5 Lokasi Nasi Ayam Hainan Murah Anda Perlu Cuba

Kredit: culinaryfrank.com

Dalam senarai makanan Malaysia yang popular, nasi ayam, khususnya, nasi ayam hainan berada di kedudukan yang setaraf dengan sajian-sajian tempatan lain seperti roti canai, nasi lemak, laksa dan mee kari.

Meskipun begitu, hidangan klasik ini jarang sekali dikaitkan dengan Malaysia kerana dua faktor.

Faktor yang pertama ialah kita mempunyai terlalu banyak sajian yang sedap sehinggakan susah untuk nama-nama besar dalam industri makanan global memilih hanya satu makanan terbaik dalam senarai mereka.

Faktor yang kedua pula ialah Singapura. Oh tidak, saya bukan nak timbulkan perbalahan antara Singapura dan Malaysia tentang asal-usul nasi ayam kerana memang jelas nasi ayam berasal dari negara China. Sebaliknya, saya nak tekankan tentang dua restoran nasi ayam Hainan di sana yang telah dianugerahkan bintang Michelin iaitu Tian Tian Hainanese Chicken Rice dan Liao Fan Hong Kong Soya Sauce Chicken Rice and Noodle.

Jadi, memang tidak menghairankanlah kalau nasi ayam dikenali di seluruh dunia sebagai sajian kebangsaan Singapura. Walau apapun ini tidak bermakna apa-apa kerana terdapat soal yang lebih penting untuk dibicarakan.

 

Bukan Sekadar Nasi dan Ayam

Kredit: theguardian.com

Selepas tragedi rendang crispy, John Torode, salah seorang juri pertandingan memasak Masterchef UK kembali lagi mengegarkan industri kulinari global.

Bagaimana, anda tanya?

isteri beliau, pelakon drama British, Lisa Faulkner telah berkongsi resepi nasi ayam hainan beliau sendiri dan resepi tersebut dipaparkan dalam majalah makanan Waitrose & Partners.

Perkara yang membuatkan ramai yang tidak puas hati dengan perkongsian tersebut adalah resepi yang diberi adalah 360 darjah berbeza daripada resepi nasi ayam hainan yang kita tahu.

Memang menyedihkan apabila melihat resepi klasik seperti ini diubah suai menggunakan bahan-bahan bukan konvensional seperti daun bawang, cili, jus limau dan madu untuk menyediakan sos cili halia tipikal dalam penyediaan nasi ayam hainan.

 

Murah, Banyak dan Asli

Daripada bersedih dan menjadi ‘keyboard warrior’, lebih baik anda memujuk hati anda yang kecewa dengan sepinggan nasi ayam hainan yang menyelerakan, murah, banyak dan semestinya asli di sekitar anda.

Di sini, kami menyenaraikan 7 lokasi nasi ayam hainan yang murah, banyak dan asli di Lembah Klang. Ayuh kita lihat restoran yang berjaya disenaraikan.

 

1. Nasi Ayam Hailam Damansara

my.openrice.com

Anda mencari nasi ayam yang halal dan mengikut resepi nasi ayam hainan yang asli, Nasi Ayam Hailam Damansara ialah tempat yang anda patut tuju.

Halal dan murah, anda diberi tiga jenis pilihan ayam untuk dinikmati iaitu ayam panggang, ayam rebus dan ayam madu pada harga RM 8 sepinggan. Memang berbaloi!

 

Nak ke sana?

A: 102, Jalan SS 21/39, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

 

2. Nasi Ayam Hainan Chee Meng

Krecit: riomakan.blogspot.com

Berdasarkan pada nama restoran ini, pasti pembaca yang beragama Islam berasa was-was untuk makan di sini.

Jangan risau! Restoran nasi ayam ini merupakan restoran yang disahkan halal oleh JAKIM. Semua bahan dan peralatan yang digunakan semestinya berpandu konsep ‘halalan toyibban’. Selain itu, keistimewaan restoran nasi ayam ini ialah resepi yang digunakan sejak dari tahun 1965 lagi tidak berubah sehingga sekarang. Oleh sebab itulah, rasa dan kuantiti nasi ayam di restoran ini masih konsisten serta menjadi tumpuan peminat nasi ayam hainan.

Sememangnya satu warisan makanan yang wajib anda kunjungi.

 

Nak ke sana?

A: 50, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
M: +6011 2413 0863
W: http://cheemeng.com.my/

 

 

3. CRG Chicken Rice Guys

Kredit: littles_irdinas

Restoran ketiga dalam senarai ini ialah restoran nasi ayam paling popular di Shah Alam. Restoran CRG Chicken Rice Guys merupakan restoran nasi ayam hainan halal yang berazam untuk menyediakan nasi ayam hainan yang asli dan seperti yang dijual di kedai-kedai nasi ayam tidak halal yang lain. Selain daripada nasi ayam, mereka juga terkenal dengan nasi itik mereka. Itu satu menu yang wajib dicuba!

Oleh sebab itulah restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan. Namun begitu, anda kena datang awal jika anda mahu makan di sana kerana kedai ini tutup awal iaitu pada pukul 7 malam.

Tak nak anda pulang dengan perut kosong pula!

 

Nak ke sana?

A: 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
M: +6013-333 1950
W: https://crgchickenriceguys.business.site/

 

4. Simple Chicken Rice by Uncle Lim

Kredit: froggybitsoflife.blogspot.com

Kalau anda mahu mencuba nasi ayam hainan yang asli, halal dan disediakan menggunakan resipi turun-temurun, inilah restoran untuk anda!Walaupun diuruskan oleh pasangan suami isteri berbangsa Cina, restoran ini mementingkan kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan agar masakan mereka dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Dengan hanya RM 8, anda dapat menikmati nasi ayam hainan bersaiz hidangan besar. Memang sangat berbaloi. Jika anda ingin ke sana, gunakan maklumat di bawah sebagai panduan!

Oh, ya. Seperti restoran CRG, restoran ini juga tutup awal setiap hari iaitu pada pukul 6. Pastikan anda rancang masa untuk ke sana betul-betul supaya tidaklah anda pulang dengan hati kecewa dan perut kosong.

 

Nak ke sana?

A: 88, Jalan SS 14/1, Ss 14, 47500 Subang Jaya, Selangor
M:  +6011 6169 2600

 

 

5. Restoran Cozy Corner

Kredit: edgeprop.my

Restoran kelima dan terakhir dalam senarai ini adalah sebuah restoran yang terletak di Ampang Point. Walaupun tidak menyediakan sajian nasi ayam secara eksklusif tetapi restoran ini dikenali oleh penduduk sekitar sebagai restoran yang menyediakan nasi ayam hainan terbaik di Ampang.Halal tetapi sedikit mahal, saiz hidangan nasi ayam yang disajikan di sini sememangnya besar dan cukup berbaloi dengan harga yang diletakkan. Sekali makan, memang nak lagi!

Nak ke sana?

 

A:  Ampang Point Shopping Centre, 68000 Kuala Lumpur, Malaysia
M: +603 4260 2323
FB: https://www.facebook.com/since1978atampangpark/

 

 

Apa Anda Tunggu Lagi

Nasi ayam sememangnya hidangan klasik yang sesuai dimakan pada bila-bila masa. Walaupun kelihatan ringkas tetapi teknik yang digunakan untuk menyediakan sajian ini merupakan teknik tradisional yang sudah diamalkan sejak berkurun lamanya.

Perbaharuan adalah suatu yang positif tetapi adakah keperluan untuk memperbaharui sajian tradisional seperti ini? Terpulang kepada anda untuk menentukannya. Apapun, jangan lupa untuk cuba 5 lokasi nasi ayam hainan yang halal dan murah di sekitar Lembah Klang ini!

print
Azrene Jasmine

A true blue Penangite, Azrene Jasmine favourite thing to do is, well, eating. Though currently in a love/hate relationship with the weighing scale, she truly believes that every woman should choose a hunk of juicy steak over a bowl of salad on the first date because steaks are awesome and what man can resist a woman with a healthy appetite?

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş