berasa tidak sabar untuk memulakan ibadah berpuasa.

Semestinya sebahagian daripada diri anda sudah berasa tidak sabar untuk tibanya kedatangan bulan mulia ini demi melaksanakan tuntutan agama dan mendapat keredhaan Yang Maha Esa tetapi sebahagian diri anda lagi adalah disebabkan pada bulan inilah makanan tradisional yang berbulan-bulan lamanya tidak dijual akan mudah diperolehi di seluruh ceruk negara.

Dalam hal ini, anda ada dua pilihan; pilihan pertama adalah mengunjungi bazar Ramadhan terdekat ataupun pulang ke kampung halaman. Bagaimana pula kalau anda sudah tidak sabar lagi?

Sementara menunggu kapal terbang anda tiba, bolehlah anda Sama Sama Hotel KLIA untuk menikmati sajian terbaik di rantau Nusantara.

 

Tawaran Kulinari Sama-Sama Hotel KLIA

Bermula 18 Mei ini, Sama-Sama Hotel KLIA menawarkan promosi bufet buka puasa Ramadhan di ruang legar hotel. Dengan tema “Selera Warisan Nusantara”, juadah istimewa yang disediakan khas oleh pasukan kulinari diketuai Chef Eksekutif, Chef Ahmad Farhan Noorzali membawa anda ke Thailand dengan sajian Goi Pad Krapao, sebelum ke kampung-kampung di Malaysia dengan Kari Ikan Merah Berbendi dan Daging Masak Cili Padi sebelum menikmati keenakan Ketam Cili Claypot Singapura sebelum menamatikan pengembaraan kulinari anda dengan Nasi Ambang asli Jawa.

Tidak lengkap rasanya pengalaman berbuka puasa Selera Warisan Nusantara di Sama-Sama Hotel KLIA sekiranya tidak memaniskan mulut dengan aneka menu pencuci mulut Barat seperti Kek Black Forest dan tempatan seperti Apam Balik, Rojak Buah dan Ais Kacang.

Jika anda tidak begitu meminati makanan manis, anda boleh juga melengkapkan pengalaman berbuka anda di Hotel Sama-Sama KLIA. dengan mengunjungi gerai durian yang disediakan khas bagi peminat raja buah ini.

 

Satu Tawaran yang Perlu Diambil

Promosi bufet buka puasa Selera Warisan Nusantara disediakan sepanjang bulan Ramadhan dari pukul 6 petang sehingga 10 malam dengan harga RM135 pada hari bekerja (Isnin-Jumaat) dan RM99 pada hujung minggu.

JIka anda ingin mengadakan jamuan berbuka, terdapat bilik jamuan khas yang dapat memuatkan lebih 50 orang untuk ditempah agar memberi suasana yang  lebih intim dan peribadi bagi anda menikmati juadah yang menyelerakan bersama keluarga dan sahabat handai.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh menghubungi Bahagian Jualan Sama-Sama Hotel KLIA di +603- 8787 3333 atau hantar sahaja emel ke sales@samasamahotels.com.

print