Brokoli Panggang & Miso: Resepi Bercitarasa Asia

Brokoli Panggang
Brokoli panggang dengan miso, disalai dengan sempurna

Brokoli ialah sayur yang hebat dan versatil untuk dihidangkan bersama sajian lain. Sama ada dikukus, digoreng atau dipanggang, brokoli merupakan sumber serat, vitamin dan pelbagai mineral yang bagus. Brokoli panggang merupakan kaedah yang bagus untuk memasak brokoli kerana akan mengekalkan nilai khasiat sayur tersebut. Oleh itu, resipi brokoli panggang dan miso Butterkicap merupakan hidangan yang sesuai untuk dihidangkan bersama masakan Asia dan Barat.

Jika anda sukakan brokoli, miso yang ditambahkan dalam resipi ini memberikan perisa yang mendalam dan masin pada hidangan ini serta cara yang hebat untuk memberikan kelainan pada menu harian anda. Kami mengesyorkan anda untuk hidangkan sajian ini bersama nasi, sayuran goreng dan ikan kukus ataupun dengan kambing, ayam atau ayam belanda panggang. Selain itu, tekstur yang hangit memberikan kerangupan pada brokoli panggang dan kali ini, kehangitan itu suatu yang bagus.

Oleh sebab sajian ini agak masin, kami mencadangkan anda untuk hidangkan sajian ini dengan masakan yang tidak masin langsung untuk memberikan keseimbangan. Anda pasti tak nak makan makanan yang terlalu masin.

Selamat menjamu selera!

 

 

Bahan-bahan

  • 580g brokoli (kira-kira 1 bunga besar brokoli)
  • 35g minyak biji anggur (grapeseed oil)
  • 6g serbuk bawang putih (kira-kira 1 sudu kecil)
  • 2g garam laut (kira-kira ½ sudu kecil)
  • 2g serbuk lada hitam (kira-kira½ sudu kecil)

 

Sapuan miso
  • 20g pes miso
  • 1g minyak bijan (kira-kira ½ sudu kecil)
  • 1 sudu kecil cuka beras
  • 1 sudu kecil air

 

Menyediakan brokoli panggang

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 220°C.
  2. Sediakan sapuan miso dengan mencampur semua bahan miso dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
  3. Gunakan pisau tajam untuk potong kuntum-kuntum brokoli daripada batang utama.
Potong kuntum-kuntum brokoli
  1. Cuci kuntum-kuntum brokoli dengan air bersih, kemudian tapis semua air keluar. Gunakan pemutar salad jika ada, atau tos perlahan-lahan menggunakan bakul atau penapis. Biarkan kuntum-kuntum brokoli kering sedikit sebelum teruskan dengan langkah seterusnya.
  2. Apabila kuntum-kuntum brokoli kering, masukkan minyak biji anggur, garam, lada hitam dan serbuk bawang putih. Tos dengan sekata.
Masukkan minyak biji anggur
Tos sehingga sekata
  1. Serakkan kuntum-kuntum brokoli di atas dulang pembakar dan kemudian panggang di dalam ketuhar sehingga sedikit hangit, kira-kira 6 minit. Perhatikan brokoli semasa memanggang di dalam ketuhar.
Serakkan kuntum brokoli di atas dulang pembakar
  1. Alihkan kuntum brokoli dan terus memanggang selama 5 hingga 6 minit lagi.
Hangit dengan sempurna
  1. Keluarkan dulang pembakar dari ketuhar dan alihkan kuntum brokoli. Berhati-hati ketika mengeluarkan dulang pembakar. Gunakan berus untuk menyapu sedikit pes miso ke atas setiap kuntum brokoli. Jangan letak terlalu banyak atau brokoli anda akan menjadi terlalu masin.
Sapukan miso di atas kuntum brokoli
  1. Letakkan dulang pembakar ke dalam ketuhar semula selama 5 minit lagi. Perhatikan brokoli yang sedang dipanggang dalam ketuhar supaya tidak hangit sepenuhnya.
  2. Apabila sudah masak, angkat keluar kuntum brokoli dari atas dulang pembakar dengan segera. Pindah ke mangkuk atau pinggan menghidang.

 

Tip tambahan

  1. Gantikan minyak biji anggur dengan minyak zaitun, jagung atau minyak berperisa halus yang boleh dimasak pada suhu tinggi.
  2. Resipi ini agak masin kerana pes miso yang digunakan. Jika anda mahu kurangkan rasa masin, kurangkan garam semasa brokoli di tos atau jangan letak garam langsung.
  3. Suhu ketuhar adalah berbeza-beza walaupun ditetapkan pada suhu tertentu. Jadi, periksa keadaan brokoli anda semasa dipanggang. Anda tidak mahu memanggang hidangan anda sehingga menjadi terlalu hangit.

 

Adakah anda sukakan rasa brokoli itu? Jika ya, jangan lupa kongsi gambar hidangan brokoli anda dengan kami menerusi hashtag #butterkicap. Hidangkan brokoli panggang dengan:

Resipi Kambing Panggang – Sajian Klasik Krismas & Acara Istimewa

A Dude’s Guide to Succulent Roast Chicken and Veggies

Resipi Lobak Merah Confit Susu – Savouri, Manis & Menyelerakan

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş