Ayam Belanda 101: Panduan Lengkap Butterkicap untuk Menyediakan Ayam Belanda

Ayam belanda tidak lagi dihidangkan semasa Krismas sahaja
Ayam belanda tidak lagi dihidangkan semasa Krismas sahaja

Di Amerika Utara, ayam belanda merupakan hidangan popular yang dihidang semasa sambutan Hari Kesyukuran. Di Malaysia, ayam besar ini sering kali dihidang ketika perayaan Krismas sahaja. Namun begitu, ia tidak lagi dihidang khas ketika Krismas sahaja kerana daging kaya dengan protein tetapi rendah lemak ini memang sesuai untuk disediakan bagi sesiapa yang ingin menurunkan kadar kolestrol mereka. Selain itu, dagingnya merupakan sumber zat besi, potassium, vitamin B6, asid amino triptofan dan selenium yang menjadikan daging ini cukup sihat untuk disertakan dalam diet harian anda. Namun begitu, anda hanya akan dapat semua nilai khasiat ini jika anda menggunakan daging sebenar dan bukannya daging proses.

Burung besar ini mempunyai tempat yang istimewa dalam masakan warisan Kristang seperti kari debal. Secara tradisionalnya, kari debal disediakan menggunakan baki ayam belanda yang tidak habis sehari selepas Krismas. Kari ini menjadi hidangan istimewa yang dinanti-nanti. Kini, kari debal menjadi sebahagian daripada hidangan hari Krismas tetapi daripada menggunakan burung ini, ayam biasa digunakan. Selain itu, lebih besar keluarga anda, kuranglah sisa makanan yang ada pada penghujung hari.

Apabila disimpan dalam peti sejuk, ayam belanda yang sudah dimasak boleh disimpan selama 4 hari. Jika disejuk beku, anda dapat menyimpan isinya selama 2 hingga 3 bulan. Jika anda berasa risau tentang ketersediaan burung ini mengikut musim, kebanyakan pasar raya tempatan sekarang mempunyai stok sejuk beku yang boleh didapati sepanjang tahun. Sama ada anda ingin memasak burung ini untuk jamuan istimewa atau panggang untuk waktu makan biasa anda, anda boleh menggunakan panduan ini untuk menyediakan ayam belanda. Percayalah, proses itu tidak serumit yang anda sangka!

Mari kita mulakan Panduan Lengkap ini, dari peti sejuk beku hingga ke meja.

 

Panduan rujukan kilat

 

Bahan-bahan

Untuk memanggang
  • 550g sarak (dibeli siap, kami menggunakan sarak cendawan, kranberi dan roti)
  • 5g serbuk bawang putih
  • 3g serbuk bawang
  • 10g garam halus

 

Nyah beku

Walaupun daging segar adalah yang terbaik tetapi anda barangkali hanya boleh mendapatkan ayam belanda beku di pasar raya sahaja. Jangan risau, selagi anda tidak merancang untuk makan dalam tempoh lebih kurang 50 jam seterusnya, tiada masalah untuk menggunakan yang beku.

 

Cara-cara
  1. Penting – biarkan dalam bungkusan asal.
  2. Letakkan dengan bahagian dada di atas dalam sebuah bekas besar untuk ‘menangkap’ cecair jika terdapat lubang pada bungkusan.
  3. Pastikan peti sejuk anda berada pada tetapan paling sejuk.
  4. Nyah-beku dalam peti sejuk anda sekurang-kurangnya 24 jam sebelum persediaan. Pemasaan ini bergantung pada saiz ayam anda. Secara umumnya, anda perlu tunggu 24 jam untuk setiap 2kg. Kebanyakan ayam ini mempunyai berat 4kg, walaupun saiz yang paling kecil. Jadi, anda biasanya akan perlukan tempoh minimum selama 48 jam.
  5. Jangan risau jika anda melebihi masa yang ditetapkan. Anda boleh menyimpan burung yang dinyahbeku sepenuhnya dalam peti sejuk selama 2 hari maksimum.

 

Cara terbaik untuk menyahbeku ayam ini anda adalah dengan menggunakan cara peti sejuk di atas. Walaubagaimanapun, jika anda kesuntukan masa, anda boleh percepatkan proses tersebut menggunakan air sejuk:

  1. Pastikan bungkusan tidak berlubang dan kalis air.
  2. Pastikan bekas anda cukup besar untuk menampung seluruh bungkusan. Jika tidak, gunakan sinki yang bersih.
  3. Rendam seluruh bungkus dalam air paip sejuk. Jangan guna air suam, panas atau bersuhu bilik.
  4. Anda perlukan 1 jam untuk merendam bagi setiap 1 kg. Jadi, burung seberat 4kg memerlukan tempoh rendaman selama 4 jam.
  5. Ganti air setiap 30 minit.
  6. Ayam belanda yang dinyabeku menggunakan cara ini mesti dimasak segera. Jangan simpan di dalam peti sejuk atau beku sekali lagi untuk panjangkan tempoh simpanan.

 

Tip tambahan

Jangan biarkan ayam belanda mencair di luar atau direndam dalam air panas atau suam kerana boleh menggalakkan pertumbuhan bakteria.

 

Persediaan

  1. Apabila sudah dinyahbeku sepenuhnya, keluarkan dari peti sejuk, buka dan buang bungkusan.
  2. Jika peha ayam terikat plastik, tanggalkan. Selain itu, tanggalkan plastik-plastik lain yang digunakan untuk kekalkan bentuk ayam belanda anda.
  3. Sesetengah ayam belanda diberi pengukur suhu. Jika anda ada termometer daging, anda boleh keluarkan pengukur tersebut. Jika tidak, simpan kerana alat tersebut boleh membantu anda mengenalpasti apabila ayam sudah masak. Pengukur suhu ini sepatutnya terkeluar selepas ayam anda masak. Namun begitu, kami tidak menggalakkan anda bergantung pada pengukur suhu itu sahaja.
Pengukur suhu
  1. Ruang kaviti ayam belanda barangkali dipenuhi dengan leher dan organ dalaman yang boleh dimakan. Keluarkan semua itu dan ketepi untuk penyediaan kuah. Simpan bahagian-bahagian ini di dalam peti sejuk sehingga digunakan.
  2. Cuci ayam dengan teliti selama beberapa minit di bawah air paip sejuk.
  3. Buang air lebihan dan keringkan daging dengan tisu atau kain dapur.

 

Pekasin kering

Mengasin merupakan langkah penting kerana meningkatkan perisa serta mengempukkan lagi ayam belanda. Terdapat dua cara untuk mengasin, iaitu cara kering atau basah. Kami memudahkan proses ini dan hanya akan berkongsi cara untuk menyediakan pekasin kering yang mudah.

 

Bahan-bahan
  • Garam halus atau kosher
  • Ayam belanda yang dinyahbeku dan dicuci

 

Cara-cara
  1. Apabila ayam anda sudah dikeringkan, tabur garam halus atau kosher yang mencukupi di atas kulit ayam. Letakkan garam lebih di tempat yang mempunyai daging tebal. Dengan perlahan-lahan, ratakan garam di atas kulit.
Taburkan garam
  1. Biar selama sejam.
  2. Anda boleh membiarkan proses ini untuk tempoh lebih lama tetapi simpan ayam belanda di dalam peti sejuk (jangan ditutup), jika perlu.
  3. Selepas sejam, atau apabila anda sudah bersedia untuk memanggang ayam belanda anda, cuci dan keringkan.

 

Mengeluarkan tulang selangka

Langkah ini adalah opsyenal kerana terdapat keluarga yang lebih gemar untuk tidak keluarkan tulang selangka itu. Tulang selangka ini merupakan tulang berbentuk V yang digelar sebagai furkula. Jika anda tidak pernah mendengar tentang tradisi tulang selangka, inilah dia. Tradisi ini melibatkan sesiapa yang menjumpai tulang ini ‘berkongsi’ dengan orang lain. Mereka akan masing-masing memegang satu bahagian tulang tersebut, berdoa dan tarik untuk memecah tulang tersebut. Doa orang yang mendapat bahagian tengah tulang tersebut dikatakan akan termakbul. Kononnya.

Jika anda merancang untuk memotong ayam belanda sebelum menghidang, kami mencadangkan anda mengeluarkan tulang selangka itu. Jika tidak, itu terpulang kepada anda. Walaubagaimanapun, tulang tersebut akan mengganggu proses memotong daging dengan lancar. Jadi, jika anda mahu makan malam mewah yang dewasa dan menghidangkan ayam belanda panggang seekor, buanglah tulang itu. Jika ada kanak-kanak, simpanlah.

 

Cara-cara
  1. Tulang selangka terletak di bawah sendi leher di bahagian atas dada. Anda mungkin perlu menolak kulit ke tepi sedikit. Tulang ini dikenalpasti sebagai tulang berwarna keputihan dan berbentuk segi tiga.
Untuk mencari tulang selangka, cari bentuk segi tiga berwarna putih ini
  1. Gunakan pisau yang tajam untuk memotong sepanjang bentuk putih ini di kedua-dua sisi. Proses ini akan membentuk V terbalik. Apabila anda memotong sepanjang bentuk itu, anda dapat merasakan tulang tersebut sepanjang bahagian luar pisau anda.
Potong sepanjang bentuk putih untuk mendapatkan V terbalik
  1. Rasakan tulang itu dengan pisau anda dan potong terus daging berdekatan tulang itu. Sekarang, tulang itu boleh dirasai bahagian dalam pisau anda. Jangan lupa untuk potong bahagian V yang satu lagi.
Potong berdekatan tulang
  1. Tulang itu masih terlekat pada daging. Cangkuk jari anda di belakang tulang dan lurut ke atas dan ke bawah tulang untuk tanggalkan daging dan urat. Ulang langkah ini di bahagian satu lagi.
Cangkuk jari di belakang tulang
  1. Angkat tulang sejauh yang boleh dan gunakan pisau untuk memotong sendi antara bahagian atas V yang masuk terlekat pada daging. Berhati-hati ketika melakukan langkah ini. Ulang di bahagian satu lagi.
Potong sendi untuk memisahkan tulang V itu
  1. Genggam ‘kaki’ tulang V itu, putar beberapa kali untuk tanggalkan tulang selangka sepenuhnya.

Genggam tulang V itu…

…dan putar!

Sudah tertanggal!

  1. Tanggalkan tulang selangka.

 

Tip mentega

Selain daripada daging yang berperisa dan lembap, hidangan ayam belanda yang sempurna juga mempunyai kulit perang yang cantik, rangup dan sedap. Tip mentega ini adalah opsyenal tetapi memberikan rasa masyuk tambahan pada ayam belanda panggang anda. Anda boleh menggunakan teknik untuk untuk menyediakan ayam panggang juga!

 

Bahan-bahan
  • Mentega yang dilembutkan

 

Cara-cara
  1. Perlahan-lahan masukkan hujung jari anda ke dalam ruang antara kulit dan isi. Masukkan seluruh tangan anda sambil memisahkan kulit daripada isi daging secara perlahan-lahan. Berhati-hati untuk tidak koyakkan kulit.
  2. Anda mahu memisahkan kulit daripada bahagian dada hingga ke leher, di bahagian sisi, sepanjang bahagian belakang dan bahagian atas paha. Anda tidak perlu pisahkan kulit pada bahagian paha (drumstick) atau sayap kerana ruang di bahagian itu terlalu kecil untuk digerakkan.
Masukkan tangan untuk pisahkan kulit daripada isi daging
  1. Ambil seketul mentega.
Jangan kedekut menggunakan mentega
  1. Sapukan di seluruh isi di bawah lapisan kulit yang dipisahkan. Anda tidak perlu risau untuk menyapu mentega secara sekata. Perkara paling penting adalah mentega disapu seluruh isi.
Ketulan mentega dan perisa!

 

Tip tambahan

Kuku pendek memudahkan anda membuat langkah ini!

 

Mengikat

Kenapa perlu mengikat ayam belanda? Terdapat dua sebab utama. Sebab pertama adalah untuk memastikan bahagian sayap dan kaki masak dengan sekata. Sebab kedua adalah untuk mengekalkan bentuk ayam agar kelihatan cantik semasa dihidang di atas meja. Proses mengikat tidak sukar tetapi anda mungkin perlu mencuba beberapa kali jika ini kali pertama anda melakukannya.

 

Peralatan yang diperlukan
  • 3m tali pembakar (lebih panjang jika ayam lebih besar)

 

Cara-cara
  1. Letakkan bahagain depan di atas permukaan rata dan masukkan titik tengah tali di bawah leher.
  2. Masukkan tali di bawah dada sehingga selari dengan sendi sayap depan (sendi yang menghubungkan sayap ke bahagian dada). Tarik dengan ketat dan bawa tali ke bahagian atas sendi, sayap dan peha di setiap sisi. Perkara yang paling penting, bahagian sayap mesti diletakkan di bawah paha dan bukan di atas!
Di bawah bahagian dada dan di atas sayap dan paha
  1. Silangkan tali di bawah tulang belakang, betul-betul di atas pembukaan kaviti. Tarik dengan kuat. Jika tali mengikat asyik terkeluar, ikat mati di sini.
Silang dan tarik dengan kuat
  1. Lingkarkan tali disekeliling paha (drumstick) dan matikan di bahagian hujung paha. Ulang langkah ini dengan bahagian paha (drumstick) satu lagi.
Lingkar tali disekeliling paha (drumstick)
  1. Dekatkan kedua-dua hujung paha (drumstick) dan susun agar paha bersilang. Silangkan tali dan lingkar di sekeliling paha sekali lagi dan akhiri dengan satu lagi silangan tali. Anda boleh ikat di sini untuk tetapkan kedudukan bahagian paha.
Silangkan bahagian hujung paha (drumstick)
  1. Tarik tali di bawah paha dan pembukaan kaviti agar bahagian paha (drumstick) akan menutup pembukaan tersebut. Ikat mati.
Tarik tali di bawah paha dan pembukaan kaviti
  1. Tarik tali ke bahagian depan, sepanjang sayap. Lingkar tali di bahagian sendi sayap dan cangkuk pada bahagian hujung yang terbonjol keluar.
Lingkar tali disekeliling sayap
  1. Bawa tali merentasi leher ke tempat pertama kita mula-mula mengikat. Ikat ketat untuk kekalkan kedudukan itu. Potong tali lebihan atau ikat reben.
Ikat kuat untuk tetapkan kedudukan
  1. Jika terdapat kulit lebihan di leher, selitkan di bawah tali agar kelihatan kemas.
Selitkan kulit lebihan leher di bawah tali

 

Memanggang ayam belanda

Sudah tiba masa untuk memanggang! Oleh kerana kami hendak terangkan perkara yang paling asas, kami akan berkongsi resipi mudah yang pasti menjadi. Kami juga menggunakan bahan sarak dari pasaraya. Anda boleh sediakan bahan sarak anda sendiri!

 

Peralatan khas
  • Rak pemanggang
  • Termometer daging

 

Persediaan
  1. Tetapkan ketuhar anda pada suhu 180°C di tetapan konveksi (kipas) dan sumber haba yang paling jauh dari bahagian dada, misalnya, dalam kes ini, anda mahu menetapkan sumber haba di bahagian atas sahaja.
  2. Jika anda mengikat ayam anda tetapi tidak meletakan sarak lagi, anda boleh sumbatkan sarak di dalam kavitinya. Sarak tersebut perlu disumbat dengan padat supaya tiada poket udara.

Sarak sedia untuk disumbat

Kaviti kosong…

Kaviti disumbat!

  1. Campur serbuk bawang putih, serbuk bawang dan garam halus.
Gaul rata
  1. Tabur dengan banyak dan sekata di seluruh kulit. Gunakan tangan untuk menepuk-nepuk campuran serbuk dan garam di atas kulit. Jangan kesat campuran tersebut.
Tabur perasa dengan banyak
  1. Letakkan ayam di atas rak pembakar atau dulang pemanggang. Rak ini memastikan aliran udara di sekeliling ayam belanda dan pastikan ia masak dengan sekata. Dulang pemanggang pula penting untuk menadah jus panggangan.
Sudah di atas rak pemanggang

 

Memanggang
  1. Apabila ketuhar sudah cukup panas, letakkan ayam anda di rak paling bawah. Perkara yang menarik tentang memasak burung ini adalah dua suhu berbeza yang perlu dicapai untuk di bahagian berlainan, iaitu 65°C untuk bahagian dada dan 74°C untuk bahagian sayap. Oleh itu, sukar sedikit untuk memasak hidangan ini kerana satu bahagian boleh terlebih masak. Yang penting, anda perlu perhatikan ayam anda semasa sedang dipanggang.
Kulit memerang dengan cantik
  1. Lumur permukaan kulit setiap 30 minit dengan jus panggangan di dalam dulang.
Proses melumur
  1. Semasa ayam belanda dikeluarkan, periksa suhu dengan termometer masakan dengan mencucuk di bahagian paha serta dada. Secara umumnya, sekurang-kurangnya 90 minit diperlukan (untuk saiz ayam ini) untuk capai suhu ideal. Jadi, anda hanya perlu periksa suhu selepas sejam memanggang di dalam ketuhar.

51°C untuk bahagian dada – tak sampai lagi

73.4° untuk bahagian paha – sikit lagi!

  1. Selepas 1 jam, turunkan suhu ke 150°C dan periksa setiap 20 minit. Anda perlu sesuaikan suhu dengan ayam anda kerana suhu teras adalah yang paling penting dalam menyediakan burung ini. Suhu yang lebih tinggi memerang dan keringkan kulit dengan cantik sementara suhu lebih rendah memasak daging dengan sempurna dan menaikkan suhu panggangan ke tahap yang ideal.
  2. Apabila sudah masak, keluarkan dari ketuhar. Biar rehat di atas rak pemanggang 1/3 dari masa panggangan.
Rehatkan dahulu
  1. Keluarkan jus yang ditadah di dalam dulang dan letak tepi untuk menyediakan kuah.
  2. Apabila cukup sejuk untuk disentuh, potong, tanggal dan buang tali pengikat.
Potong tali pengikat
  1. Hidangkan ayam belanda seekor selepas tempoh rehat. Apabila anda sedia untuk makan, bawa ke dapur untuk dipotong dahulu sebelum menghidang.

 

Tip penting

Jika anda sediakan sajian ini beberapa jam sebelum dihidang, keluarkan sarak dan pindahkan ke mangkuk berasingan untuk elakkan daripada menjadi basi.

 

Memotong

Proses memotong menjadikan ayam belanda dipotong ke saiz yang lebih kecil dan sesuai untuk dihidang. Proses ini sangat berguna jika anda mengadakan jamuan makan malam beramai-ramai supaya para tetamu tidak perlu menunggu lama untuk menikmati sajian yang disediakan. Jika anda menyediakan ayam ini untuk dinikmati oleh anda sendiri, anda perlu memotong dahulu untuk mengurangkan ruang yang anda perlukan bila menyimpan daging lebihan di dalam peti sejuk beku.

 

Cara-cara
  1. Gunakan pisau daging yang tajam.
  2. Potong kedua-dua sayap di bahagian sendi, asingkan bahagian sayap dan drumet daripada badan ayam. Pisahkan drumet daripada sayap di bahagian sendi.
Potong sayap dahulu
  1. Potong kedua-dua paha dan asingkan paha (drumstick) daripada paha.

Potong bahagian paha

Paha drumstick, drumet, sayap dan paha

  1. Lakukan potongan sepanjang badan ayam dari kaviti, bermula dari tulang belakang, di bawah dada, sehingga ke leher – anda tidak perlu pisahkan sepenuhnya. Proses ini adalah untuk memisahkan tulang belakang daripada bahagian dada.
  2. Tolak kedua-dua bahagian untuk dipisahkan, seolah-olah anda membuka tempurung kelapa.
Tolak tulang rusuk daripada bahagian dada
  1. Keluarkan sarak dan susun di atas pinggan hidangan atau mangkuk.
Keluarkan sarak
  1. Potong tulang rusuk agar dipisahkan daripada bahagian dada.
Pisahkan rusuk dan dada
  1. Baringkan bahagian mendatar dada dan cari tulang tengah. Hiris dan potong bersebelahan tulang itu untuk tanggalkan isi dada sepenuhnya.

Letakkan bahagian dada di sisi yang mendatar

Potong bersebelahan tulang tengah

  1. Potong dan keluarkan isi dada yang satu lagi.
Potong keluar isi dada satu lagi
  1. Potong isi dada menjadi hirisan selebar 1.5cm hingga 2cm. Susun di atas dulang menghidang.

Hiris isi dada

Susun di atas pinggan menghidang

  1. Hiris isi paha dan susun di atas pinggan menghidang. Anda boleh susun daging tersebut menurut kreativiti anda tapi kami mencadangkan anda susun seperti struktur ayam belanda itu. Susun daging paha di sebelah daging bahagian dada, paha drumstick di sebelah paha dan drumet di bahagian bertentangan serta bahagian sayap di tepi.
‘Bina semula’ ayam anda dengan daging yang dipotong
  1. Sedia untuk dihidang!

 

Nota tambahan

Cara ini adalah untuk memotong hidangan ini di luar meja makan. Anda boleh menggunakan konsep yang sama untuk memotong di meja makan tetapi lazimnya, sarak perlu dikeluarkan dahulu. Kemudian, potong bahagian sayap dan paha. Untuk pastikan potongan yang dibuat adalah kemas, daging bahagian dada biasanya dipotong terus dari tulang dan dihidangkan berbanding ditanggal sepenuhnya, dipotong lalu dihidangkan. Elakkan daripada menterbalikkan atau membaringkan ayam anda semasa memotong di hadapan tetamu anda!

 

Tip pro

Hidangkan seluruh ayam belanda anda di meja makan agar para tetamu anda dapat lihat betapa cantiknya hidangan yang siap dipanggang dan untuk tujuan mengambil gambar. Apabila makan malam sedia dihidang, bawa ayam anda ke dapur supaya anda dapat memotong dengan betul dan teliti.

 

Kuah

Seperti ayam, daging ayam belanda boleh menjadi agak kering dan kebarangkalian ini agak tinggi kerana saiznya yang lebih besar. Kuah memberikan kelembapan dan perisa tambahan pada daging. Terdapat dua resipi kuah untuk anda pilih. Resipi pertama adalah untuk menyediakan kuah yang pekat dan lebih berperisa menggunakan jus panggangan. Dapatkan resipi di sini. Resipi kedua pula menggunakan organ dalaman yang diketepikan pada peringkat awal penyediaan. Kami mencadangkan anda menggunakan resipi di bawah kerana tekstur cecair resipi tersebut dan rasa yang lebih masin memang sedap dimakan dengan daging ayam ini.

 

Bahan-bahan
  • Leher dan organ dalaman, disimpan sebelum ini
  • Jus panggangan ayam belanda
  • 330g stok ayam
  • 150g bawang perang (1 biji bawang besar), dihiris nipis
  • 17g bawang putih (kira-kira 4 ulas), dihiris nipis
  • 8g kicap (1 sudu besar)
  • 9g sos ikan (1 sudu besar)

 

Cara-cara
  1. Potong bahagian leher ke saiz yang lebih kecil. Cincang organ dalaman serta hati.
Potong leher dan cincang organ dalaman
  1. Panaskan periuk kecil atas suhu tinggi dan masukkan minyak daripada jus panggangan.
Masukkan minyak jus panggangan sahaja
  1. Masukkan leher yang dipotong. Terus mengacau agar tidak melekat pada periuk.
Masukkan leher yang dipotong
  1. Apabila leher menjadi sangat perang (kira-kira 7 minit), masukkan hirisan bawang besar dan bawang putih. Terus mengacau.
Masukkan bawang besar dan bawang putih
  1. Apabila bawang menjadi lembut, kira-kira 4 minit, masukkan jus panggangan yang berwarna perang. Kuah anda akan bertukar warna coklat selepas ini.

Masukkan jus berwarna perang

Kuah bertukar menjadi warna coklat

  1. Selepas 4-5 minit, masukkan stok ayam dan terus mengacau, sambil mengikis bahagian bawah dan tepi periuk selama 1 minit.
Masukkan stok ayam dan kacau
  1. Masukkan organ dalaman yang dicincang dan biar masak selama 4-5 minit.
Organ dalaman yang dicincang masuk ke dalam kuah
  1. Masukkan kicap dan sos ikan. Kacau dan biar mendidih sehingga memekat, kira-kira 10 minit. Jika anda mahu sos yang lebih pekat, masukkan sedikit mentega.
Lihat bahagian bawah periuk bersih dan tidak melekit dengan cebisan
  1. Tapis kuah untuk keluarkan ketulan. Hidang dalam mangkuk atau mangkuk jongkang.

Tapis kuah untuk keluarkan cebisan berketul

Sedapnya!

 

Nota penting:

Anda boleh masukkan herba kesukaan anda di langkah 4.

 

Tip tambahan

  1. Panduan ini adalah untuk menyediakan seekor ayam belanda. Jika anda hanya ada ketulan segar atau sejuk beku, cara yang sama masih boleh dipakai tetapi tempoh masa mungkin perlu diubah suai. Ingat – suhu itu penting!
  2. Ayam panggang seekor tidak perlu dihidang panas-panas walaupun hidangan itu lebih sedap dihidang begitu. Hirisan daging yang sejuk boleh digunakan untuk menyediakan sandwic.
  3. Hidangkan sos kranberi juga kerana daging ayam ini dan sos itu memang sangat sedap dimakan bersama. Anda tidak perlu menyediakan sos ini sendiri kerana kranberi segar atau sejuk beku tidak mudah didapati di pasaraya. Namun begitu, sos kranberi dalam tin atau botol boleh didapati dengan mudah dan biasanya sedap dimakan.
  4. Sarak adalah opsyenal. Ada yang suka hidangkan sarak sebagai hidangan sampingan dan ada yang tak mahu sarak langsung. Terpulang kepada anda!

 

Kami tahu senarai ini sangat komprehensif dan banyak maklumat yang perlu dihadam. Oleh itu, jangan panik! Lakukan langkah demi langkah. Lihatlah nanti betapa sempurnanya panggangan anda nanti.

Adakah anda akan masukkan ayam belanda dala senarai resipi perayaan dan jamuan istimewa anda? Tunjukkan hidangan yang anda sediakan dengan berkongsi gambar bersama kami. Jangan lupa meletakkan hashtag #butterkicap!

 


 


print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş