Site icon Butterkicap

Booster Senaman dan Otot dengan 5 Bahan Ini

Booster senaman diperlukan jika anda seseorang yang mahu senaman dan diet anda memberikan kesan yang besar pada berat dan tubuh badan anda dalam masa yang singkat. Jika anda seseorang yang  bukan hantu gim dan hanya bersenam sebelum anda pergi ke kenduri kahwin rakan sekolah, bakal berkahwin atau pergi bercuti, anda juga boleh baca artikel ini.

Kredit: gfitness.com.au

Diet tanpa makan dan sebaliknya adalah sia-sia jika anda tidak mampu mencari keseimbangan antara kedua-dua perkara tersebut. Diet di sini, tidak bererti anda tidak makan dan kuat bersenam. Itu bukanlah bertujuan untuk menguruskan badan tetapi satu percubaan bunuh diri dengan gaya. Anda perlu bijak apabila mahu berdiet kerana anda mahu usaha anda menjaga pemakanan anda dapat menunjukkan hasil yang memberansangkan dalam proses senaman anda supaya anda lebih bermotivasi.

Jadi, makanlah 5 makanan di bawah yang pasti akan memberikan hasil yang anda inginkan lebih cepat dan paling penting, secara sihat!

 

1. Keju Kotej (Paneer)

Kredit: organicauthority.com

Bagi peminat makanan India di sini, anda pasti berasa seronok melihat keju kotej ataupun paneer ini ada dalam senarai booster senaman Butterkicap ini. Ini tidak bererti anda boleh makan palak paneer 24/7. Makanlah secara berpada tanpa minyak sapi dan garam berlebihan yang diletakkan di dalam hidangan tersebut. Keju kotej mempunyai glutamin, sejenis asid amino yang dapat membantu pemulihan otot koyak yang pasti akan berlaku apabila anda bersenam. Selain itu, makanan ini kurang berlemak dan mengandungi kandungan air tinggi yang dapat membantu anda mengurangkan berat badan serta kekal hidrat.

2. Mentega Badam

Kredit: Playful and hungry

Jika anda peminat sapuan lepa mentega kacang tetapi mahu menguruskan badan, janganlah menangis. Anda boleh gantikan dengan sapuan mentega badam yang mempunyai rasa lemak yang sama seperti mentega kacang tetapi lebih sihat kerana mentega badam tidak diletakkan garam, gula dan tidak berlemak. Selain itu, mentega badam merupakan booster senaman yang hebat kerana mengandungi kandungan protein yang tinggi dan membantu dalam pemulihan otot.
Namun begitu, pastikan mentega badam yang anda pilih itu tidak mengandungi minyak sawit yang berbahaya untuk tubuh badan anda.

 

3. Yogurt

Kredit: modernhoney.com

Senaman berat yang dilakukan secara berkala akan mempengaruhi sistem imunisasi anda dan mungkin boleh menyebabkan anda terkena jangkitan pada saluran pernafasan anda Probiotik iaitu kultur aktif hidup yang ada dalam yogurt mampu mengelakkan anda daripada jatuh sakit dan membuatkan anda kekal sihat supaya aktif bersenam.

4. Madu

Kredit: Lifehack

Kajian yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa makanan campuran karbohidrat, iaitu makanan yang mengandungi fruktosa dan glukosa) lebih baik berbanding makanan bergula. Madu merupakan salah satu makanan karbohidrat campuran yang lebih sihat dan tidak menggemukkan serta kaya dengan antioksida dan vitamin yang diperlukan tubuh badan terutamanya, ketika bersenam.

 

5. Pisang

Kredit: healthyfoodhouse.com

Sebiji pisang mungkin sama seperti makan dua pinggan nasi tapi khasiat yang anda dapati daripada pisang adalah lebih tinggi berbanding makan nasi. Bersenam selepas makan sebiji pisang membuatkan badan anda membakar lemak dengan lebih pantas dan melancarkan proses pembuangan anda selepas anda penat bersenam. Pisang mengandungi karbohidrat mudah dan kompleks yang bukan sahaja membuatkan anda lebih bertenaga semasa bersenam malah mengeluarkan tenaga secara perlahan-lahan supaya anda dapat membina stamina anda.

Jadi, itulah 5 makanan booster senaman yang pasti memberikan kesan yang anda inginkan dalam masa yang singkat secara sihat. Ingat, diet tanpa senaman pun tak berguna juga!

print