Bahan-bahan
- Ikan siakap, 2 filet 200g
- Bawang putih, 4 ulas, dihiris nipis (20g)
- Kicap manis, 2tbs (40g)
- Sos tiram, 1tbs (20g)
- Serbuk kunyit, 2 tsp (4g)
- Garam, 1 sudu teh (6g)
- Minyak, (20g) 1tsp, untuk disapu ke ikan, 1tsp untuk digoreng atas kuali leper, 2tsp untuk sos
- Air, 1tbs (10g)
Langkah-langkah
- Hiris bawang putih menjadi kepingan nipis.
- Gosok garam dan serbuk kunyit pada filet ikan.
- Panaskan kuali dengan api sederhana dan renjiskan minyak ke dalam kuali.
- Tambahkan filet ikan dengan bahagian kulit keatas apabila minyak sudah panas (kira-kira 3 minit). Perlu ada bunyi berdesir sedikit. Masak selama 3-4 minit dan sehingga kerak coklat mula timbul pada kulit.
- Dengan spatula, terbalikkan ikan dengan berhati-hati supaya kulit menghadap ke atas. Berhati-hati dengan kulit kerana sebelum mengeras ia senang terlipat atau terkoyak.
- Teruskan memasak sehingga sebelah daging filet menunjukkan kerak keperangan dan ikan sudah masak sepenuhnya. Ia perlu mengambil kira-kira 1-2 minit.
- Kemudian, keluarkan filet ikan yang sudah dimasak dan letakkan diatas pinggan.
- Untuk sos, panaskan kuali kecil dengan api sederhana.
- Setelah panas, renjiskan minyak dan tambah bawang putih yang sudah dihiris. Gaul dan kacau bawang putih di sekeliling dengan rancak untuk mengedarkan haba secara rata sehingga bawang putih berwarna perang. Ini perlu mengambil 1 minit.
- Kemudian segera tambahkan kicap manis dan sos tiram. Sos tiram menambah rasa garam sambil menambah kepekatan sos.
- Tambah air untuk membuat sos yang lebih nipis, kacau dan tutup api masak.
- Renjiskan sos ke ikan atas pinggan, dan hidangkan.