Site icon Butterkicap

Cara Menyedia dan Menyimpan Ikan

Sememangnya waktu mahu memilih menu masakan adalah waktu paling susah! Terlalu banyak pilihan lauk dan menu  menjadikan kita seringkali buntu tentang menu yang ingin dimasak dan dimakan saban hari. Oleh itu, kita mengambil jalan mudah dengan makan di luar. Lauk yang paling lazim didapati di mana-mana pasar basah sudah semestinya ayam dan ikan.

Sudah bosan dengan lauk ayam? Mungkin hari ini, anda boleh beralih selera dengan memasak lauk ikan pula.

Kaya dengan protein berkualiti tinggi yang diperlukan oleh tubuh badan kita, ikan semestinya pilihan sumber makanan yang lazat dan sihat untuk anda pilih sebagai lauk utama anda. Bukan sekadar satu sumber protein, ikan juga turut mengandungi seribu satu khasiat lain yang tidak boleh didapati  dalam mana-mana jenis lauk dan daging yang lain, sebagai contoh, ikan mengandungi vitamin D, asid lemak omega 3, iodin dan beberapa lagi jenis mineral yang lain.

Khasiat yang terkandung dalam ikan mampu menajamkan penglihatan mata, melambatkan (atau mencegah) proses kemerosotan otak, menurunkan kadar risiko sakit jantung dan strok kerana mineral yang terkandung membantu menyihatkan hati. Dalam satu kajian di Amerika Syarikat terhadap 40, 000 orang lelaki, golongan yang makan ikan dengan kerap atau sekurang-kurangnya satu hidangan ikan atau lebih dalam satu minggu mempunyai kadar risiko sakit jantung yang lebih rendah iaitu sebanyak 15 peratus (Sumber: authoritynutrition.com)

Dalam erti kata lain, semua jenis ikan adalah menyihatkan tetaipi sesetengah ikan adalah lebih baik berbanding yang lain. Ikan haruan, misalnya, merupakan bahan yang mujarab dalam mempercepatkan proses merawat luka sementara ikan salmon pula tinggi dalam kandungan lemaknya yang sihat dan amat sesuai dimakan oleh para ibu mengandungi kerana mengandungi kadar omega 3 yang tinggi dan dapat membantu tumbesaran otak serta mata bayi  dalam kandungan.

Ikan terbahagi kepada dua jenis iaitu;

Meskipun begitu, cara menyediakan kedua-dua jenis ikan ini adalah hampir sama. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi menyediakan ikan sebelum memasak dan kami akan berkongsi cara penyediaan ikan yang paling biasa diamal oleh rakyat Malaysia.

 

Langkah 1 – Menyiang

Untuk Ikan Laut

a) Siang ikan tersebut terlebih dahulu.
b) Pegang ikan di bahagian kepala, tarik keluar insang yang terletak di bahagian dalam bawah kepala dan buang. Apabila ditarik keluar, segala organ dalaman ikan tersebut akan turut terkeluar.
c) Belah dari tempat insang ditarik keluar sehingga ke bahagian perut.
d) Lalukan di bawah air mengalir dan cuci bahagian dalam ikan tersebut.
e) Kelar sedikit bahagian badan ikan tersebut jika mahu bagi membolehkan isinya cepat masak kelak.

*Anda juga boleh memilih sama ada mahu memotong ekor, kepala mahupun siripnya ataupun tidak

 

– Ikan Air Tawar

Kaedah penyediaan ikan air tawar adalah hampir sama dengan cara penyediaan ikan laut. Bezanya, kebanyakan ikan air tawar mempunyai sisik. Oleh itu, langkah penyediaan tambahan bagi air ikan tawar adalah seperti berikut:

a) Buang sisik ikan terbih dahulu menggunakan pisau. Pegang bahagian ekor ikan dan kikis sisiknya menggunakan pisau**
b) Setelah bersihkan semua sisik, siang ikan mengikut kaedah yang dinyatakan pada bahagian ikan laut.

**sisiknya harus dikikis dari arah berlawanan

 

Langkah 2 – Memerap

a) Setelah siap dibersihkan, ikan tersebut boleh dipotong kepada beberapa bahagian kecil. b) Perapan paling mudah ialah dengan menggunakan garam dan kunyit ataupun perapan yang lebih rumit adalah menggunakan bawang putih, bawang besar, cili  boh mahupun halia.

 

Langkah 3 – Menyimpan

a) Letakkan ikan yang telah siap disiang ke dalam bekas makanan bertutup atau letakkan di dalam ‘resealable bag’ lalu disimpan ke dalam peti ais.

Ikan yang disimpan boleh diambil pada bila-bila masa apabila anda mahu memasaknya. Elakkan membiarkan ikan-ikan tersebut di tempat terbuka terlalu lama kerana dikhuatiri ikan tersebut akan mudah rosak dan berbau di samping terdapat risiko untuk dihinggapi lalat.

 

Tips tambahan

Itu sahaja perkongsian kami tentang cara menyedia dan menyimpan ikan, selamat mencuba!

 

 

 

 

print