Tahun ini Malaysia berada pada peringkat yang gemilang kerana kita bukan sahaja baharu memenangi 145 pingat emas dalam Sukan SEA, dan pada tahun ini juga kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60.
Walaupun negara kita telah melalui beberapa peristiwa yang kurang menyenangkan seperti kehilangan MH 370 dan sebagainya, Kita sebagai rakyat Malaysia masih bersatu teguh.
Oleh kerana 60 tahun merupakan satu tempoh masa yang lama, kami ingin berkongsi dengan anda serta membawa anda kembali ke nostalgia snek dan minuman klasik.
Makanan dan minuman ini mungkin pernah dicubai anda pada suatu ketika dahulu. Ia mungkin masih berada di pasaran atau mungkin tiada lagi pada masa kini.
Marilah kita bersama melalui nostalagia lama.
1. Roti Ais Krim
Roti ais krim merupakan salah satu makanan yang pasti membawa anda kembali pada zaman nostalgia anda. Roti ais krim ini sangat unik kerana ia tidak dijual di pasar raya tetapi oleh bhai yang menjual roti dengan menaiki motor.
Bunyi hon merupakan salah satu indikasi bahawa bai tersebut berhampiran dan akhirnya anda boleh merasai roti ais krim yang penuh berkrim dan sedap. Ia menjadi pilihan ramai terutamanya apabila anda berada pada waktu yang panas.
Ais krim pilihan anda akan menyerap ke roti tersebut dan ia kemudian akan membuat roti tersebut lebih sedap di makan. Pilihan kami untuk roti ais krim ialah ais krim perisa strawberi dan roti pandan. Anda pula?
2. Wu Hua Guo
Kami pasti nama ini mungkin akan menyebabkan beberapa pembaca kami tidak mengetahui apakah itu bahan ini, Wu Hua Gao merupakan asam yang disimpan dalam botol kecil berwarna lut sinar.
Wu Hua Gao merupakan salah satu snek yang dikejari ramai kerana ia mudah sahaja mudah dimakan malahan kemasamannya membolehkan anda untuk berterus berjaga (mengalahkan kopi kan?).
3. Jeli dalam Cawan
Snek klasik lain yang kami ingin pembaca kami ingati ialah jeli dalam cawan. Jeli yang berwarna warni pasti menjadi ranjutan ramai orang kerana ia bukan sahaja mudah dimakan malahan ia sangat enak.
Jeli dalam cawan ini merupakan salah satu snek yang digemari ramai kerana ia mudah dimakan dan boleh dibawa kemana-mana sahaja. Selain itu, jeli dalam cawan ini juga mempunyai perisa yang bermacam-macam.
Mereka yang gemari masam boleh memilih strawberi dan manakala mereka yang gemari yang manis boleh memilih perisa mangga. Walau apa pun pilihan jeli anda, kami pasti anda boleh menghabiskan jeli tersebut dalam satu sedutan.
4. Wafer Apollo dengan Krim Coklat
Sebelum adanya kitkat, Malaysia diperkenalkan dengan wafer dengan krim coklat ini. Kertas pembungkus yang berwarna merah ini pasti menarik semua orang terhadapnya.
Selain kertas merah yang menyala, wafer ini juga enak dimakan dan dikongsi bersama rakan dan keluarga anda. Lapisan-lapisan wafer ini pasti mengembirakan semua rakan anda, lagi-lagi bila anda berkongsi dengan mereka.
Wafer dengan krim coklat ini juga merupakan salah satu snek yang sering kali dimasukkan dalam goodies bag untuk hari jadi rakan-rakan. Ia sangat enak sehinggakan anda pasti mahu menjilat pembalutnya kerana penuh dengan rasa coklat.
5. Ribena
Ribena merupakan salah satu minuman yang mudah untuk dibuat dan ia boleh dibuat untuk ramai orang. Air ribena merupakan air yang sering kali dihidangkan dirumah untuk para tetamu kerana pada masa dahulu air berkarbonat mahal.
Air ribena yang berwarna unggu ini menarik perhatian ramai dan merupakan salah satu minuman yang enak dimakan tatkala panas dan apabila anda mahu berbual lama dengan rakan anda.
6. Biskut Aising Pelangi (Iced Gems)
Makanan zaman kanak-kanak yang masih menjadi kegilaan ramai sehingga kini ialah biskut aising pelangi yang juga dikenali sebagai ice gems. Biskut ini walaupun mempunyai kumpulan peminat yang ramai, tetapi tiada sesiapa yang tahu nama sebenar biskut ini. Keistimewaan biskut ini ialah aising keras dan manis di atas biskut kecil. Walaupun berbeza-beza warna, tetapi rasanya sama sahaja.
Satu soalan untuk anda, adakah anda makan bahagian manis dahulu atau bahagian biskut? Walau apapun cara anda makan, makan biskut dan aising sekaligus memberikan kepuasan yang tidak terhingga.
7. Kepingan Asam (Haw Flakes)
Haw flakes atau kepingan asam nipis berwarna merah kelihatan seperti kepingan daging kering sehinggalah anda mengunyah kepingan tersebut. Rasanya yang masam dan manis mungkin membuatkan anda tidak dapat meneka apakah ramuan atau bahan yang diguna pakai untuk menghasilkan kepingan asam ini.
Sebenarnya, kepingan asam ini diperbuat daripada buah pokok hawthorn yang diawet. Anda pasti berasa terkejut, bukan?
8. Popo Muruku Ikan
Rakyat Malaysia sememangnya meminati snek yang rangup dan berkriuk apabila dikunyak. Oleh itu, salah satu snek popular di Malaysia ialah muruku dan kacang. Berdasarkan fakta ini juga, kami berpendapat bahawa makanan seperti muruku dan kacang inilah yang menjadi perintis bagi snek makanan ringan yang ada di pasaran; bermula dengan snek Popo Muruku ikan yang wujud sejak 1975 lagi.
Rasa ikan yang kuat dan keropok yang keras membuatkan satu paket pun tidak cukup untuk dinikmati oleh semua orang.
9. Choki Choki
Choki-Choki adalah peneman setia pelajar yang mengantuk atau sentiasa lapar. Tiub kecil berisi coklat lazat membolehkan anda membawa coklat ini kemana-mana sahaja. Anda boleh simpan di dalam poket atau kotak pensel supaya anda dapat menikmatinya secara diam-diam.
Selain itu, bungkusan Choki-Choki berbentuk tiub ini memudahkan anda untuk menikmati coklat enak ini dalam pelbagai cara, baik di atas roti atau aiskrim.
10. Kek Lapis Apollo
Generasi rakyat Malaysia yang lahir pada era hujung 80an dan awal 90an pasti ingat tentang keenakan kek lapis gebu yang terdapat dalam pelbagai perisa untuk dinikmati semasa waktu minum petang. Kek Apollo diminati ramai kerana rasa kek yang gebu dan berperisa enak seperti coklat dan pandan.
Dengan harga RM0.30 sahaja, anda akan mendapat satu paket kek yang agak besar. Malangnya, kek Apollo yang dijual kini semakin mengecil dan membuatkan sesiapa yang makan berasa kurang puas. Namun begitu, ini mungkin satu taktik untuk membuatkan orang ramai membeli lebih banyak kek Apollo. Tak mengapa! Kerana keknya memang sedap.
11. Bertih Durian
Bertih durian dan tomato adalah dua snek kegemaran selepas pulang ke sekolah. Walaupun bertih ini diperbuat daripada paf jagung dan bukannya daripada durian yang sebenar, tetapi rasanya yang manis dan rangup membuatkan setiap gigitan tidak cukup untuk memuaskan hati anda.
Pasti anda terasa seperti nak makannya sekarang. Apa lagi, belilah daripada pakcik roti yang sedang menunggu anda di luar rumah!
12. Sugus
Sugus merupakan gula-gula buah-buahan pertama yang menjadi kesukaan ramai kanak-kanak Malaysia sebelum kewujudan Fruitella di pasaran. Rasa buah sugus yang manis dan enak membuatkan anda terus mengunyah satu per satu sehingga anda tidak sedar anda sudah habiskan sepaket.
Namun begitu, satu keburukan sugus ini adalah terdapat cebisan sugus yang akan melekat pada gigi dan tidak dapat dikeluarkan. Sebab itulah, ramai saja kanak-kanak yang mempunyai gigi bertampal pada ketika itu.
13. Tora dan Ding Dang
Ada sesetengah daripada kita yang merasakan makan coklat atau kandi tidak mencukupi. Sekali-sekala, anda ingin juga diberikan hadiah atau mainan. Jangan risau kerana Tora dan Ding Dang mampu memberikan anda kepuasan tersebut.
Kedua-dua jenama ini dikeluarkan syarikat Kinos. Oleh sebab itu, persembahan bungkusan dan makanan adalah sama iaitu sebungkus bebola coklat dan permainan percuma.
14. Kandi Nano
Anda pasti pernah mendengar lagu iklan kandi ini yang mudah diingati dan dinyanyikan sehingga sekarang. Namun begitu, perkara yang paling membuatkan anda ingin mencuba kandi ini ialah rasa kandi yang kononnya masam, manis dan masin.
Benarkah kandi tersebut rasanya begitu?
Memang benar! Kandi Nano Nano mempunyai perisa yang cukup kompleks tetapi enak untuk dihisap ketika mengantuk. Sekali makan, pasti anda mahu cuba lagi!
15. Ais Pop
Senarai makanan terakhir ialah ais pop. Ais pop mempunyai cara makan yang sama seperti aiskrim Malaysia. Bezanya, ais pop merupakan minuman berperisa dan berwarna yang sedap dimakan apabil disejuk bekukan.
Walaupun kebanyakan ibu bapa berasa ragu-ragu untuk membenarkan anak-anak mereka makan sesuatu yang penuh dengan perisa dan pewarna tetapi ais pop cukup puas dimakan ketika waktu panas membahang.
Itulah merupakan 15 snek dan minuman tempatan klasik yang menjadi ranjutan ramai orang di Malaysia.
Walaupun Malaysia semakin hari semakin menuju ke hadapan, janganlah kita melupai snek yang klasik atau makanan traditional kita kerana ia merupakan sabahagian daripada budaya kita.