Site icon Butterkicap

Bubur Lambuk Kampung Baru Yang Rasanya Asli!

Bubur Lambuk Kampung Baru sentiasa menjadi rebutan ramai. Apakah keistimewaannya? Jawapannya mudah saja. Bubur Lambuk Kampung Baru ialah variasi bubur lambuk yang pertama disediakan. Bubur Lambuk Kampung Baru dilihat lebih daripada hidangan bubur khas yang disediakan setiap kali menjelangnya Ramadan. Bubur Lambuk Kampung Baru merupakan simbol perpaduan dan ukhuwah yang terjalin antara individu-individu yang terlibat dalam penyediaan bubur lambuk ini.

Walaupun saya bukanlah anak jati Kampung Baru tetapi perasaan dan emosi sentimental yang wujud di sebalik hidangan bubur ini membuatkan saya juga berasa terpanggil untuk merasai bubur lambuk ini. Ternyata, variasi bubur lambuk ini mempunyai gabungan perisa dan tekstur yang lebih menyeluruh ataupun ‘wholesome’. Bubur Lambuk Kampung Baru tak menjelakkan dan paling penting sekali, penuh berperisa.

Oleh sebab Ramadan kali ini kita semua tak berkesempatan untuk dapatkan Bubur Lambuk Kampung Baru yang asli, jadi saya memutuskan untuk kongsi bersama anda resepi Bubur Lambuk Kampung Baru yang saya sudah lama perhalusi dan ubah suai agar rasanya sama atau hampir dengan perisa Bubur Lambuk Kampung Baru yang asli. Rahsia keenakan Bubur Lambuk Kampung Baru ini bergantung pada proses penumisan bahan-bahan di (a). Sabar dan jangan terburu-buru apabila menumis. Barulah rasa bubur anda lebih menyelerakan dan wangi.

Bahan-Bahan::

a) Bahan Tumis

b) Bubur

c) Hiasan

Cara-Cara:

  1. Dalam periuk yang besar, tumiskan bahan-bahan (a) kecuali jus halia dan daging cincang hingga wangi dan perang keemasan.
  2. Masukkan jus halia dan daging cincang. Biar daging masak hingga jus halia menjadi sikit.
  3. Teruskan memasak bubur dengan masukkan semua air dan beras di dalam periuk. Masukkan lobak yang dipotong dadu. Kacau sesekali untuk elakkan bubur daripada melekat di periuk. Teruskan memasak atas api sederhana besar hingga beras hancur dn daging menjadi empuk.
  4. Masukkan santan, udang kering, halba, dan lada sulah. Teruskan memasak bubur atas api sederhana besar.
  5. Masukkan daging ayam cincang dan lobak asin. Perasa secukupnya dengan garam dan lada hitam.
  6. Hias dan hidang.

Ubati Kerinduan Anda

Proses menyediakan bubur lambuk ini memang mudah tetapi perhatian dan kesabaran yang anda beri yang membuatkan bubur lambuk ini begitu enak. Kalau tidak, takkanlah masakan ibu sentiasa sedap dan dirindui, betul tak? Masakan tradisi seperti ini takkan pernah hilang kerana sejarah, nilai dan budaya yang wujud kerana masakan seperti ini yang mengingatkan kita tentang keunikan diri kita sebagai rakyat Malaysia.

Saya harap perkongsian saya ini menggalakkan anda untuk berkongsi resepi tradisional keluarga anda sendiri. Anda boleh hantarkan emel kisah dan resepi anda kepada Butterkicap di sembang@butterkicap.com atau di laman Facebook serta Instagram mereka.

Jika anda rindukan rumah dan mahu masakan rumah dihantar di pintu rumah anda, anda boleh ikuti profil laman sosial saya di Facebook dan Instagram untuk anda rasa air tangan saya sendiri menyediakan makanan kegemaran anda. Mungkin tak sama seperti mak anda sediakan tapi bolehlah untuk menghilangkan kerinduan.

print