Vendor Makanan di Pesta Muzik, Ini Tip untuk Anda

Vendor makanan sekalian, anda tidak perlu berpening kepala memikirkan makanan apakah yang akan memastikan jualan anda laris semasa pesta-pesta atau acara-acara besar yang anda sertai. Butterkicap penyelamat anda!

Kredit: foodadventure.com

Kepada yang biasa mengunjungi pesta-pesta, baik muzik, kebudayaan mahupun makanan, anda sudah pasti ketahui bahawa Malaysia kian menjadi hub pesta-pesta keramaian sepertimana yang dianjur di luar negara. Pesta-pesta ini yang sering kali memaparkan selebriti terkenal dapat menaikkan lagi nama Malaysia di seluruh pelosok dunia. Antara pesta mahupun konsert yang diadakan setiap tahun adalah Borneo Jazz Festival, Kota Kinabalu International Film Festival, George Town Cultural Festival, Bon Odori dan yang akan berlangsung pada hujung minggu ini di Sarawak iaitu Rainforest World Music Festival atau RWMF.

Kebanyakan pesta ini sudah semestinya menyediakan pelbagai jenis makanan yang ditawar kepada penghujung agar mereka bukan sahaja kenyang malahan lebih selasa untuk menikmati irama serta lagu-lagu yang dipersembahkan.

Oleh itu, bagi para vendor makanan, anda pasti mahu memilih makanan yang menjadi pilihan ramai dan yang paling penting sekali tidak perlu bersaing dengan vendor lain yang menyajikan makanan yang hampir sama. Oleh itu, saya, sebagai wakil Butterkicap sediakan beberapa tip berguna untuk anda pastikan gerai/trak/makanan anda menarik perhatian pengujung yang berasak-asak di tapak pesta nanti.

 

1. Makanan yang bersaiz kecil dan sederhana

Kredit: Food.com

Penting untuk juadah yang disediakan oleh vendor makanan di pesta-pesta adalah dalam saiz yang kecil dan sederhana. Kenapa? Jikalau makanan yang disediakan dalam saiz yang besar, amatlah sukar nanti bagi mereka yang ingin menikmati suasana pesta tersebut, khususnya yang kaki  menari untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

*Ingatlah bahawa, makanan yang disediakan haruslah mampu untuk dimasukkan ke dalam beg tangan atau terus masuk ke dalam perut

 

 

2. Makanan kurang berminyak…Kurang berminyak, makin bagus

Kredit: urbangourmet.com

Jenis juadah yang sentiasa dicari oleh pengunjung pesta adalah yang jenis yang kurang berminyak ataupun yang tidak berminyak langsung. Ingatlah bahawa tisu amatlah susah untuk didapati. Kalau tisu susah nak dijumpai, apatah lagi sumber air. Para pengunjung yang mahu menjimatkan bajet mereka semasa di pesta tersebut terpaksa membeli air botol yang mahal semata-mata untuk mencuci tangan mereka kerana makan makanan anda yang sedap tapi berminyak itu. Adakah mereka mampu bergembira selepas itu? Semestinya tidak.

Oleh itu, sediakanlah juadah yang kurang berminyak kerana jari jemari yang berminyak bukan merupakan satu perasaan yang syiok semasa mengunjungi pesta yang akan berlangsung selama berjam-jam lamanya.

 

3. Makanan yang kurang pedas atau terlalu masam

Credit: carnivalmunchies.com

Walaupun kita mengetahui bahawa rakyat Malaysia menggemari juadah yang pedas tetapi di pesta-pesta ini, tandas awam sentiasa kotor, penuh dan sesak. Jadi, demi menjaga perut pengunjung, sediakanlah juadah yang kurang pedas atau terlalu masam. Bagi segelintir pengunjung yang mengunjungi ke pesta-pesta ini, perut mereka mungkin dapat tahan tahap kepedasan yang tinggi tetapi bagi golongan omputih-omputih, amoi dan lengchai yang datang, mereka mungkin tidak biasa makan makanan yang terlalu pedas. Akibatnya mereka akan menghabiskan masa di toilet membuat irama perut berbanding mendengar muzik atau berseronok di pesta yang mereka bayar untuk masuk.

 

4. Makanan yang terlalu berkuah

Credit: netsenger.com

Makanan yang berkuah sudah tentunya merupakan salah satu jenis makanan yang boleh dihidangkan kepada penghujung semasa pesta dijalankan. Namun begitu, jikalau makanan yang terlalu berkuah akan menganggu pergerakkan tetamu di pesta tersebut, pastinya pengunjung tak dapat nak berseronok sepenuhnya. Ingatlah pepatah inggeris bahawa Less is more. Bukankah bermasalah kalau makanan yang berkuah tertumpah di kaki orang?

 

5. Makanan yang lain daripada lain a.k.a UNIK

Credit: youtube.com

Seperti yang kita ketahui  terdapat banyak vendor semasa pesta-pesta ini yang tahu bahwa cara untuk mendapatkan pelanggan adalah dengan menyediakan makanan yang unik dan lain daripada lain. Maksud unik disini adalah dari segi persembahan juadah tersebut. Hal ini demikian kerana pada zaman Instagram kini, orang ramai lebih menyukai mengambil gambar yang dikatakan sebagai Instagram- worthy bagi mendapatkan likes daripada pengikut mereka. Maka dengan itu, sediakanlah juadah yang boleh menarik perhatian ramai dan yang turut akan meningkatkan jualan anda.

Itulah antara tip-tip istimewa Butterkicap kepada para vendor makanan yang akan menghidangkan juadah makanan kepada mereka yang mengunjungi festival tersebut. Ingatlah bahawa anda merupakan salah satu sebab sesorang akan juga faktor yang menentukan sama ada seseorang itu dapat menikmati pengalaman berpesta mereka ataupun tidak.

Bak kata pepatah Melayu,

Gendang Gendut Tali Kecapi,
Kenyang Perut Senang Hati…..

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş