10 Idea dan Resepi Lauk Daging yang Gerenti Sedap

Sama ada anda baru saja beli daging untuk dimasak atau ada daging berlebihan dalam peti sejuk, resepi-resepi untuk lauk daging ini memang sesuai untuk makanan harian mahupun semasa Hari Raya Korban.

Daging memang bukan senang dimasak dan memerlukan penyediaan yang teliti untuk memastikan daging yang dimasak tidak terlalu liat atau kering. Tambah pula, kalau hidangan daging yang dimasak selalu lebih kurang sama, memang boleh mendatangkan bosan, kan?

Jadi dengan itu, kami ingin membantu menyelesaikan masalah anda dengan menyenaraikan dalam artikel ini 10 idea lauk daging berserta resepi yang terperinci yang pasti membangkitkan selera anda dan keluarga anda!

1. Daging Jeruk

Lauk Daging
Kredit: wanisukarno.com

Resepi lain yang kami mahu ketengahkan ialah daging jeruk. Daging jeruk sangat enak dimakan begitu sahaja atau dengan nasi yang baharu sahaja keluar dari periuk nasi.

Bahan-Bahan

  • 50g daging, dihiris nipis
  • 3 sudu besar garam halus
  • 4 biji limau kasturi, dibuang biji
  • Bekas plastik

Cara-Cara

  1. Basuh daging dan hiris nipis sehingga selesai.
  2. Sediakan bekas penyimpanan, boleh bekas plastik atau balang kaca. Lapiskan daging didasar bekas, ratakan air perahan limau dan taburkan garam. Ratakan pada keseluruhan permukaan daging.
  3. Ulang langkah sama sehingga selesai semua bahan.
  4. Simpan daging tersebut pada bahagian chiller dan simpannya sekurang-kurangnya 1 minggu.
  5. Apabila mahu makan, keluarkan dari peti sejuk dan goreng begitu sahaja.
  6. Daging enak dimakan begitu sahaja.

2. Acar Daging

Lauk Daging
Kredit: cayangleleh.blogspot.my

Hidangan lain yang amat sesuai dihidangkan sebagai pembuka selera ialah acar daging. Acar daging ini boleh membangkitkan selera anda sebelum anda menjamu hidangan utama.

Bahan-Bahan

  • ½ kg daging, dipotong nipis
  • 5 biji cili hidup
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sudu teh gula
  • 1 sudu besar asam jawa
  • 1 sudu besar kicap
  • 15 cili cili kering
  • 20 ulas bawang merah
  • 1 inci lengkuas
  • 3 biji bawang besar, dikisar
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu besar cuka
  • 5 sudu besar minyak masak

 

Cara-Cara

  1. Kisar semua bahan diatas kecuali daging, cuka, kicap, air asam jawa, bawang besar dan kemudian tumiskannya hingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan air. Bila daging empuk, masukkan cuka, kicap, air asam jawa dan bawang besar.
  3. Masak hingga kering dan hiaslah sesuka hati.

 

3. Daging Masak Kong Boh

Lauk Daging
Kredit: thefeminise.blogspot.my

Resepi ini ialah untuk salah satu lauk daging yang paling jarang didengari oleh masyarakat Malaysia kerana keunikan resepi daging ini yang bukan sahaja mudah dibuat malahan sangat sedap.

 

Bahan-Bahan

  • 100g daging
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 ulas bawang merah, dicincang
  • 1/2 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 1 inci halia, dihiris nipis
  • 3 biji cili kering, potong pada 3 bahagian
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar tepung jagung

Cara-Cara

  1. Perapkan daging dengan kicap pekat dan biarkannya semalaman dalam peti sejuk agar ia diserap sebati.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali dan biarkannya selama 5 minit dan tambahkan halia dan cili kering.
  4. Biarkan daging tersebut dimasak lagi 5 minit atau sehingga daging nampak separuh masak.
  5. Selepas itu, masukkan kicap, sos tiram dan kicap masin serta bancuhan tepung jagung  dan kacau sehingga sebati.
  6. Apabila kuah sudah pekat dan daging sudah masak, angkat dari kuali dan hidangkan.

4. Daging Goreng Belacan

Lauk Daging
Kredit: mamamiasanasini.blogspot.my

Bagi pengemar belacan, resepi lauk daging ini pasti digemari anda. Daging goreng belacan bukan sahaja akan semerbakkan bau belancan malahan ia turut akan meningkatkan selera anda.

Bahan-Bahan

  • 200g Daging
  • 10 biji cili hijau
  • 10 biji cili merah
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1/2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 2 biji tomato
  • 1 inci belacan
  • 400ml air

Cara-Cara

  1. Potong daging menjadi hirisan nipis dan basuhnya sehingga bersih.
  2. Sapukan sedikit serbuk kunyit dan rebuskan daging bersama bawang putih yang di ketuk.
  3. Masukkan cili,sedikit kunyit,halia,bawang putih,jintan putih,jintan manis, 1/2 bawang merah dan garam.tumbuk atau kisar sehingga halus.
  4. Potong tomato dan hiris nipis bawang merah selebihnya. Apabila daging sudah masak, masukkan tomata dan bawang yang dipotong ke dalam daging.
  5. Masukkan bahan yang di kisar ke dalam daging apabila bawang merah dan tomato telah hancur.
  6. Masakkannya sehingga naik minyak dan ia sedia untuk dihidang.

5. Daging Masak Babu

Lauk Daging
Kredit: jomcubasendiri.blogspot.my

Resepi lain yang kami ingin anda cuba ialah resepi lauk daging masih babu. Hidangan ini agak pedas namun begitu kesimbangan masam, manis serta pedas pasti bangkitkan selera anda.

Bahan-Bahan

  • 400g Daging
  • 5 sudu besar cili kering, digiling
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 biji santan kelapa
  • 4 tangkai daun kari
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 batang kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 biji bunga lawang
  • 2 biji cengkih
Bahan Kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar halus dengan cili kering.
  2. Kemudian, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih
  3. Biarkan hingga pecah minyak dan garing.
  4. Selepas itu, masukkan daging dan santan. Setelah daging empuk dan agak kering, masukkan kicap, daun kari dan garam.
  5. Biarkan daging masak sehingga empuk dan boleh dimakan.
  6. Hidangkan dengan nasi panas.

6. Daging Prunes

Lauk Daging
Kredit: dapur-siti.blogspot.my

Mereka yang gemarkan hidangan yang agak manis, resepi daging prunes sesuai untuk anda. Resepi lauk daging yang sedap ini pasti akan bangkitkan selera anda serta membuat anda untuk mencubanya.

Bahan-Bahan

  • 300g daging, dipotong nipis
  • 1/2 cawan buah prune, dibuangkan biji dan dikisar halus
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar cili dikisar
  • 2 sudu besar rempah kari
  • 4 sudu besar minyak
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu besar garam
Bahan Kisar
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 inci halia

 

Cara-Cara

  1. Daging dibersihkan dan digaul dengan sos tomato, rempah kari, cili yang dikisar dan kicap pekat.
  2. Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik aroma dan naik minyak.
  3. Selepas itu, masukkan daging dan kacau rata. Biarkan daging masak sehingga ia jadi lembut.
  4. Masukkan buah prune yang dikisar dan garam. Biarkan sehingga kuah pekat.
  5. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi minyak atau beriani.

7. Daging Balado Basah

Lauk Daging
Kredit: Youtube.com

Mereka yang suka akan rasa pedas pasti menyukai hidangan ini. Daging balado basah merupakan salah satu hidangan yang memerlukan anda untuk minum bergelas air suam tetapi ia sangat berbaloi.

Bahan-Bahan

  • 200g daging batang pinang
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 4 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 500ml air
  • Minyak untuk goreng
  • 1 sudu besar jus limau nipis

 

Bahan Kisar
  • 250g cili merah
  • 150g bawang merah
  • 1 sudu teh garam

 

Cara-Cara

  1. Potong daging secara memanjang, kemudian bersihkan dan tos. Gaulkan dengan garam, serbuk kunyit dan bawang putih. Perap selama 15 – 20 minit.
  2. Letakkan daging dalam periuk yang lebar dan tuangkan air separuh kuali. Jerang di atas api kecil dan tutup periuk. Biarkan air mengering dan daging empuk. Tambah air jika tidak cukup empuk.
  3. Panaskan minyak dalam kuali dan kemudian masukkan daging yang diperap tadi dan goreng hingga kecoklatan. Angkat dan toskan.
  4. Selepas itu, dalam kuali yang lain, panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga naik bau dan harum. Biarkan cili masak dan pecah minyak.
  5. Masukkan jus limau nipis, kacau rata. Masak hingga daging empuk dan matikan api.
  6. Masukkan daging tadi dan gaul sehingga rata.

8. Rendang Kicap Daging

Lauk Daging

Resepi seterusnya ialah resepi rendang kicap daging. Lauk daging ini mempunyai rasa rendang yang penuh berempah serta rasa manis dari kicap. Mereka yang meminati rendang dan kicap boleh mencuba resepi ini.

Bahan-bahan:

  • 200g daging, dipotong
  • 2 batang serai, dititik
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 liter santan
  • 2 asam keping
  • 50g kerisik
  • 2 sudu besar garam
  • 2 sudu besar gula
Bahan kisar
  • 10 biji cili kering
  • 9 ulas bawang merah
  • 3cm halia
  • 4cm lengkuas

Cara-Cara

  1. Rebus daging terlebih dahulu sehingga empuk dan kemudian ketepikan.
  2. Tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik aroma.
  3. Masukkan daging bersama santan dan lebihan rebusan daging serta kicap, serai dan asam keping.
  4. Kemudian, renehkan kuah rendang diatas api yang sederhana dan tambahkan garam dan gula.
  5. Apbila kuah hampir kering, masukkan kerisik dan kacau. Jika anda suka rendang yang agak kering, masak sehingga kering.

9. Daging Gulai Serai

Lauk Daging
Kredit: secuitrasaumiejazz.blogspot.my

Lauk daging gulai serai adalah khas kepada pembaca Butterkicap yang merupakan peminat gulai. Resepi ini akan mengabungkan kuah yang pedas serta berlemak yang sedap dimakan dengan lauk lain atau begitu sahaja.

 

Bahan-Bahan

  • 200g daging lembu, dipotong kecil, dicuci dan ditoskan
  • 2 biji kentang, dikupas kulit dan dibelah enam
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 10 biji cili kering, dipotong dan direndam dalam air panas
  • 2 batang serai
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 200g santan
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 sudu kecil garam

Cara-Cara

  1. Langkah pertama ialah dengan kisar bawang besar, halia, kunyit, cili kering, bawang putih, serai, jintan putih, jintan manis bersama sedikit air hingga hancur.
  2. Kemudian, satukan daging, bahan-bahan yang telah dikisar, air serta santan dan masak hingga daging 3/4 masak.
  3. Selepas itu, masukkan kentang, garam, asam gelugur kedalam gulai. Jika air kurang boleh tambah lagi dan masak sehingga daging empuk dan santan telah mengeluarkan minyaknya.
  4. Akhir sekali, masukkan susu cair dan apabila kuah sudah mendidih dan pekat, tutup api.
  5. Hidangkan hidangan ini dengan roti ataupun nasi.

10. Daging Masak Arab

Lauk Daging
Kredit: daridapurnasya.blogspot.my

Resepi lauk daging terkahir yang ingin kami kongsi bersama anda ialah daging masak arab. Resepi ini sangat enak dan untuk mereka yang gemari hidangan yang penuh dengan berempah.

Bahan-bahan:

  • 200g daging, dipotong nipis
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 6 ulas bawang putih dimayang
  • 1 liter santan
  • 25g tomato puri
  • 2 sudu besar garam

 

Bahan Kisar
  • 2 biji tomato
  • 150g bawang merah
  • 50g bijan
  • ½ sudu teh jintan putih
  • ½ sudu teh  jintan manis
  • ½ sudu teh lada sulah
  • 1cm halia
  • 2cm kunyit hidup

 

Cara-Cara

  1. Pertama sekali, perapkan daging bersama bahan yang telah dikisar selama sejam.
  2. Kemudian, panaskan minyak serta tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Selepas itu, masukkan daging sehingga airnya hampir kering.
  4. Tuangkan santan dan biarkan ia mendidih perlahan-lahan sehingga kuah menjadi pekat dan daging menjadi empuk.
  5. Akhir sekali, masukkan tomato puri dan garam secukup rasa, biarkan mendidih.
  6. Pindahkan pada mangkuk untuk dihidang dan hidang ketika masih panas.

 

 

Peminat daging dan yang sudah kebuntuan idea hidangan yang mahu dibuat dengan daging boleh mula bertenang. Kami pasti resepi yang telah disenaraikan ini pasti membantu anda. Kami juga ingin membuat pesanan ringkas iaitu janganlah membazir kerana pembaziran merupakan salah satu sifat yang kurang baik, maka dengan itu jangalah membazir.

Bagi mereka yang sudah mencuba resepi, kongsikan bersama kami dengan meletakkan #butterkicap pada gambar hasil masakan anda. Selamat mencuba!

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş