Sahur last kopek sebelum terlambat!
Tup tup tup…
Pejam celik pejam celik, kita kini sudah berada di minggu terakhir semula mengundang kedatangan bulan Syawal bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Minggu terakhirlah minggu dimana kedai-kedai dibuka lewat malam malahan sehingga ke awal pagi bagi mengundang kedatangan pelanggan yang membuat pembelian persiapan Hari Raya pada saat saat terakhir kerana harga barangan tersebut akan menjunam dengan banyak dan harga tersebut akan menjadi 2 hingga 3 kali lebih murah berbanding minggu awal bulan ramadhan.
Oleh kerana terdapatnya masyarakat Malaysia yang akan bekeliaran bagi membuat pembelian saat terakhir, butterkicap menyediakan tempat untuk bersahur sekitar bandar Kuala Lumpur agar mereka tidak terlepas waktu sahur bagi mengharungi keesokan harinya. Tanpa melengah masa, kami menyenaraikan tempat rakyat Malaysia boleh membuat sahur “last kopek” di sekitar bandar kuala Lumpur terutamanya mereka yang sudah penat membeli-belah di Masjid Jamek dan Jakel Mall.
Ayuh, sahur “last kopek”!
1. The ZON All suites residences on the Park, Kuala Lumpur
Restoran : Restoran Terracotta
Harga : RM 30.00 (Dewasa) / RM 18.00 (Kanak-Kanak)
Waktu : 3.30am – 5.30am
Alamat : 161D, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur
No. Tel : +603 2164 8000
2. Le Apple Boutique, KLCC
Restoran : Restoran Rokko
Harga : RM 22.00 (Dewasa) / RM 12.00 (Kanak-Kanak)
Waktu : 4.30am – 5.30am
Alamat : 160, Jalan Ampang, Kampung Baru, 55000, Kuala Lumpur
No. Tel : +603 2179 3777
3 . Corus Hotel
Restoran : Restoran Dongdang Sayang
Harga : RM 54.00 (Dewasa) / RM 27.00 (Kanak-Kanak)
Waktu : 3.30am – 5.30am
Alamat : Jalan Ampang, Hampshire Park, 50450, Kuala Lumpur
No. Tel : +603 2161 8888
4. Concorde Hotel, Kuala Lumpur
Restoran : Melting Pot Cafe
Harga : RM 80.00 (Dewasa) / RM 40.00 (Kanak-Kanak)
Waktu : 11.00 pm – 5.00am ( Jumaat & Sabtu sahaja)
Alamat : 2, Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur
No. Tel : +603 2144 2200
5. Impiana Hotel, Kuala Lumpur
Restoran : Tonka Bean Cafe
Harga : RM 53.00 (Dewasa) / RM 26.50 (Kanak-Kanak)
Waktu : 3.30 pm – 5.30am
Alamat : 13, Jalan Pinang, 50450, Kuala Lumpur
No. Tel : +603 2147 1111
Restoran untuk sahur “last kopek” pun ada!
Kepada mereka yang tidak mengemari makanan bufet ataupun tidak boleh makan dengan kuantiti yang banyak pada waktu sahur, mereka boleh makan makanan ala-carte ataupun nasi kandar. Mari lihat senarai sahur “last kopek” ala-carte pula.
Restoran : Nasi Kandar Pelita
Waktu : 24 jam
Alamat : 149, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur
No. Tel : +603-2162 5532
7. NZ Curry House
Restoran : NZ Curry House
Waktu : 24 jam
Alamat : Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur
(berhadapan KLCC, bersebelahan Menara Public Bank)
No. Tel : +603 4141 6857
Restoran di atas merupakan tempat yang boleh dikunjungi oleh mereka yang berpuasa selepas berjam-jam membeli barang. Ingat bahawa sahur membawa kebaikan kepada anda, maka dengan itu bersahurlah.
Selamat berpuasa dan selamat membeli belah dengan penuh berhemah!
**Makluman: “Last Kopek” merupakan slanga anak-anak muda untuk pusingan akhir.
Artikel Lain:
Snek Terbaik dan Mengenyangkan untuk Anda Bersahur
Sahur dalam 5 Minit Sahaja? Boleh Saja dengan 5 Sajian Ringkas Ini!