Site icon Butterkicap

10 Lokasi Ayam Goreng Kunyit Wajib Kunjung di Kuala Lumpur

Kredit: sayaiday.com

Kredit: Apa Sahaja Azuwar…

Apabila anda sibuk di pejabat, satu-satunya masa anda ada masa untuk bernafas dan rehatkan diri adalah semasa waktu rehat. Namun begitu, apabila memikirkan waktu rehat yang pendek, tempoh masa yang lama untuk anda memilih kedai, memandu ke sana dan menghadap trafik, kemudian perlu menunggu lagi untuk makanan dimasak lalu dihidang, memang hilang rasa lapar.

Kalau anda merasakan perkhidmatan penghantaran lebih cepat, maaflah kerana saya perlu pecahkan ilusi anda ini. Waktu puncak membuat pesanan penghantaran yang akan mengambil masa lama bukan sahaja mematahkan selera anda malah membuatkan anda terus tak bersemangat nak sambung bekerja.

Ada tak makanan penyelamat untuk anda yang cepat, ringkas, mengenyangkan dan menyelerakan untuk waktu-waktu sibuk begini?

Saya boleh fikirkan satu makanan dan saya rasa, anda mesti berasa teruja untuk mengetahui apakah gerangannya makanan itu?

 

Ayam Goreng Kunyit Penyelamat Perut Lapar

Ya, wahai pembaca yang dikasihi, dalam banyak-banyak pilihan makanan yang anda boleh pilih semasa waktu sibuk ini, ayam goreng kunyitlah makanan yang paling ideal untuk anda.

Pasti anda tertanya-tanya kenapa, betul tak?

Sebagai penulis, ada kalanya saya begitu khusyuk (sebenarnya, tengah kejar tarikh akhir. Semua geng penulis mesti tengah angguk kepala tanda setuju) menyiapkan artikel hinggakan saya merasakan tak sempat nak keluar makan tengah hari. Saya tak nak makan makanan segera setiap hari. Memanglah cepat tapi tak elok pula untuk kesihatan. Pilihan paling terdekat dan paling senang untuk saya ialah ayam goreng kunyit.

 

Ciri-Ciri Ayam Goreng Kunyit Sedap

Kredit: Explo Rasa

Jika anda sudah berjaya diyakinkan untuk makan ayam goreng kunyit selepas membaca artikel ini, ayuh kita melihat apakah ciri-ciri ayam goreng kunyit yang enak sebelum melihat senarai 10 lokasi ayam goreng kunyit yang saya senaraikan untuk anda kunjungi.

Kesemua lokasi yang saya dinyatakan di bawah memenuhi kesemua ciri-ciri ayam goreng kunyit yang sedap. Nak tahu apakah ciri-ciri tersebut? Jom baca di bawah:

  1. Banyak Bawang

    Saya suka bawang dalam masakan bergoreng. Bukannya saya suka kerana saya suka mulut saya berbau, tidak. Saya suka bawang dalam masakan bergoreng kerana bawang memberikan bau wangi dan rasa manis pada masakan tersebut. Jika tiada bawang, memang terasa hambar makanan tersebut. Tiada ‘kick’, orang kata. Jadi, lebih banyak bawang, khususnya dalam masakan ayam goreng kunyit, lebih baik!

  2. Bercili
    Satu lagi kriteria yang saya rasa, wajib ada dalam masakan ayam goreng kunyit ialah cili. Sebagai rakyat Malaysia dan juga orang yang berasal dari Pulau Pinang, masakan kalau tiada cili memang tidak seronok untuk dimakan. Apabila ada cili, makanan yang ringkas pun boleh terasa begitu sedap. Jadi, lebih banyak cili, lebih baik, tambah-tambah lagi kalau cili padi digunakan. Berasap telinga!
  3. Nisbah Ayam: Kunyit

    Kredit: Raymond’s Kitchen
    Kriteria ketiga ialah nisbah ayam pada kunyit yang digunakan. Pernah tak anda makan ayam goreng kunyit yang rasa seperti anda makan kunyit berbanding ayam? Saya pernah dan pengalaman itu sesuatu yang saya tidak mahu ulang!

    Penting untuk tukang masak pastikan ada keseimbangan pada kedua-dua bahan penting ini. Bak kata pepatah, pastikan yin yang seimbang. Nama sajian pun ‘ayam goreng kunyit’, mestilah ada keseimbangan pada sukatan kunyit yang digunakan dengan kuantiti ketulan ayam yang nak dimasak, betul tak?

  4. Sayur Lebih Dua Jenis
    Kredit: Cooking Light

    Walaupun saya suka makan ayam atau apa-apa daging lain, itu tidak bermakna saya tidak mahu sayur. Sayurlah satu-satunya harapan saya untuk pastikan sajian yang saya makan itu kelihatan sihat. Kononnya nak bagi sedap hati sendirilah.

    Oleh itu, memang pantang kalau saya makan ayam goreng kunyit tapi sayur sedikit atau tiada. Sajian ayam goreng kunyit yang sedap mestilah mempunyai kuantiti sayur yang sama banyak dengan ayamnya. Sudahlah makan makanan bergoreng, takkanlah tak nak makan sayur juga. Sekurang-kurangnya, buat-buatlah seperti anda menjaga kesihatan anda.

Lokasi Panas Ayam Goreng Kunyit

Sekarang, saya berharap anda sudah betul-betul lapar dan teringinkan ayam goreng kunyit sebab saya tidak sabar nak kongsi 10 lokasi ayam goreng kunyit paling ‘panas’ di sekitar Kuala Lumpur. Jangan risau, harga di kesemua lokasi adalah dalam lingkungan harga RM 5- RM 9. Jadi, bajet anda masih okey.

Tak payah saya tulis banyak-banyak lagi, baik kita teruskan ke senarai lokasi, ya.

 

1. Mat Rock Special Ayam Goreng Kunyit

A: No. 15, Jalan Kampung Pandan, Taman Maluri, Kuala Lumpur, Malaysia
M: 1-300-88-5800

W: https://www.facebook.com/Mat-Rock-Special-Ayam-Goreng-Kunyit-422134321253697/

Waktu Operasi: 11am-11pm, Isnin hingga Ahad
Servis Penghantaran: Ya (hubungi nombor di atas)

 

2. Ayam Goreng Kunyit Terbaik Bangsar

A: 8, Jalan Bangsar Utama 1, Bangsar, 59000 Kuala Lumpur 

Waktu Operasi: 11am-5pm, Isnin hingga Jumaat
Servis Penghantaran: Tiada

3. Kak Ton D’Cafe

Kredit: automobilehistory.club

A: 12, Jalan Dutamas Seroja 3, Taman Segambut Sppk, 52100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 7am-12am, Isnin hingga Ahad
Servis Penghantaran: Ya (Foodpanda)

 

4. Warung Prima


A: Life Centre, B1-01, Lower Ground Floor, Jalan Perak, Kuala Lumpur, Malaysia
M: +6011 2660 1332
W: https://www.facebook.com/warungprimakunyit/
IG: warung_prima

Waktu Operasi: 8am-6pm, Isnin hingga Khamis; 8am-10pm, Jumaat; 11am-10pm, Sabtu
Servis Penghantaran: Ya (hubungi nombor di atas)

5. Miller’s Place Food Court

Kredit: M One Concept

A: Tingkat 11, Aneks Tempat Letak Kereta, No.282, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur
W: http://www.m-oneconcept.com.my/millersplace/

Waktu Operasi: 7am-4pm, Isnin hingga Jumaat
Servis Penghantaran: Tiada
Status: Halal tetapi terdapat kedai bukan halal di kawasan medan selera yang sama

6. Azhar Station Special Nasi Ayam Goreng Kunyit

Kredit: Foursquare

A:  3-5, Persiaran Hampshire, Hampshire Park, 50450 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11am-6pm, Isnin hingga Jumaat
Servis Penghantaran: Tiada

 

7. Ayam Goreng Kunyit Meletops, PNB Darby Park Food Court

Kredit: Makan TV

A: PNB Darby Park, 175, Jalan Binjai, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8am-6pm, Isnin hingga Jumaat
Servis Penghantaran: Tiada

 

8. Ayam Kunyit Pak Ngah, Petaling Jaya

Kredit: ayam kunyit pak ngah

A: Taman Selera Jalan Othman, PJ Old Town, Petaling Jaya, Malaysia
M: +6011 1117 9687
W: https://www.facebook.com/ayamkunyitpakngah/
IG: ayamkunyitpakngah

Servis Penghantaran: Ya (Foodpanda)

 

9. Ayam Goreng Kunyit Power, Mont Kiara

Kredit: Foursquare

A: Solaris Mont Kiara 50480 Kuala Lumpur

 

10. Nasi Ayam Goreng Kunyit Warisan Opah

Kredit: nasi ayam goreng kunyit warisan opah

A: Belakang Wisma OSK Kuala Lumpur, Malaysia
M: +6011-2729 9279
W: https://www.facebook.com/Nasi-Ayam-Goreng-Kunyit-Warisan-Opah-219036861623627/ 

Waktu Operasi: 7am-4pm, Isnin hingga Jumaat

Jangan Tengok Saja

Bagaimana? Dah capai kunci kereta nampak. Jangan lupa kongsi artikel dengan rakan-rakan dan ahli keluarga yang sukakan ayam goreng kunyit mahupun tidak tahu ke mana nak pergi untuk makan tengah hari.

Apa? Malas nak menghadap trafik? Anda boleh cuba resepi-resepi makanan goreng kunyit kegemaran anda di rumah untuk buat bekal. Lagi senang, lagi jimat!

print