Atkins Diet Versi Malaysia: Tips dan Menu Makanan

Atkins diets merupakan salah satu diet yang terdapat di Malaysia dan yang dipraktikan oleh penduduk malaysia demi mengurangkan berat badan.

Namun begitu sebelum anda mempraktikan diet ini, fahamilah betul-betul diet ini agar anda dapat menghilangkan berat badan dengan betul.

 

Apa itu Atkins Diet?

Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai sumber tenaga dan mengurangkan lemak dalam badan anda.

Prinsip Diet Atkins adalah menyekat karbohidrat, jadi tubuh kita seolah-olah dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan. Pendekatan Diet Atkins boleh memberi kesan positif kepada kehidupan orang menghadapi risiko berkaitan dengan diabetes, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh mengurangkan masalah gastrousus, alahan tertentu, sakit kronik dan lemah sistem imun.

4 Fasa Atkins Diet:

Fasa 1: Induksi (Induction)

Fasa 2: Susut Berat badan Berterusan (Ongoing Weight Loss)

Fasa 3: Pra-Penyelenggaraan (Pre-Maintenance)

Fasa 4: Penyelenggaraan Seumur Hidup (Lifetime Maintenance)

 

Fasa 1: Induksi (Induction)

Bagi Fasa pertama, anda dikehendaki mengambil makanan dibawah 20 gram karbohidrat selama 2 minggu. Makan makanan yang tinggi dalam kandungan lemak, protin serta sayuran yang rendah dalam kandungan karbohidrat.

Had 20 gram karbohidrat induksi bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak dan bukannya glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak.

Jika anda menghadkan karbohidrat 20 gram atau kurang dalam sehari, kandungan glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam. Selepas itu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan ini caranya anda akan menghilangkan lemak.

 

Fasa 2: Susut Berat Badan Berterusan (Ongoing Weight Loss)

Fasa ini dikenali sebagai fasa Ongoing Weight Loss atau Susut Berat Badan Berterusan. Dalam fasa ini anda boleh menambahkan kekacang, kemudian buah-buahan yang rendah kandungan karbohidrat, makan yogurt, keju segar, tomato & limau nipis.

Justeru itu anda digalakkan untuk meningkatkan pengambilan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram dan sebagainya) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan.

 

Fasa 3: Pra-Penyelenggaraan (Pre-Maintenance)

Memasuki fasa 3 iaitu Pre-Maintenance atau Pra-Penyelenggaraan, boleh ditambah buah-buahan yang lain, maka sayur-sayuran yang lebih tinggi karbohidrat, maka bijirin penuh; secara beransur-ansur meningkatkan pengambilan karbohitrat jika masih kehilangan berat badan.

 

Fasa 4: Penyelenggaraan Seumur Hidup (Lifetime Maintenance)

Untuk mengekalkan berat badan anda, anda perlu tahu berapa gram karbohidrat anda boleh makan setiap hari. Dalam fasa Penyelenggaraan Seumur Hidup (Lifetime Maintenance), anda perlu belajar menentukan jumlah karbohidrat yang anda boleh diambil. Tetapkan nilai pengambilan karbohidrat sesuai dengan toleransi badan anda terhadap karbohidrat.

 

Kredit: taqplayer.info

 

 

 

 

Makanan Yang Perlu Dielakkan Ketika Atkins Diet:

  1. Semua jenis nasi, roti, bijirin, oat, mee dan spagetti.
  2. Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  3. Semua jenis buah-buahan atau jus buah-buahan
  4. Semua jenis minuman bergula, Milo, barli, air berkarbonat (Coke, Pepsi, 100plus, dan lain-lain)
  5. Segala bentuk kekacang, tempe dan sebagainya.
  6. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam (bertepung)
  7. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  8. Sos dan kicap (kebanyakkannya tinggi karbohidrat)
  9. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak merah.
  10. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  11. Makanan ringan seperti gula-gula, kerepek kentang, coklat, aiskrim, Twisties, Nachos, popcorn dan jeruk.
  12. Satay yang diperap dengan gula atau madu. Keropok lekor, otak-otak dan satay.

 

Makanan Yang Boleh Diambil Ketika Atkins Diet:

  1. Daging seperti daging lembu, kambing, ayam dan lain-lain.
  2. Lemak ikan dan makanan laut seperti salmon, sardin dan lain-lain.
  3. Telur yang paling sihat diambil ialah Omega-3.
  4. Sayuran yang rendah karbohidrat seperti bayam, brokoli, asparagus dan lain-lain.
  5. Lemak yang sihat seperti minyak zaitun dan minyak kelapa.

 

Tips-Tips Lain Yang Perlu Anda Tahu

1. Minum Banyak Air

Anda perlu minum air yang banyak untuk mengurang kan air di dalam badan. Ini kerana apabila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehidrasi atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air.

2. Elak buah-buahan

Ramai yang ingin diet dengan memakan buah-buahan. Namun kita perlu ingat, buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang agak tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan.

Gula yang berlebihan ini akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar.

3. Bersenam

Pengemar bersukan, sila lah bersukan, kegiatan sukan seperti berenang, joging, berjalan dan sebagainya akan membantu untuk mengurangkan berat badan, namun ini hanya tambahan.

 

 

Menu Makanan Atkins Diet:

Isnin 

Pagi: Sosej cili padi

Tengah hari: Tomyam ayam

Malam: Ayam bakar

 

Selasa

Pagi: Stim brokoli dengan ayam

Tengah hari: Sup daging dengan 2 biji telur

Malam: Ikan goreng

 

Rabu 

Pagi: 1 biji telur rebus

Tengah hari: 3/4 ketul ayam goreng

Malam: Sup udang cendawan

 

Khamis

Pagi: Telur gulung inti popiah

Tengah hari: Steak daging dengan brokoli

Malam: Sup ayam dengan sayuran

 

Jumaat 

Pagi: 2 biji telur

Tengah hari: Ikan pari bakar

Malam: 1 ekor ikan kembung sambal

 

Sabtu

Pagi: Murtabak sardin

Tengah hari: Sup ikan

Malam: Telur hancur dengan 2 potong sosej

 

Ahad

Pagi: Sup telur

Tengah hari: Ayam panggang

Malam: Udang butter

 

 

Berikut merupakan contoh menu yang anda boleh ikuti bagi yang ingin mengamalkan diet atkins. Ingatlah bahawa pemakanan yang betul mampu membantu anda mengurangkan berat badan dengan betul dan anda harus ingat supaya tidak berlapar.

Atkins diet bukan merupakan satu kaedah yang tidak mengambil makanan namun begitu mengambil sesetengah makanan dengan kuantiti yang sedikit.

Jika anda mempunyai menu Atkins yang lain, bolehlah kongsi bersama kami kerana kami turut ingin mengetahui makanan yang anda makan bagi mengharungi Atkins diet.

print
Y. Helmy

Yusof Helmy is a lover of all things rainbow; be it from rainbow cupcakes to rainbow bagels. He believes that in order to enjoy and love food, one must throw the weighting scale in the trash and eat those who say that you are on the fluffier side ( He practise cannibalism sometimes ). He is on the journey of finding his joie de vivre.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş