Site icon Butterkicap

Resepi Kuih Talam Nyonya Gebu dan Lembut

Kredit: Gerald Lee

Kuih-muih tradisional Malaysia sering menjadi rebutan ramai. Baik yang tua mahupun yang muda, semua ingin menikmati kuih untuk minum petang ataupun sebagai kudapan.

Namun begitu, dengan peredaran masa, penjual-penjual kuih yang lazimnya menaiki motorsikal berisi bakul kuih dan datang dari rumah ke rumah telah bertukar ke gerai-gerai kecil di tepi jalan dan sekarang, beralih ke kedai-kedai besar seperti Nyonya Colours untuk kita mendapatkannya.

Kesukaran untuk mendapat kuih tradisional kegemaran di samping mencari kuih yang betul-betul enak merupakan dua perkara yang cukup sukar untuk dilakukan pada zaman ini. Jadi, apa penyelesaiannya? Kena buat sendirilah!

Seperti Air Tangan Mak

Resepi yang saya nak kongsikan kali ini ialah resepi nostalgia zaman kanak-kanak saya. Tapi, saya dapat merasakan kuih ini pasti berada dekat di hati anda juga. Setiap kali minum petang, saya pasti tertunggu-tunggu bau kuih ini di dapur dan semestinya perasaan gembira yang saya rasai apabila dapat bau pandan yang semerbak memang tak dapat digambarkan!

Jika saya ingin mengimbau zaman kanak-kanak saya, saya pasti akan menyediakan kuih ini untuk melepaskan rindu. Kuih talam merupakan kuih yang mempunyai tekstur yang halus dan kenyal yang dimasak secara kukus. Untuk membuatnya senang saja, tambah-tambah lagi bila anda ikuti resepi yang saya kongsikan ini.

Bahan-Bahan:

a) Lapisan Hijau Pandan

b) Lapisan Santan

Cara-Cara:

a) Lapisan Pandan

  1. Lapikkan 7 X 7 inci dulang bakar kek segi empat atau dulang bakar kek buat 8 inci dengan kertas bakar.
  2. Masukkan semua bahan dalam satu mangkuk dan adun hingga sebati. Selepas itu, tapiskan adunan.
  3. Letakkan mangkuk berisi adunan yang ditapis dalam seperiuk air.
  4. Kacau secara periuk berlapis (double boil) hingga sekeliling mangkuk adunan ada bentukan lapisan pes tebal.
  5. Angkat mangkuk adunan dari dapur dan kacau dengan pemukul tangan hingga tekstur halus dan pekat dihasilkan.
  6. Jika tidak, tapis dulu sebelum tuang ke dalam dulang.
  7. Tuang adunan pekat dalam dulang bakar.
  8. Letakkan beberapa helai daun pandan di luar dulang bakar untuk berikan bau aromatik.
  9. Kukus selama 30-40 minit pada suhu sederhana rendah.
  10. Setelah sampai 40 minit, padamkan api dan buka penutup.
  11. Selepas 5 minit, jika sudah masak sepenuhnya, lapisan kuih pertaa ini takkan mempunyai permukaan yang melekit bila disentuh dengan jari.
  12. Jika masih melekit, kukus selama 10 minit lagi.

b) Lapisan Santan

  1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  2. Letakkan mangkuk berisi adunan yang ditapis dalam seperiuk air.
  3. Kacau secara periuk berlapis (double boil) hingga sekeliling mangkuk adunan ada bentukan lapisan pes tebal.
  4. Angkat mangkuk adunan dari dapur dan kacau dengan pemukul tangan hingga tekstur halus dan pekat dihasilkan.
  5. Jika tidak, tapis dulu sebelum tuang ke dalam dulang.
  6. Tuang adunan pekat atas lapisan pandan. Tutup dulang atas dengan aluminium atau apa-apa penutup bukan plastik selagi tak bersentuhan dengan lapisan santan.
  7. Kukus selama 15-20 minit pada suhu sederhana rendah.
  8. Padamkan api dan keluarkan dulang agar menyejuk dulu tanpa mengangkat penutup. Jika tidak, permukaan lapisan santan akan merekah.
  9. Biar kuih talam menyejuk sekurangnya selama 3 jam sebelum memotong.
  10. Kuih talam disimpan dalam 3 hari dalam peti sejuk dan boleh dikukus semula selama 10 minit apabila ingin dihidang.

Senyuman dalam Satu Gigitan

Jadi, bagaimana? Adakah anda berasa puas dengan hasil kuih talam anda? Jika ya, saya ucapkan tahniah kepada anda dan jika tidak, anda boleh saja bertanya terus kepada saya apa masalah yang dihadapi dengan mengunjungi laman Instagram saya, @justinescakesandkueh untuk sebarang soalan berkenaan masakan kuih tradisional dan jika anda ingin lebih banyak resepi kuih tradisional seperti ini, bolehlah ikuti Butterkicap di laman Instagram mereka ataupun Facebook untuk dapatkan perkembangan terkini resepi-resepi daripada saya di laman web mereka!

print