Jom Belajar Menjadi Pakar Mengupas Udang!

udang
Udang segar sedang menanti untuk dibuang kulit

Bagi peminat makanan laut di luar sana, pasti ada satu persoalan yang menganggu kotak minda anda – patutkah kulit udang dibuang atau tidak? Sebenarnya, jawapan soalan itu mudah sahaja. Ia bergantung pada diri anda dan juga hidangan yang ingin disediakan.

Yang tidak dibuang kulit boleh memberi perisa tambahan pada hidangan anda. Yang dibuang kulit pula kelihatan lebih bersih dan memudahkan tetamu yang datang menjamu selera. Kanak-kanak pun tak comot tangan dan muka jika yang dibuang kulit dihidangkan. Kebanyakan masakan Malaysia pula, jika anda cukup peka, hanya mengupas kulit di badan tanpa membuang kepala dan ekornya.

Walau apapun pilihan anda, yang penting ialah anda tahu cara untuk mengupas kulitnya dengan betul. Kami ada panduan langkah-demi-langkah untuk jadikan anda pakar mengupas kulit udang. Nak tahu? Bacalah lagi!

 

Jenis-jenis kupasan yang biasa ditemui dalam masakan Malaysia

 

Panduan asas mengenali anggota badan udang

Sebelum anda mula belajar skil mengupas kulit, jamulah mata anda dengan gambar ringas yang menunjukkan anggota badan udang yang anda perlu tahu. Hafallah untuk tunjuk ‘terer’ depan ibu mertua.

 

Bahagian 1: membuang kepala

Terdapat dua cara untuk membuang kepala udang. Pilihan pertama adalah membuang kepala sepenuhnya. Pilihan kedua pula mengupas kulit kepala dengan penuh hati-hati supaya bahagian isi kepala kekal tercantum. Kami akan tunjukkan kedua-dua teknik membuang kepala di bawah.

Pilihan 1: membuang kepala sepenuhnya
  1. Pegang abdomen dengan satu tangan sementara kepala dipegang dengan tangan yang satu lagi.

  1. Putar kepala dan tarik untuk mencabutnya.

Pilihan 2: kekalkan isi kepala
  1. Teknik ini agak kompleks tetapi mengekalkan perisa enak isi kepala udang.
  2. Pegang abdomen dengan satu tangan sementara kepala dipegang dengan tangan satu lagi. Pegang kepala antara ibu jari dan jari telunjuk di hadapan mata dan tolak kulit ke atas untuk memisahkannya daripada isi. Kulit udang masih tersambung pada bahagian depan kepala.

  1. Letakkan jari di bawah kulit kepala dan tarik ke belakang sehingga tertanggal sepenuhnya.

  1. Tarik keluar kaki hadapan.

  1. Pegang sisa kulit kepala dan tarik keluar perlahan-lahan agar isi kepala masih tersambung.

 

Bahagian 2: menanggalkan ‘pedang’

  1. Pedang ialah bahagian kulit yang agak tajam terletak di ekor. Walaupun anda bercadang untuk mengekalkan kulit ekor, kami cadang anda membuang pedang tersebut kerana bahagian itu sangat tajam.

  1. Letakkan ibu jari di bawah pedang dan tolak ke atas.

  1. Tanggalkan pedang. Biarkan isi.

 

Bahagian 3: membuang kulit abdomen dan kaki renang

  1. Kupaskan kulit dari belakang kepala. Teknik ini boleh digunakan untuk yang ditanggalkan atau tidak ditanggalkan kepalanya.

  1. Tanpa perlu menanggalkan kulit sepenuhnya, cabut kaki renang.

 

Bahagian 4: menanggalkan ekor
  1. Jika anda ingin mengopek ekor, anda tak perlu tanggalkan pedang dahulu.
  2. Gunakan hujung jari telunjuk untuk mengangkat dan menarik keluar bahagian atas ekor.

  1. Tanggalkan sepenuhnya.

 

Bahagian 5: membuang urat

  1. Membuang urat biasanya melibatkan pembuangan usus daripada abdomen udang. Meskipun pengekalan urat tersebut tidak mempengaruhi perisa atau masakan anda, walaubagaimanapun, urat tersebut memberikan tekstur berpasir dalam mulut anda apabila mengunyah. Lebih baik untuk mengeluarkan urat tersebut.
  2. Cara ini boleh digunakan untuk membuang urat walaupun kulit abdomen dikopek atau tidak.
  3. Letakkan udang di atas permukaan yang rata.
  4. Gunakan pisau tajam dan kecil untuk memotong bahagian tengah atas abdomen dari kepala ke ekor. Pastikan potongan itu cukup dalam sehingga dapat melihat ususnya, biasanya ¼ hingga 1/3 badannya.

  1. Gunakan jari untuk menarik keluar usus.

 

Tip tambahan

  1. Jika anda ingin mengekalkan kepala, jangan lupa gunakan gunting untuk memotong sesungut dan bahagian yang tajam. Anda juga boleh memotong kesemua kaki depan atau biarkan sedikit, mengikut kesukaan anda.
  2. Lebih segar udang, lebih mudah kulit ditanggalkan. Kulit yang lama akan menjadi lembut seperti kertas dan melekat pada isi udang.
  3. Daripada mengupas seekor demi seekor, mudahkan proses anda dengan melengkapkan tugas-tugasan satu demi satu. Sebagai contoh, kupas kepala dahulu. Kemudian, buang semua pedang. Seterusnya, kupas kulit badan udang dan seterusnya. Anda boleh menggunakan proses ini untuk tugas dapur (mise en place) anda yang lain untuk menjadikan anda lebih cekap dan kemas di dapur.

Adakah anda sudah bersedia menunjukkan skil mengupas kulit udang anda? Cubalah tip kami dan sediakan hidangan udang yang lazat hingga menjilat jari dengan tiga resipi di bawah. Jangan lupa untuk berkongsi gambar hidangan udang anda denga kami menerusi hashtag #butterkicap!

 


Artikel lain:

Udang bersama Putih Telur dikukus Gaya Butterkicap

Sodhi: Resepi Kari Bersantan Enak tapi Ringkas

Mak’s Special Stir Fry Prawns for All the Mama’s Boys & Girls out There

print
Butterkicap Team

We're just a small group of friends who love food, culture and Malaysia. We saw the rise of mediocre food, deteriorating relationships and missed the good old days of Malaysia where food was good, homes were warmer and full of friends and family. So we rolled up our sleeves, and made Butterkicap with the hope that it will bring people and flavors home.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş