Site icon Butterkicap

Resepi Salad Sotong Bakar Ambrosia ala Chef Wan

Kredit: Shutterstock

Kami sudah kongsikan dua resepi berasaskan epal oleh Datuk Chef Wan. Kami pasti anda mahukan lagi resepi-resepi menarik lain beliau. Nasib baik untuk anda, kami ada satu lagi resepi untuk dikongsi bersama oleh Datuk Chef Wan.

Sudah bersedia nak sediakan resepi ini? Tunggu dulu! Mari kita sentuh dahulu tentang keistimewaan epal Ambrosia ini.

Epal Ambrosia Penambah Rasa

Seperti yang kami telah nyatakan dalam resepi-resepi sebelum ini, Epal Ambrosia merupakan satu jenis epal yang ideal untuk digunakan dalam masakan savouri. Hal ini demikian kerana rasa manis epal dan tekstur epal itu sendiri menyeimbangi rasa rempah dan cili yang kita gunakan dalam masakan kita.

Bagi yang tak pernah mencuba kedua-dua resepi yang kami kongsi dahulu, memang merugikan kerana tak cuba terlebih dahulu sebelum mencuba resepi ini. Namun begitu, tak mengapa! Masih belum terlambat untuk ubah fikiran anda. Jadi, teruskan ke dapur dan bersiap-sedia kerana hari ini, anda akan sediakan resepi salad sotong ini.

Bahan- Bahan:

Untuk Pes Cili Bawang Putih

Cara-Cara:

  1. Dalam sebuah mangkuk, masukkan gula melaka, cili, pes bawang putih cili, sos ikan, dan jus limau. Kacau rata.
  2. Kemudian, masukkan Epal New Zealand Luv’ya Ambrosia, sotong yang digoreng, betik, daun pudina dan daun ketumbar. Tos dengan sekata.


Bagaimana? Terasa rugi tak? Kami faham jadi jangan bersedih-sedih. Klik pautan di bawah untuk cuba resepi cutni epal dan resepi tomyam labu epal Datuk Chef Wan.

Namun begitu, pastikan anda gunakan epal Ambrosia agar hasilnya sama seperti yang disediakan oleh Datuk Chef Wan, ya!

print