10 Resepi Masak Dalam Ketuhar Mudah dan Pantas di Kala Sibuk

Kredit: epicurious.com

Resepi ketuhar yang tidak lagi membuatkan persoalan “Nak makan apa?” menghantui diri anda.

Frasa “Nak makan apa?” sering kali disoal dalam kalangan pelajar universiti. Soalan tersebut bukan sahaja merupakan satu soalan yang sukar malahan soalan tersebut mampu memecahbelahkan persahabatan angkara tidak bersetuju tempat untuk di makan.

Walaupuun sudah melepasi alam universiti, soalan tersebut tetap menjadi persoalan yang cepumas dan ditanya oleh setiap individu tidak mengira bangsa, jantina dan agama. Setiap individu di Malaysia mempunyai masalah untuk menetapkan tempat untuk makan.

Berbeza dari zaman universiti ialah kebanyakan daripada anda akan makan di rumah dan soalan yang menjadi masalah untuk dijawab ialah “nak masak apa?”. Oleh demikian, kami di Butterkicap merasakan bahawa khalayak umum memerlukan sesuatu yang ringkas dan cepat. Oleh itu, kami menyediakan 10 resepi yang anda boleh dimasak di rumah dengan hanya menggunakan ketuhar tidak lebih dari 30 minit.

 

1. Kway Teow Mikro

Kredit: jalen.com.my

kepada mereka yang ingin makan kuey teow tetapi takut kena percikan minyak, cubalah kuey teow mikro yang menggunakan speenuhnya ketuhar di dapur anda. Percayalah bahawa rasanya sesedap menggunakan kuali.


Bahan-Bahan:

  • Paket kuey teow
  • 200g isi ayam
  • 1 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar yang dihiris bulat
  • 2 batang cili yang dihiris
  • 2 sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil serbuk lada putih
  • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar minyak
  • ½ batang lobak merah yang dihiris panjang

Cara-Cara:

  1. Letakkan minyak di bekas khas dan letakkan juga bawang putih dan isi ayam.
  2. Gaul hingga rata lalu masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 6-9 minit pada suhu sederhana panas.
  3. Kemudian, masukkan kway teow, sos tiram, kicap cair, garam, kicap manis, lada putih dan hitam dan lobak. Gaul lagi sehingga semuanya rata.
  4. Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 90-120 saat pada suhu sederhana panas

 

2. Ayam Gajus Mikro

Kredit: intaidapur.blogspot.com

Antara resipi yang ingin kami kongsikan ialah ayam gajus mikro kerana protin perlu terdapat dalam pemakan seharian individu dan resipi ini pasti menyenangkan anda yang mengemari ayam gajus.

Bahan-Bahan:

  • 400g isi ayam
  • Biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 100 g kacang gajus goreng
  • Biji lada jepun hijau dipotong dadu
  • Biji cili merah dihiris
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar jus lemon
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk perasa ayam
  • 300ml air

 

Cara-Cara:

  1. Ratakan minyak di mangkuk mikro.
  2. Masukkan isi ayam dan gaul dengan 2 sudu besar jus lemon. Taburkan serbuk lada hitam dan bawang besar.
  3. Masak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 9 – 12 minit pada panas sederhana.

Cara Penyediaan Sos:

  1. Campurkan secawan air dengan tepung tepung jagung, mentega, serbuk perasa ayam dan 3 sudu besar jus lemon.
  2. Masak di dalam ketuhar gelombang mikro selama 90 – 120 saat pada panas sederhana.
  3. Tuangkan sos dan ratakan di atas ayam. Taburkan kacang gajus. Hidangkan dengan hiasan lada jepun dan cili.

 

 

3. Ayam Lada Mikro

Kredit: EasyCookingHealthyRecipes.com

Inginkan ayam seperti kenny rogers? Kepada peminat ayam, cubalah resipi ini yang menggunakan ketuhar bagi kesenangan diri anda agar tidak perlu banyak mengelap dan membersihkan kuali.

Bahan-Bahan:

  • Ayam (Bahagian peha)
  • 2 sudu besar lada hitam – tumbuk
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Seulas bawang putih – tumbuk
  • 2 biji bawang merah – tumbuk
  • ½ inci halia – tumbuk
  • 1 ½ sudu kecil sos ikan

Cara-Cara:

  1. Campur semua bahan dan perap ayam dalam peti sejuk selama 10-15 minit.
  2. Kemudian, masukkan ayam yang telah diperap kedalam pinggan dan menutup menggunakan tin foil.
  3. Masukkan ke dalam ketuhar selama 15-20 minit dengan suhu yang tinggi.

 

4. Ikan Stim

Kredit: delimarestaurant.com.au

Mereka yang meminati ikan stim tetapi tidak mengetahui cara membuatnya, cubalah resipi ikan stim yang menggunakan ketuhar agar keinginan untuk makan ikan stim limau tercapai.

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
  • 1 ½ garam
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • 1 sudu kecil ajinomoto
  • 1 ulas halia
  • 1 ½ sudu kecil kicap cair
  • 1 sudu besar minyak goreng
  • 1 inci daun bawang
  • 500ml air

Cara-Cara:

  1. Dalam mangkuk letakkan ikan yang sudah dicuci bersih dan letakkan semua bahan kecuali daun bawang.
  2. Peramkan kandungan tersebut selama 15 minit.
  3. Kemudian masukkan ke dalam ketuhar selama 10 minit dengan suhu yang sederhana.
  4. Selepas masak, hiaskan dengan daun bawang bagi warna dan aroma.

 

 

5. Ayam Percik Mikro

Kredit: friedchillies.com

saya pasti anda semua terliur sahaja melihat gambar di atas bukan? cubalah resipi dibawah  agar keinginan anda terhadap ayam percik dihajati.

Bahan-Bahan:

  • ½ ekor ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil gula
  • ¼ serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar minyak zaitun

Cara-Cara:

  1. Bersih dan keringkan ayam
  2. Kisar semua bahan kecuali ayam, madu, gula, garam dan serbuk kunyit. Kacau sebati dan lumurkan pada ayam.
  3. Tuang sedikit dan ratakan minyak zaitun pada ayam (perap untuk 5-10 minit)
  4. Bakar ayam tersebut dalam ketuhar selama 30 minit dan jika daging masih mentah, sambung membakar dalam ketuhar lagi 20 minit.
*Ayam yang sudah masak apabila kulitnya menjadi coklat keemasan.

 

6. Ikan Bakar Portugis

Kredit: suzanazamri.blogspot.com

 

Mereka yang inginkan sesuatu yang pedas, cubalah ikan bakar portugis kerana ianya bukan sahaja enak tetapi ianya bakal meninggalkan kesan yang menyengat kepada anda

 

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan siakap – dikelar
  • 5 helai daun limau purut – dihiris halus
  • 3 sudu besar minyak bawang putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 helai daun pisang

Bahan Kisar :

  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 biji buah keras
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 hiris lengkuas

Cara-Cara:

  1. Minyak bawang putih – ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk dan tumiskannya hingga garing. Kemudian, sejukkanya.
  2. Ikan yang telah dibersihkan digaulkan dengan bahan kisar berserta garam dan gula. Ikan tersebut diletakkan di atas daun pisang bagi menambahkan aroma.
  3. Tuang minyak bawang putih dan tabur daun limau. Tutup dan bungkus ikan dengan tin foil sehingga ikan masak.
  4. Apabila ikan telah masak, buka sedikit foil dan terus bakarnya sehingga garing.
*lebih enak untuk makan dengan nasi yang panas

 

7. Ikan Pari Bakar

Kredit: cookpad.com

Saya tahu mesti ada peminat ikan pari bakar yang sedang membaca ini. kepada mereka yang meminatinya dan mengidamkannya bagi makan malam, cubalah resipi ini.

Bahan-Bahan:

  • Ikan pari ( 1 keping )
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 sudu kecil serbuk kari
  • 1 helai daun pisang

Pati Asam Jawa:

  • 1 ½ sudu kecil garam
  • 2 batang serai

Cara-Cara:

  1. Ikan pari dibersihkan dan diletakkan di dalam daun pisang.
  2. Kisarkan semua bahan kecuali batang serai dan kemudian lumurkan pada ikan pari tersebut.
  3. Apabila sudah rata, masukkan ikan pari ke dalam ketuhar dan masakkan selama 30 minit.
  4. Keluarkan dan hiding untuk dimakan.

 

8. Telur Quiche

Kredit: wanista.com

Haa. ini agar western sikit. Kepada mereka yang suka cuba benda baharu, apa kata anda mencuba sajian yang baharu untuk keluarga atau kawan anda iaitu telur Quiche. tetapi kepada mereka yang tidak boleh mengambil susu, mungkin anda harus langkau resipi ini.

Bahan-Bahan:

  • 1 biji telur
  • 2 sudu susu segar
  • ¼ garam
  • ¼ lada sulah
  • 2 keping roti keras
  • 2 sudu krim keju
  • 50g hirisan daging ayam (dihiris halus)

Cara-Cara:

  1. Pukul telur bersama susu di dalam cawan dan tambah garam serta lada sulah.
  2. Di samping itu, carikkan roti yang dipilih sehingga menjadi kepinggan yang kecil dan masukkan ke dalam bahan tadi bersama krim keju dan gaulkannya.
  3. Selepas itu, tambah hirisan daging ayam tersebut.
  4. Kemudian, masukkan bahan-bahan tersebut dalam ketuhar dan masakkannya selama 3 minit pada suhu yang tinggi.

 

 

9. Kek Koko

Kredit: mommycookin.blogspot.com

Kepada mereka yang inginkan cara membuat pencuci mulut menggunakan ketuhar, cubalah resipi kek koko ini. ianya bukan sahaja mudah dibuat tetapi sangat sedap. lebih sedap kalau dimakan dengan ais krim vanila.

Bahan-Bahan :

  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar gula halus
  • 4 sudu besar susu cair
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telur

Cara-Cara:

  1. Pertama sekali ayak tepung, koko dan baking powder ke dalam satu bekas
  2. Kemudian campurkan bahan lain ke dalam bekas yang sama dan kacur sehingga sebati.
  3. Selepas sudah sebati, masukkan ke dalam ketuhar selama 15 minit pada suhu yang sederhana.
  4. Keluarkan daripada ketuhar dan makan selepas 10 minit disejukkan.

 

 

10. Kek Cawan Keju

Kredit: yourlighterside.com

Saya pasti anda sudah melihat kek yang dalam cawan ini. ianya bukan sahaja mudah dimakan dan cantik, malahan cara membuatnya juga mudah. Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang berkeju dan berkrim, cubalah resipi ini.

Bahan-Bahan:

  • 60g krim keju
  • 2 Sudu besar krim masam
  • 1 biji telur
  • ½ sudu kecil jus limau
  • ¼ sudu kecil esen vanila
  • 3 sudu besar gula

Cara-Cara:

  1. Campurkan semua bahan-bahan tersebut dalam satu bekas
  2. Masukkan ke dalam ketuhar dan masak selama 90 saat pada suhu yang tinggi.
  3. Setiap 30 saat, gaulkan bahan-bahan tersebut dan kemudian kembali panaskannya.
  4. Selepas itu, keluarkan bahan tersebut dan letakkan krim putar atau boleh makan begitu sahaja.

Itulah antara resepi yang menggunakan ketuhar kumpulan Butterkicap dapat kumpul dan cuba. Selamat mencuba dan salam ramadhan.

 

Artikel Lain:

Idea Makanan Sihat yang Boleh Disediakan Dalam 20 Minit

Sahur Dalam 5 Minit? Boleh Saja Dengan 5 Sajian Ringkas Ini!

5 Resepi Malas Pelajar yang Jimat Masa dan Sedap

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş