Butterkicap kembali dengan resepi ayam. Tetapi kali ini agak berbeza daripada yang lepas kerana kali ini kami akan mengemukakan resepi ayam yang gunakan bahan herba sebagai asasnya.
Ayam merupakan salah satu makanan yang baik untuk kesihatan kita kerana ia menyumbangkan kepada kita protin yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Ayam yang digabungkan dengan herba yang terdapat di pasaran pasti akan menarik bukan sahaja mata malahan bau serta deria rasa kita.
Untuk makluman anda, herba sebenarnya datang dari daun sebuah pokok. Manakala rempah dibuat dari bahagian-bahagian pokok yang lain.
Dengan itu, terimlah dari kami 10 resepi ayam yang menggunakan herba bagi pembaca kita yang gemari ayam dan herba.
1. Ayam Masak 8 Herba
Mereka yang gemari herba Cina pasti akan menyukai resepi ini. Resepi ini bukan sahaja sedap di makan malahan ia amat baik untuk kesihatan anda.
Bahan-bahan:
- 500g ayam kampung (saiz sederhana)
- 4 biji kurma merah
- 1 biji kurma
- 10g buah wolfberry
- 4 keping dang gui
- 15g dang sheng (dipotong 4cm panjang)
- 15g huai shan
- 15g isi longan kering
- 15g yu zhu
Bahan Perapan:
- 1 sudu besar sos kicap cair
- 1 sudu besar stok ayam pekat
- 1 sudu kecil garam
Air Rebusan:
- 1 sudu besar stok ayam pekat
- 75ml air
- 2 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil kanji jagung
Cara Masak:
- Mula-mula, bersihkan dan keluarkan usus ayam, tapi biarkan kulitnya.
- Perapkan ayam dengan kicap cair, stok ayam pekat dan sesudu garam
- Bila ayam telah disadur sempurna, perapkan ayam dan biar semalaman dalam peti sejuk.
- Keesokan harinya, tutup pinggan yang besar dengan foil aluminium, cukup untuk membalut ayam itu.
- Penuhkan huai shan di atas atas foil, letakkan ayam di atasnya.
- Kemudian letakkan kurma merah, kurma, buah wolfberry, dang gui, dang sheng, huai shan, isi longan kering dan yu zhu di atas ayam.
- Ketepikan ayam dan mula sediakan air rebusan. Campurkan stok ayam pekat , air, garam dan kanji jagung dan kacau hinggga sebati.
- Setelah air rebusan siap, tuangkan pada ayam
- Balutkan ayam dengan foil aluminium dengan ketat.
- Letakkan ayam dalam pengukus dan stim pada suhu yang tinggi selama 3 hingga 3.5 jam atau hingga ayam menjadi empuk.
2. Ayam Panggang dengan Herba Campur
Bagi mereka yang takuti ayam goreng, jangan risau kerana kami juga mempunyai resepi ayam panggang untuk anda. Ayam panggang ini sangat sedap dengan daging ayam yang lembab.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- 5 sudu besar mixed herb
- 1 biji lemon
- 3 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
- 4 sudu mentega
- 1 batang lobak merah
- 3 biji kentang (dibelah dua)
- 4 biji lada benggala (dipotong nipis)
- 8 biji bawang putih (dicincang)
- 2 sudu kecil garam
Cara Masak:
- Basuh dan bersihkan ayam.
- Gaulkan bawang putih, mixed herb, sedikit garam dan sesudu mentega lalu sumbat dan sapu rata dalam perut ayam.
- Belah dua lemon dan satu bahagian masukkan dalam perut ayam
- Ikat kedua dua kaki ayam dengan kemas agar bahan-bahan di dalamnya tidak terkeluar ketika memanggang nanti
- Perahkan lagi sebahagian lemon dan curahkan ke atas ayam
- Ambil sedikit garam, sapukan di atas telapak tangan lalu sapukan di serata bahagian badan ayam
- Di atas dulang pembakar, alaskan kertas aluminium, sapukan sedikit butter dan susun lobak merah, kentang dan juga lada benggala.
- Taburkan sedikit lada hitam
- Letakkan ayam yang sudah di ikat di atas susunan lobak, kentang dan lada benggala
- Taburkan lada hitam ke serata bahagian badan ayam dan sapukan lebihan mentega pada kulitnya.
- Panggang pada suhu 180c selama 1 1/2 jam
- Keluarkan dan hidang dengan kenyang lenyek.
3. Ayam Panggang dengan Rosmari dan Daun Taim
Ayam panggang dengan rosmari dan daun taim merupakan salah satu resepi yang harus dicuba dan dirasai oleh semua orang. Aroma serta rasa yang sedap pasti membangkitkan selera anda.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (dipotong ikut kesesuaian)
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam (ditumbuk halus)
- 1 sudu besar herba taim
- 1 sudu besar herba rosemari
- 6 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 2 sudu besar mentega
- 2 sudu kecil garam
Cara Masak:
- Ayam dibersihkan dan dipotong (dikelar-kelar)
- Kemudian ayam digaul rata dengan herba taim, herba rosemari, bawang putih, lada hitam, garam secukupnya dan sedikit minyak zaitun dan perap selama 6 jam. Kemudian simpan dalam peti sejuk dulu.
- Panaskan grill pan dan masukkan mentega dengan minyak zaitun. Apabila grill pan dah panas boleh la di letakkan ayam dalam grill pan.
- Tutup grill pan selepas 15 minit pusingkan ayam serta tutup semula grill pan ini.
- Apabila ayam dah masak, keluarkan dari grill dan dihidang dengan sos black paper serta hidangan lain seperti salad dan kentang lenyek.
4. Ayam Masala Yogurt
Resepi lain yang ingin kami ketengahkan ialah resepi ayam masala yogurt. Mereka yang gemari ayam yang berlemak krim dengan sedikit kepedasan boleh cuba membuat resepi ini.
Bahan-bahan:
- 500g ayam (dibuang kulit dan potong kecil)
- 125g yogurt Biasa
- 1 sudu besar halia parut
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis
- 2 sudu kecil serbuk cili
- 2 sudu kecil serbuk jintan putih.
- 1 sudu teh lada serbuk
- 2 sudu kecil garam
Bahan untuk kuah:
- 125g tomato (dicincang halus)
- 100 gram krim
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
- 1 sudu kecil serbuk jintan
- 1 biji lada merah (dibuang biji lalu dan dihiris)
- 2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1 sudu besar mentega
- 2 batang daun ketumbar (dicincang halus)
Cara Masak:
- Campur semua bahan kecuali bahan untuk membuat kuah. Kemudian, kacau sehingga rata.
- Selepas itu, masukkan ayam ke bahan yang dicampurkan sebentar tadi dan ratakan bahan tersebut dengan ayam.
- Simpan ayam tersebut dalam peti sejuk dan biarkan ia diperap selama sehari.
- Keesokkan harinya, keluarkannya dari peti sejuk dan biarkannya sama suhu dengan bilik.
- Dalam periuk, tumiskan bawang putih dan hirisan cili dengan menggunakan mentega sehingga naik bau.
- Masukkan bahan untuk membuat kuah kecuali krim dan tomato dan sambung menumis hingga 3 minit.
- Kemudian masukkan tomato dan masak sehingga tomato matang dan minyak naik selama 15 minit.
- Selepas itu, masukkan krim ke dalam periuk tersebut dan kacau sehingga rata. Masak ayam tersebut sehingga kuah pekat dan meletup-letup.
- Kecilkan api dan sambung masak untuk beberapa 10 minit. Kemudian masukkan garam.
- Angkat dan taburkan daun ketumbar untuk warna dan aroma.
5. Ayam Herba dengan Tomato
Mereka yang gemari perasa yang masam, boleh mencuba resepi ini. Resepi yang digandingkan dengan herba dan tomato ini pasti memukau pembaca yang minati hidangan yang masam.
Bahan-bahan:
- 700g ayam (dipotongan secara kepingan dan dicampurkan dengan air dan tepung jagung)
- 1 biji bawang (dihiris saiz sederhana)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 sudu kecil daun rosemari
- 1/2 sudu kecil daun selasih kering
- 1/2 sudu kecil daun taim kering
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 225g tomato (ditos, potong menjadi kepingan saiz kecil)
- 180g sos tomato Heinz
- 1 sudu besar gula perang
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil lada putih
Cara Masak:
- Tumis bawang merah, bawang putih dan herba bersama minyak di dalam kuali besar.
- Kacau bersama tomato, sos tomato Heinz, gula merah, garam dan lada putih
- Masukkan ayam dan masak sehingga mendidih
- Kecilkan api dan reneh sekali sehingga ia masak. Tutup kuali selama 45 hingga 50 minit atau sehingga ayam lembut
- Pekatkan sos dengan campuran tepung jagung sedikit dan air. Siap untuk dihidang
6. Ayam Herba Berkrim
Jikalau anda tidak minati ayam yang pedas, ayam herba berkrim mungkin untuk anda. Hidangan ini sangat sesuai dan sedap digandingkan dengan sayuran hijau kerana kuah yang lemak memerlukan anda untuk makannya dengan sayuran hijau.
Bahan-bahan:
- 4 dada ayam
- 2 sudu kecil serbuk bawang
- 2 sudu kecil serbuk bawang putih.
- 1 sudu kecil daun pasli (dicincang halus)
- 1/2 sudu kecil daun taim kering
- 1/2 sudu kecil daun rosmari
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil ada hitam
- 4 ulas bawang putih (dikisar halus)
- 1 sudu kecil daun pasli
- 1/2 sudu kecil daun taim
- 1/2 sudu kecil daun rosmari
- 1 cawan susu (bahagikan kepada 2)
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- 1 sudu kecil tepung jagung (dicampur dengan 1 sudu besar air)
Cara Masak:
-
Sapukan dada ayam dengan serbuk bawang putih dan bawang merah dan herba. Taburkan sedikit garam dan lada hitam
- Panaskan periuk dan masak dada ayam sehingga tiada lagi warna merah jambu (selama 5 minit namun bergantung pada ketebalan dada ayam tersebut)
- Kemudian pindahkan ke dalam pinggan dan ketepikannya
- Pada kuali yang sama, panaskan 2 sudu kecil minyak zaitun dan goreng bawang putih dengan pasli, taim dan rosmari selama 1 minit atau hingga naik bau.
- Tambahkan susu dan taburkan sedikit garam dan lada hitam
- Panaskan kuah tersebut sehingga mendidih dan tambahkan tepung jagung dan kacau hingga kuah tersebut pekat. Kurangakan haba dan sambung gaul.
- Masukkan ayam dalam periuk tadi dan jiruskan kuah tersebut ke atas ayam
- Siap dan boleh hidangkan.
7. Ayam Panggang Lemon dengan Taim
Resepi lain yang ingin kami ketengahkan ialah ayam panggang lemon dengan daun taim. Resepi ini baik untuk orang yang sedang berdiet tetapi masih mahukan sesuatu yang sedap.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (bersaiz sederhana besar)
- 1 biji buah lemon (diparut kulit dan ambil jus)
- 2 sudu besar serbuk herba taim
- 2 sudu besar kicap
- 3 sudu besar minyak zaitun
- 2 sudu besar madu
- 4 ulas bawang putih (bersaiz besar)
- 1 biji bawang besar
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil serbuk lada
Cara Masak:
- Langkah pertama ialah dengan bersihkan ayam dan potong serta ditos.
- Kemudian, kupas kulit semua bawang merah dan bawang putih kemudian kisar halus.
- Selepas itu, dalam bekas yang sesuai, masukkan semua ayam yang serta semua bawang, herba taim, kicap, madu, minyak zaitun, parutan kulit leom, sedikit jus lemon dan sedikit garam.
- Gaul semua bahan supaya sebati dan jika terdapat kurang, tambah bahan. Guna sedikit sahaja jus lemon untuk digaul dengan ayam supaya isi ayam tak jadi masam sangat.
- Perap ayam selama 4-5 jam dan simpan ayam dalam peti sejuk .
- Panaskan grill pan dan tuangkan sedikit minyak pada pemukaan grill pan .
- Apabila sudah cukup panas perlahankan api dapur dan susun ayam dan tutup grill pan seketika .
- Buka penutup grill pan dan balik-balikkan ayam supaya masak sama rata kedua belah bahagian ayam (sekurang-kurangnya 10 minit) .
- Pastikan ayam tidak terlalu masak atau dagingnya menjadi kering.
8. Ayam Panggang Herba dengan Serbuk Bawang Putih
Mereka yang gemari ayam panggang tetapi mahukan sesuatu kelainan dan sedap, resepi ini khas untuk anda. Resepi ini bukan sahaja sedap tetapi aromanya akan membangkitkan selera anda.
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam (kulit tidak dibuang)
- 1 sudu kecil minyak zaitun
- 6 batang daun taim
- 1 sudu kecil oregano
- 1 sudu kecil serbuk bawang putih
- 1 sudu kecil garam
- 1/4 sudu kecil lada hitam
- 1 biji bawang merah (dipotong dadu)
Cara Masak:
- Panaskan oven sehingga 425c. Sapukan minyak pada ayam dan ketepikankannya.
- Jika anda menggunakan bahagian dada, siat kulit daripada bahagian dada dan letakkan daun taim antara kulit dan daging ayam.
- Campur oregano, bawang putih, garam, lada hitam, daun time dalam mangkuk dan gaul. Sapu ramuan ini di atas ayam sehingga sebati. Jika anda menggunakan seekor ayam, sapukan ramuan dibahagian dalam sekali dan sumbat dengan bawang putih.
- Panggang ayam slama 20 minit rendahkan suhu kepada 180c. Seleas itu, biarkan ia dimasak selama 1 jam.
- Selepas itu, biarkan ia menjadi suhu bilik dan makan dengan sayuran atau kentang lenyek.
9. Ayam Panggang Mustard
Resepi terkahir yang ingin kami kongsi bersama anda ialah ayam panggang mustard yang bukan sahaja sedap makan begitu sahaja malahan boleh dimakan dengan sepinggan nasi. Ayam panggang ini juga enak dimakan dengan kuah lada hitam
Bahan-bahan:
- 4 ayam (bahagian dada)
- 2 sudu besar bawang putih (dicincang halus)
- 1 sudu besar taragon
- 1 sudu kecil madu
- 1 sudu kecil jus limau
Cara Masak:
- Panaskan tempat pemanggang dan letakkan sedikit minyak.
- Gaul mustard, bawang putih, tarahon, madu dan jus limau dalam sayu mangkuk kecil. Keringkan bahagian dada dengan tisu dan sapukan sos mustard pada ayam tersebut.
- Letakkan ayam pada tempat pemanggang dan terbalikkannya selepas 10 minit. Panggang ayam tersebut sehingga ia tidak berwarna merah jambu.
- Sambung panggang ayam selama 20 minit atau sehingga ayam tersebut tidak berwarna merah jambu.
- Siap dan boleh hidangkan.
Dengan itu, berakhirlah resepi bagi 10 resepi ayam yang gunakan herba. Kami pasti anda akan mendapati senarai ini berguna untuk anda yang akan masak atau panggang ayam sebentar nanti.
Kami akhiri rencana ini dengan selamat menjamu selera dan #butterkicap selepas anda berjaya membuat lauk tersebut.