7 Menu Sahur Student yang Senang dan Murah

Waktu bersahur itulah saat yang mencabar bagi individu yang bergelar ‘student’. Bukan apa kalau di rumah, suasana agak berbeza berbanding apabila di asrama. Jadi, menu yang perlu mereka hadap juga sangat berbeza.

Kalau boleh seringkas mungkin dan tidak perlu dimasak. Ia sesuai yang leceh apabila perlu menyediakan bahan dan memasak.

Jadi, di sini kami berkongsi menu yang mungkin anda boleh sediakan untuk bersahur. Ayuh rajinkan diri sikit je. Nak kekal bertenaga sewaktu dalam kelas kan. Jadi, ambillah sesuatu yang boleh mengenyangkan dan memberikan daya ketahanan sepanjang berpuasa.

Di bawah adalah 7 menu sahur student yang anda boleh buat sendiri di asrama atau rumah sewa anda.

 

Menu Sahur Student #1: Sandwich telur

Menu sahur student
Kredit: resepimemasaksedap.com

Menu ini memang sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Beli roti buku siap-siap bersama bahan-bahan yang anda mahukan bersama roti tersebut. Masukkan bahan yang membekalkan sumber nutrisi mencukupi untuk anda bertahan sepanjang hari. Tidak terlalu sarat tapi seimbang supaya anda kekal sihat dan anda puas hati.

Ia sebaiknya mengandungi sumber protein dan vitamin supaya anda lebih bersemangat untuk berpuasa dan menghadiri kuliah di siang hari tanpa rungutan dan lesu sepanjang hari.

Di bawah ini kami sertakan bersama resepi mudah sandwich telur yang anda boleh lakukan di asrama. Ia lebih seronok jika dijamu bersama rakan-rakan sebilik anda.

Bahan utama:

  • Sebuku roti kosong – buang kerak roti
  • 3-5 biji telur rebus – kupas kulit & lenyek
  • 3-5 sudu makan mayonis – ikut citarasa
  • Sebiji tomato – potong dadu
  • 1/4 biji timun – potong dadu
  • 1 sudu makan gula
  • Garam – secubit
  • Mentega – untuk sapuan pada roti

Cara penyediaan:

  1. Lenyekkan telur rebus dalam satu mangkuk sederhana.
  2. Masukkan mayonis ke dalam berisi telur tadi dan gaulkan sehingga sebati.
  3. Kemudian, letakkan garam dan gula secukup rasa. Gaulkan juga bersama tomato dan timun sehingga bahan tersebut rata dan sebati. Apabila sudah sebati, biarkan seketika.
  4. Sediakan roti pula, sapukan setiap keping dengan mentega. Taburkan inti atas roti dan tutupkan dengan sekeping roti diatasnya. Siap untuk dimakan!

 

Menu Sahur Student #2: Roti sardin gulung

Menu sahur student
Kredit: khaizu72bz.blogspot.my

Menu ini pun boleh dikatakan mudah untuk anda sediakan. Rajin atau tidak sahaja. Bagi student yang mempunyai alatan perkakas dapur, bolehlah mencuba sendiri menu roti sardin gulung sebagai menu bersahur anda.

Diingatkan bagi menjaga proses penghadaman dan kesihatan perut anda, jangan letakkan cili padi atau bahan yang terlalu pedas dalam menu anda.

Untuk menyediakan menu roti sardin gulung ini, anda boleh rujuk senarai bahan yang diperlukan dan cara penyediaan di bawah ini.

Bahan utama:

  • 1 tin kecil sardin – ikut citarasa
  • 1 labu bawang besar – potong
  • 1-4 biji cili pada – hiris
  • Sebuku roti – kecil
  • Perasa – secukup rasa
  • Minyak masak – menumis & menggoreng
  • Tepung + air/ Telur – sebagai gam

Cara penyediaan:

Penyediaan inti sardin

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah dipotong sehingga naik bau.
  2. Keluarkan sardin daripada tin dan asingkan tulang.
  3. Masukkan sardin dan cili padi serta perasa secukup rasa dalam kuali dan gaul sehingga hancur.
  4. Setelah masak, tutup api. Masukkan dalam mangkuk. Biarkan seketika. Sediakan roti pula.

Penyediaan kulit roti

  1. Ambil roti dan gelek guna kayu penggelek atau leperkan guna sudu sehingga betul-betul mampat dan nipis. (Pastikan roti betul-betul nipis supaya minyak tidak menyerap dengan banyak ke dalam roti ketika proses menggoreng)
  2. Kemudian, taburkan inti sehingga di atas roti. Gulungkan roti dan sapukan hujung roti dengan bancuhan tepung atau telur bagi melekatkan gulungan supaya tidak terbuka semasa menggoreng.
  3. Untuk lapisan luar roti, anda boleh memilih samada mencelup roti dengan telur dan goreng atau celup dengan telur kemudian celup dalam serbuk roti dan goreng ataupun goreng tanpa mencelup dengan apa-apa. Semua cara anda boleh pilih ikut citarasa anda.
  4. Gorengkan roti sehingga warna keemasan. Apabila siap, keluarkan daripada kuali dan siap untuk dimakan.

 

Menu Sahur Student #3: Nasi goreng bujang

Nasi goreng bagi orang bujang kadang suatu yang leceh. Tapi sebenarnya kalau korang guna bahan yang ringkas. Ia juga boleh disediakan dan menyelerakan. Biarpun kelihatan ringkas, ia menu yang mengenyangkan untuk anda bertahan sepanjang hari.

Anda boleh sediakan dalam tempoh tidak sampai 10 minit. Selamat mencuba. Senarai bahan yang diperlukan untuk menyediakan menu nasi goreng bujang dibawah ini beserta cara penyediaannya.

Bahan utama:

  • Nasi – ikut anggaran sendiri
  • 4 ulas bawang putih – hiris nipis
  • 1 biji bawang merah – hiris nipis
  • 1-4 biji cili padi – hiris nipis
  • Sayur campur – ikut anggaran sendiri
  • Bebola ikan – beberapa biji
  • 2 biji telur
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Masukkan juga cili padi, bebola ikan dan sayur campur.
  2. Masukkan garam dan kacau sehingga semua bahan betul-betul masak.
  3. Masukkan nasi dan kacau bagi serata. Ditengah-tengah kuali, buat satu bulatan diantara nasi dan pecahkan telur didalam bulatan itu. Besarkan api seketika sehingga telur separuh masak. Kemudian kacau sehinga telur hancur dan gaul bersama nasi sehingga nasi menjadi sebati.
  4. Kecilkan semula api menjadi sederhana. Kacau perlahan supaya nasi tidak hangit di bawah. Pastikan nasi sudah cukup rasa. Tutup api dan siap untuk dimakan!

 

Menu Sahur Student #4: Mee segera goreng

Menu sahur student
Kredit: comot-pink.blogspot.my

Menu ini sangatlah digemari oleh student apabila berkunjung di kedai mamak. Nak buat macam mamak buat tu, tidaklah setanding mereka sediakan. Kalau anda nak cuba masak sendiri, boleh je jadikan sebagai menu bersahur anda. Menu ini anda boleh makan bersama-sama rakan sebilik atau serumah anda. Kan lagi meriah. Rasalah juga macam bersahur di kedai mamak.

Jom cuba buat sendiri mee segera goreng sehebat chef di kedai mamak. Hidangannya ringkas dan enak untuk dinikmati sama ada untuk bersahur atau berbuka. Selamat mencuba.

Bahan utama:

  • 1-3 bungkus mee segera – rebus dan toskan
  • Sebungkus bebola ikan
  • Sebungkus sayur campur
  • Minyak masak
  • Kicap manis
  • Garam secukup rasa

Bahan tumis:

  • 1-3 biji bawang merah – hiris/ tumbuk
  • 1-2 ulas bawang putih – hiris/ tumbuk
  • 1-4 biji cili merah

Cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bawang merah,bawnag putih dan cili merah. Tumiskan sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan bebola ikan dan sayur campur. Kacau sehingga serata dan biarkan sehingga masak.
  3. Masukkan kicap, air dan garam secukupnya. Kacau rata.
  4. Akhir sekali, masukkan mee dan biarkan sehingga lembut serta sebati bersama bahan-bahan tadi. Apabila mee sudah masak, tutup api dan siap untuk dihidangkan.

 

Menu Sahur Student #5: Salad buah-buahan

Menu sahur student
Kredit: medcom.id

Untuk menyediakan menu sahur yang lengkap dengan nutrisi yang baik dan seimbang untuk anda. Anda boleh sediakan salad buah-buahan ini bagi memastikan daya ketahanan anda masih stabil untuk sepanjang hari anda berpuasa. Buah-buahan yang diperlukan adalah mengikut citarasa dan kegemaran anda. Boleh ikuti resepi yang disediakan dibawah ini atau menukarkan pilhan buah-buahan mengikut selera anda.

Selamat mencuba!

Bahan utama:

  • 1-3 biji buah epal merah
  • 1-3 biji buah epal hijau
  • 3 cawan buah anggur

Bahan untuk sos:

  • 2 cawan yogurt asli/ buah-buahan
  • 1/2 tin susu cair
  • 5 sudu besar mayonis salad buah – optional

Cara penyediaan:

  1. Potong buah-buahan dalam bentuk dadu atau saiz yang kecil-kecil dan letakkan dalam mangkuk sederhana.
  2. Dalam mangkuk yang berasingan, bancuh bahan-bahan sos dengan mencampurkan yogourt, susu cair dan mayonis sehingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan sos ke dalam mangkuk berisi buah-buahan tadi dan gaul sehingga serata.
  4. Masukkan dalam peti sejuk seketika sehingga sejuk. Ia lebih enak jika dihidangkan sejuk. Dah siap gaul pun boleh terus makan. Senang!

 

Menu Sahur Student #6: Sup ayam

Kalau nak makan sesuatu yang berkuah dan ringkas, anda boleh cuba untuk menyediakan sup ayam ini. Menu yang ringkas dan pantas disediakan. Kalau makan dengan nasi panas pun sedap atau makan begitu sahaja. Ikut selera anda. Ia sememangnya ringkas dan tidak memerlukan bahan yang rumit. Jimat masa anda untuk sediakan sajian sahur dan anda tidak perlu bersahur di luar.

Kekalkan hidrasi badan dengan hidangan bersup. Resepi ada disediakan di bawah ini, anda boleh ikuti langkah yang disenaraikan dan sediakna bahan yang telah dinyatakan ini. Selamat mencuba!

Bahan utama:

  • Isi ayam – potong kecil
  • 1-3 biji kentang – kupas, potong 8, basuh bersih & toskan
  • 1-3 biji bawang merah – hiris
  • 1-2 ulas bawang putih – hiris
  • 1 inci halia – hiris
  • Garam secukup rasa
  • 1 ketul kiub ayam
  • Air – secukupnya
  • Daun bawang, bawang goreng – hiasan (optional)

Cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumiskan sehingga naik bau. Masukkan kentang bersama ayam dan gaulkan sehingga serata.
  2. Masukkan air secukupnya sehingga kentang tenggelam, masukkan pula kiub ayam. Masakkan sehingga kentang dan ayam empuk sepenuhnya.
  3. Masak dengan api sederhana dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa. Kacau rata.
  4. Tutup air dan masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidangkan. Taburkan daun bawang dan bawang goreng ikut citarasa anda. Siap untuk dimakan!

 

Menu Sahur Student #7: Roti bersalut peanut butter dan pisang

Menu sahur student
Kredit: resepinannie.blogspot.my

Hidangan ini mengandungi sumber nutrisi dan protein yang mencukupi untuk anda sebagai menu bersahur. Ia baik untuk sistem penghadaman dan membantu anda melnacarkan sistem pencernaan anda. Anda sebaiknya mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam menu pemakanan anda bagi membekalkan khasiat yang baik untuk tubuh badan anda.

Bagi yang ingin memulakan diet yang sihat dibulan puasa, anda juga boleh mencuba menu ini. Ia baik untuk menurunkan berat badan dan menjaga kesihatan anda sepanjang berpuasa. Selamat mencuba!

Bahan utama:

  • 2 sudu peanut butter
  • 1 sudu teh madu
  • Garam
  • 2 keping roti penuh gandum – dibakar
  • 1 biji pisang – hiris

Cara penyediaan:

  1. Campurkan jem peanut butter, madu dan garam dalam satu mangkuk sederhana. Kacaukan semua bahan sehingga sebati.
  2. Sapukan campuran tadi ke atas roti sehingga rata.
  3. Kemudian, letakkan hirisan pisang di atas roti.
  4. Roti siap untuk dimakan!

 

 

Bersahur tidaklah terlalu lama, nak kumpul pahala taksusah pun kan. Apa kata anda rajin-rajinkanlah diri untuk bangun bersahur dan sediakan menu ringkas untuk anda bersahur. Ia bagi memastikan tenaga anda mencukupi untuk melakuan aktiviti harian tambahan pula menghadiri kuliah yang padat sepanjang hari. Jika tubuh badan anda segar, anda bersedia untuk menerima apa jua maklumat yang disampaikan oleh pensyarah.

Daya tumpuan dan kefahaman akan lebih baik dan keletihan serta kelesuan di siang hari dapat diatasi jika anda mendapatkan makanan yang mengandungi khasiat dan sumber nutrisi seimbang untuk tubuh badan anda. Jika anda tidak bersahur, ibaratnya seperti anda tidak mengambil sarapan pagi. Jadi, anda akan kekeringan tenaga di siang hari dan anda akan tiada tenaga mencukupi untuk melaksana apa jua pekerjaan dengan baik.

Jika anda mahu menjimatkan masa memasak menu, sediakan bahan sebelum anda tidur. Apabila anda bangun untuk bersahur, anda hanya perlu memasak atau anda terus makan.

Walapun berjauhan dengan keluarga, itu bukan alasan untuk anda tidak mengambil sebarang makan ketika bersahur. Sayangi tubuh badan anda dan mulalah ambil sahur walapun sedikit. Jadi, anda mudah untuk menimba ilmu tanpa sebarang masalah ataupun gangguan.

Selamat mencuba!

print
Sakinah Ahmad

Everyday we start a day with positive minds and ends it in peaceful. Just be yourself and treat people good if we want people treat us well. Just love yourself and care the others and also love fooooooddddddd! Chill yo! ;)

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş