Cili Boh: Cara Menyediakan Pes Masakan Paling Penting di Malaysia

cili boh
Cili boh merupakan bahan biasa dalam kebanyakan masakan berasaskan cili di Malaysia

Cili boh adalah bahan wajib dalam kebanyakan dapur rakyat Malaysia. Pes merah pekat ini sering disimpan dalam balang atau bekas aiskrim yang disumbat di ceruk peti sejuk anda.

Walaupun anda boleh membeli cili boh yang siap dibungkus di pasar dan pasar raya di seluruh negara, tetapi mana-mana cef atau tukang masak yang berpengalaman tahu bahawa cili boh terbaik adalah yang disediakan sendiri. Lagipun, anda bukannya tahu bahan tambahan yang diletakkan dalam cili boh yang dijual secara komersial ini.

Biasanya, hanya satu bahan sahaja yang digunakan untuk menyediakan cili boh, iaitu cili kering kering. Sesetengah orang menambah bawang putih, bawang kecil atau halia untuk memberikan perisa tambahan, khususnya apabila mereka bercadang untuk menggunakan pes cili ini untuk resipi tertentu.

Kami akan mengajar anda cara membuat cili boh paling asas untuk anda gunakan dalam apa jua masakan yang memerlukan bahan ini (cubalah resepi bercili di laman web kami! Taip sahaja ‘cili boh’ dan cari). Bahan ini boleh dibuat dengan banyak kerana boleh dibekukan dan disimpan selama tiga bulan.

 

Bahan-bahan

  • 100g cili kering, dibuang biji
  • air
  • 100g minyak masak

 

Kaedah

  1. Gunakan sebilah gunting untuk memotong tangkai dan kepala cili. Kemudian, gunting cili separuh secara memanjang dari bahagian paling lebar cili kerana di situlah terkandung biji cili yang banyak. Anda tidak perlu membelah cili sepenuhnya. Tinggal 2 hingga 3cm di bahagian hujung cili.
Sebilah gunting adalah alat terbaik untuk tugas ini
  1. Dedahkan biji cili dan goncang cili hingga biji keluar. Anda juga boleh mencabut biji-biji keluar. Keluarkan sebanyak biji yang boleh. Tidak salah jika terdapat beberapa biji yang tertinggal. 
Caaakkk…
Eh, mana bijinya?
  1. Letakkan cili kering yang dibuang biji di dalam mangkuk. Rendam dan bilas dengan air tiga hingga empat kali untuk membuang kotoran.
Gunakan jari untuk membilas cili
  1. Isikan periuk dengan air mencukupi untuk merendam cili. Masukkan cili yang dicuci dan didihkan di atas api besar. Kemudian, tutup periuk dan biar mendidih selama 30 minit.
Masukkan cili ke dalam air
Didihkan

 

  1. Selepas 30 minit, keluarkan cili daripada air dengan pengepit atau penapis. Goncang sedikit untuk keluarkan air lebihan. Pindahkan ke pengisar atau pemproses makanan.

 

Goncang sedikit
Masukkan cili yang dididih ke dalam pemproses makanan
  1. Kisar hingga halus. Langkah ini mungkin mengambil sedikit masa bergantung pada keupayaan pemproses makanan anda.
Pes cili yang halus
  1. Masukkan minyak masak ke dalam periuk di atas api panas.
  2. Apabila minyak sudah masak, masukkan cili yang dikisar. Sesekali kacau campuran cili tersebut mengemulsi, kira-kira 25 minit. Jangan lupa untuk kikis bahagian bawah dan tepi periuk supaya pes tidak hangit.
Pes cili dimasak dalam minyak panas
Minyak dah cili sudah diemulsi
  1. Biar campuran sejuk sepenuhnya sebelum pindahkan ke balang atau bekas kedap udara. Bekukan selama tiga bulan atau letakkan dalam peti sejuk sehingga sebulan.

 

Tip cili boh

  1. Tidak cukup masa untuk sediakan cili boh seperti di atas dan perlu gunakannya sekarang? Bahagikan berat cili boh yang diperlukan mengikuti resepi anda dengan 4. Itulah jumlah cili kering yang dibuang biji yang anda perlukan.
  2. Rendam cili kering yang sudah dibuang biji ke dalam air yang baru dididih. Tutup bekas selama 15 minit.
  3. Buang air dan timbang cili rendam anda. Anda mahu kira-kira 80% cili boh yang diperlukan untuk resepi anda.
  4. Kisar dengan bahan wangi seperti bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan sebagainya (berdasarkan resepi anda).
Rendam dalam air baru dididih

 

Tip tambahan

  1. Cili kering Thai sesuai untuk membuat cili boh. Jika anda tidak dapat menemuinya, pilih cili kering paling kerinting.
Cili kering yang sangat kerinting di sebelah kiri, lawan cili kering kerinting biasa di sebelah kanan
  1. Pastikan anda cuci tangan dengan teliti selepas memegang cili. Anda tidak mahu mata anda pedih! Nak selamat? Gunalah sarung tangan.
  2. Selepas seluruh proses di atas, anda akan dapatkan lebih kurang 5x jumlah berat cili boh berbanding berat cili kering yang anda bermula dengan. Jangan lupa tip ini!
  3. Apabila anda menyimpan cili boh, gunakan sudu kering dan bersih untuk mengelakkan pencemaran yang akan merosakkan pes anda. Selain itu, elakkan menyahbeku seluruh bekas pes cili ini kecuali anda merancang untuk gunakan kesemuanya. Nyahbeku jumlah yang anda perlukan sahaja.

 

 

Sekarang, cili boh anda sudah sedia, apakah anda ingin masak? Kami mempunyai beberapa cadangan resepi sedap untuk anda cuba di pautan di bawah. Jangan lupa untuk berkongsi gambar anda dengan kami dan letakkan hashtag #butterkicap!

 


Artikel lain:

Sambal Ayam: Resepi Pedas-Manis Sesuai Sebagai Hidangan Utama atau Sampingan

Rendang Ayam: Resepi Rendang Klasik

Resepi Sambal Udang Petai yang Cukup Menyengat!

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş