Site icon Butterkicap

Fucuk Sumbat: Fucuk Goreng Berinti Ikan Savouri

Menggoreng kepingan Fucuk Sumbat

Apabila anda fikir tentang fucuk atau tauhu, sejujurnya memang tidak timbul walau sekelumit pun rasa teruja dalam hati anda, betul tak? Bagaimana pula anda fikir tentang fucuk yang digoreng rangup dan disumbat dengan isi ikan savouri? Buat terliur!

Rangup di luar dan lembut di dalam, siapa yang boleh tahan daripada makan hidangan ini, tambah-tambah lagi kalau dimakan bersama sup ala Cina atau dicicah dengan sos masam manis. Fuh, memang terbaik!

Makanan Selesa di Rumah

Fucuk goreng berintikan pes ikan lazimnya disediakan sebagai komponen Sup ala Cina, yong tau foo atau dim sum yang dimakan dengan sos cicahan. Keenakaannya memang tak dapat digambarkan! Memang tak salah untuk kami menggelarkan makanan ini sebagai makanan selesa kegemaran rakyat Malaysia.

Meskipun snek ini mudah didapati di kedai, gerai dan restoran masakan Cina di seluruh negara tetapi fucuk sumbat yang disediakan di rumah adalah yang terbaik. Panas-panas anda dapat menikmatinya! Perkara paling penting ialah resepi fucuk sumbat goreng rangup ini cukup mudah untuk disediakan.

Fucuk Sumbat Rangup

Kami cukup bertuah kerana cef rumah jemputan kami, Susan Chan sudi kongsi resepi keluarga beliau bersama kami untuk sediakan hidangan fucuk ini. Kami menggunakan pes ikan segera untuk enyediakan inti resepi ini tetapi jika anda mahu menyediakan pes ikan anda sendiri, silakan. Kalau ada resepi yang bagus, jangan lupa kongsi dengan kami.

Jika anda nak cepat, guna sahaja pes ikan segera. Pes ikan segera boleh didapati di mana-mana pasar raya dan pasar basah berdekatan anda.

Antara bahan-bahan diperlukan untuk sediakan Fucuk Sumbat

Bahan-Bahan

 

Cara-Cara

  1. Dalam mangkuk, masukkan pes ikan, daun bawang, garam dan lada hitam. Gaul rata.
  2. Lap keping fucuk dengan kain yang dilembapkan sedikit untuk bersihkan kesan debu.
  3. Buka lipatan fucuk di atas permukaan kering dan bersih lalu sapukan campuran ikan dengan rata pada sebahagian kepingan fucuk. Kemudian, lipat fucuk.
  4. Potong fucuk menjadi potongan segi empat kecil.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali. Letakkan kepingan fucuk di dalam minyak satu demi satu. Goreng sehingga perang keemasan.
  6. Letakkan kepingan yang digoreng atas kertas tisu untuk menyerap minyak lebihan.
  7. Fucuk goreng ini boleh dimakan dengan sup atau sos cicah yang pedas.

Cara Lain untuk Menikmati Fucuk

Nak lebih nikmat? Nikmati fucuk sumbat ini dengan sos cicahan istimewa. Sediakan sos cicah ala Cina menggunakan kicap diletakkan halia dan gula. Jika anda mahu perisa yang lebih kompleks, anda boleh tambah sedikit sos hoisin, minyak cili atau halia parut. Kami suka sos kami ringkas dan ada sedikit ‘kick’. Oleh itu, kami menikmati hidangan fucuk ini dengan sedikit sambal pedas. Kalau sos cicah tak pedas, memang tak seronok nak makan, betul tak?

Nak cuba resepi sos cicah istimewa kami? Dapatkan bahan-bahan tersenarai di bawah!

Tak rasa nak makan dengan sos? Tak mengapa! Anda boleh cuba fucuk sumbat ini dengan sup pula, tambah-tambah lagi sup ala Cina. Kami jamin, sekali anda cuba, anda pasti nak buat lagi. Jika anda nak cuba fucuk sumbat ini dengan sup tradisional Cina, anda boleh cuba resepi  Soup Named Good Fortune Susan Chan. Memang bertuah sesiapa yang mencubanya!

 

Jangan lupa untuk kongsi hasil fucuk sumbat anda dan cara anda memilih untuk menikmati sajian ini dengan tag kami di laman media sosial Facebook, Twitter dan Instagram dengan meletakkan hashtag #Butterkicap.

Oh ya, kalau resepi ini memang memuaskan hati anda, kongsilah dengan ahli keluarga dan sahabat handai. Tak elok tahu tak kongsi resepi masakan sedap-sedap dengan orang tersayang. Eratkanlah perhubungan dengan makanan.

print