Daun Kucai Goreng dengan Udang – Resepi Durian Runtuh yang Ringkas!

daun kucai goreng
Resepi daun kucai goreng mungkin membawa kekayaan!

Siapa yang tidak mahukan resipi yang mudah untuk mendapat durian runtuh? Walaupun kami tidak dapat jamin bahawa dengan memakan atau menyediakan hidangan ini dapat meningkatkan status kewangan anda, tetapi hidangan daun kucai goreng dengan udang ini merupakan satu contoh bahawa hidangan ringkas yang mudah disediakan masih sedap dan menyelerakan untuk dinikmati.

Daun kucai goreng (seperti hidangan berasaskan daun kucai yang lain) popular semasa sambutan Tahun Baru Cina kerana daun kucai dalam bahasa Mandarin mempunyai sebutan yang sama dengan perkatan ‘mengira’. Masyarakat Cina percaya bahawa menikmati hidangan berasaskan daun kucai semasa perayaan Tahun Baru Cina akan memberikan anda kekayaan dan wang yang banyak untuk dikira pada tahun akan datang.

Jadi, apa kata anda? Bolehkah kita menikmati daun kucai pada Tahun Baru Cina kali ini?

 

Bahan-bahan

 

  • 140g (5 ekor) udang
  • 100ml minyak masak
  • 360g daun kucai
  • 14g (1 sudu besar) sos ikan
  • 14g (1 sudu besar) wain (masakan Cina) Shao Xing
  • ¼ sudu kecil garam
  • ¼ sudu kecil lada hitam

 

Cara-cara

  1. Pertama sekali, bersihkan dan buang urat udang. Jangan kupas kulit udang. Kulit udang akan meningkatkan lagi rasa hidangan anda.
  2. Seterusnya, buang bahagian akar daun kucai.
  3. Kemudian, potong daun kucai secara pepenjuru, kira-kira 1cm hingga 1.5cm tebal.
  4. Rendam daun kucai yang dipotong di dalam air untuk pisahkan kepingan daun kucai. Kemudian, tapis.
  5. Masukkan minyak masak ke dalam kuali dan panaskan pada suhu tinggi selama 1 hingga 2 minit. Anda mahu kuali dan minyak menjadi sangat panas.
  6. Masukkan udang, garam dan lada hitam. Cepat-cepat mengoreng udang sehingga masak, kira-kira 1 minit. Keluarkan udang dan ketepikan.
Goreng udang cepat-cepat
  1. Masukkan daun kucai dengan segera dan goreng selama 2 minit, kacau tanpa henti. Anda mahu daun kucai layu dan masak sepenuhnya.
Masukkan daun kucai
  1. Masukkan wain Shao Xing dan udang dimasak apabila daun kucai mencapai tahap layu yang anda mahu. Kacau rata dan padamkan api.
Masukkan wain Shao Xing dan udang masak
  1. Hidang segera sementara masih panas dengan udang yang siap dimasak disusun cantik di atas.

 

Tip tambahan

  1. Lebih tebal daun kucai, lebih baik, tetapi resipi ini juga tetap menjadi jika anda menggunakan daun kucai yang nipis.
  2. Rahsia kesedapan resipi ini adalah pada kuali yang panas. Kuali anda mestilah panas. Sangat, sangat panas.
  3. Anda boleh memilih untuk menggunakan udang tanpa kulit tetapi kulit udang itulah yang memberikan rasa pada minyak menggoreng itu.
  4. Satu sudu besar wain Shao Xing memberikan kedalaman pada rasa hidangan ini. Namun begitu, rasa hidangan ini masih enak tanpa bahan itu.

 

Itu sahaja! Kami sudah beritahu bahawa hidangan daun kucai goreng dengan udang ini sangat mudah untuk disediakan, bukan? Hidangan ini begitu mudah dan senang untuk dimasak sehinggakan tiada sebab untuk anda tidak sediakan secara berkala sepanjang tahun. Kami berterima kasih kepada Jennifer Ker kerana menunjukkan kepada kami cara menyediakan hidangan yang menyelerakan ini. Tag gambar anda dengan #butterkicap supaya kami dapat lihat hasil anda itu.

 


 


print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş