Sup ekor merupakan hidangan yang boleh dinikmati sama ada bersama nasi atau makan begitu sahaja. Ia sudah cukup enak dan menyelerakan! Anda boleh ambil sekeping roti dan makan bersama sup ekor. Ia juga salah satu cara terbaik untuk mengekalkan kehangatan dengan malam yang sejuk dan dingin.
Anda boleh menikmati sup ekor pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja yang anda suka. Ia sesuai dijadikan hidangan pembuka selera dan juga dijadikan sajian sampingan di waktu malam. Cepat dan mulakan hari anda dengan sup ekor terbaik yang hanya berhampiran anda.
Di sini Butterkicap senaraikan 7 tempat yang boleh anda dapatkan sup ekor kegemaran anda di sekitar Kuala Lumpur.
Jake’s Charbroiled Steaks
Ramai pelanggan yang berkunjung ke Jake’s Charbroiled Steaks mesti bersetuju bahawa hidangan yang disediakan tidak mengecewakan dan stik yang dihidangkan juga adalah antara yang terbaik! Sup ekor yang dihidangkan juga tidak mengikut citarasa pelanggan yang hadir ke sini.
Rasa yang diberikan sangat memuaskan hati setiap pelanggan yang berkunjung dan merasai sendiri hidangan yang disediakan. Rasa yang pelbagai yang mungkin membangkitkan selera anda untuk mencuba sendiri. Anda boleh berkunjung ke restoran ini yang terletak di Medan Damansara.
H: RM 20.00-RM 250.00
O: Isnin-Sabtu (12:00 PM-03:00 PM & 06:00 PM-11:00 PM), Ahad (06:00 PM-11:00 PM)
T: +603 2094 5677
W: jakes.com.my
A: 21, Jalan Setiapuspa, Medan Damansara, 50490 , Kuala Lumpur
-
Restoran Hussin Sup & Popia Jalan Pahang
Restoran ini sangat terkenal dengan hidangan sup ekor dan popiah basah. Hidangan ini adalah pelengkap antara satu sama lain. Rasa rempah pada sup ekor ini yang menarik perhatian pengunjung yang pergi ke restoran ini.
Mungkin teksturnya agak berminyak tetapi ia sangat lazat dan tidak rugi untuk anda cuba sendiri. Hidangan ini tidak lengkap jika anda tidak memesan minuman panas seperti teh tarik. Ia akan membuatkan hidangan bertambah enak dan menaikkan lagi nafsu makan anda.
Popiah yang disediakan juga disajikan bersama sos buatan sendiri dan sangat sesuai jika anda makan sebagai pencuci mulut apabila anda memesan sup ekor bersama nasi putih.
H: RM 5.00-RM 10.00
O: Isnin- Sabtu (07:00 AM-09:00 PM)
T: +6016 2841 576
A: 9, Jalan Puah Jaya 1, Setapak Indah Jaya, 53000, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan.-
Pak Abu Sup Ekor
- Pak Abu Sup Ekor merupakan antara restoran sup ekor yang menjadi pilihan warga kota yang menggemari sup ekor. Hidangan sup ekornya sangat menyelerakan dan lazat. Lokasi restoran ini terletak berhampiran dengan stesen LRT Kerinchi di Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
- Restoran ini menyajikan pelbagai sajian klasik dan tempatan yang menjadi warisan turun temurun. Ini tidak dapat disangkal lagi, ia menjadi faktor utama kepada kehadiran ramai pengunjung ke restoran ini dan mereka sanggup beratur panjang untuk menikmati hidangan yang disediakan di Pak Abu Sup Ekor.Keunikan rasa yang pelbagai dan rasa masam manis yang diramukan dalam sup menjadikan sup ini lebih enak dengan daging yang lembut.
- Ia membuatkan anda akan rasa nak lagi dan lagi sup ekor yang disajikan itu. Ia akan lebih lengkap jika anda memesan juga hidangan lain seperti telur dadar, sayuran tumis, nasi panas bersama minuman sejuk seperti teh ais atau kopi ais. Tentu ia lebih enak!
H: RM 5.00-RM 15.00
O: Isnin-Sabtu (09:00 AM-10:00 PM)
A: Jalan 2/83a, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia, 59100, Kuala LumpurSyed Bistro
Syed Bistro sememangnya sudah menjadi popular dalam kalangan rakyat Malaysia yang gemar untuk melepak di kedai mamak. Ini adalah salah sebuah restoran mamak yang sentiasa menjadi tumpuan penduduk disekitar mahupun dari KL.
Anda boleh berkunjung sendiri disini jika ingin merasai hidangan yang pelbagai termasuklah sup ekor yang terbaik dan lazat di Syed Bistro.
Apa yang menarik mengenai restoran ini ialah ia menjadi tumpuan semua rakyat Malaysia tidak mengira lapisan masyarakat dan pangkat. Sajian yang disediakan amat menarik minat sesiapa sahaja untuk datang berkunjung ke sini. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan dan berbaloi untuk anda mencuba segala hidangan yang ada.
Sajian sup ekor yang diperkaya dengan aroma rempah yang akan membangkitkan lagi selera makan anda dan membuatkan anda ketagihan untuk menikmati lagi dan lagi sup ekor yang dihidangkan. Selamat mencuba!
H: RM3.00-RM7.00
O: Setiap hari (24 jam)
A: 13-15, Jalan Barat, PJS 8, 46200 Petaling Jaya, SelangorMa’Cik Biryani
- Aroma sup yang pasti akan membangkitkan selera anda untuk merasai rasa tempatan dan aneka hidangan yang anda boleh dapati di Ma’ Cik Biryani. Rasanya yang lazat membuatkan anda merasakan yang anda baru pertama kali merasai sup ekor yang enak antara sup yang pernah anda cuba.
- Restoran ini juga menyajikan hidangan briyani yang dihidangkan pelbagai jenis sup yang boleh anda pilih. Hidangan yang disediakan pasti anda tidak akan melupakan dan melekat di hati untuk mencuba lagi di masa akan datang. Harga yang ditawarkan juga bersesuaian dan berpatutan dengan hidangan yang disediakan.
- Tidak lengkap rasanya jika anda tidak menikmati juga sajian nasi briyani dan sup tulang di restoran ini. Selamat mencuba!
- H: RM 9.00-RM 15.00
- O: Setiap hari (10:00 AM—10:00 PM)
- T: +603 7710 3603
- A: Lot 156, Level 1, The Curve, 47810 , Petaling Jaya, Selangor.
-
Paya Serai
Di Paya Serai, mereka menyajikan hidangan tradisional Melayu. Sup ekor antara hidangan yang menjadi pilihan penggunjung yang hadir ke restoran ini. Anda tidak seharusnya melepaskan peluang merasai sendiri hidangan kampung yang disediakan di sini. Rasanya yang enak dan sedap pasti anda tidak akan menolak untuk mencuba sendiri.
Segala usaha dan keringat telah diletakkan pada hidangan sup yang sangat menyelerakan dan pasti tidak akan mengecewakan anda untuk merasai kelazatannya. Anda patut masukkan dalam senarai ‘food hunting’ anda dalam menerokai makanan yang enak sekitar Kuala Lumpur.
H:RM 60.00-RM 100.00
O:
Isnin-Jumaat, Ahad (12:00 PM—02:30 PM)
Sabtu (12:00 PM—02:00 PM)
Setiap Hari (06:30 PM—10:30 PM)
T: +603 7955 9122
A: Petaling Jaya Hilton, 2, Jalan Barat, Seksyen 52, 46200, Petaling Jaya, Selangor.
-
Restaurant Waneeda Tomyam
Anda boleh menikmati pelbagai jenis sup dan tomyam yang menarik dan lazat. Ramai pelanggan yang pernah datang ke sini sangat berpuas hati dengan kelazatan sup ekor yang disediakan disini. Anda boleh berkongsi dengan orang lain atau menikmatinya seorang diri ia sudah memuaskan hati dengan saiz hidangan yang disajikan disini.
Akan tetapi, bagi anda yang tidak gemar bersesak-sesak, anda harus elakkan berkunjung pada pukul 7 malam dan ke atas. Ketika itu, ramai pelanggan berpusu-pusu datang di situ.
H: RM15.00-RM25.00
O: Setiap hari (11:00 AM-01:00 AM)
T: +603 6140 7646
A: 22A-1, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Anda harus mencuba sendiri setiap sup ekor yang disenaraikan di atas. Ini antara sup ekor terbaik yang boleh anda cari di sekitar Kuala Lumpur. Bagi anda yang menggemari hidangan barat mahupun makanan laut, restoran yang kami senaraikan juga menyediakan hidangan lain selain sup ekor.
Jika anda ada cadangan lain mengenai tempat terbaik untuk penggemar sup ekor untuk mendapatkannya, anda boleh berkongsi dengan kami. Selamat menjelajah Kuala Lumpur dan mencari sup ekor terbaik!