Site icon Butterkicap

Jem Strawberi Ringkas Sugarlou: Penuh Dengan Segala Kebaikan

Tahukah anda bahawa kebanyakkan kek menggunakan jem bagi membuatnya?

Ya, jem pelbagai perisa merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk membuat kek. Sebagai contoh, jem strwberi digunakan dalam membuat kek victoria sandwic.

Kami tahu kadangkala masa yang agak singkat menyebabkan anda membeli jem yang terdapat di pasaran tetapi tahukan anda bahawa jem merupakan salah satu bahan yang mudah untuk dibuat?

Jem strawberi bukan sahaja sesuatu bahan yang sesuai untuk digunakan terhadap pelbagai jenis kek atau pencuci mulut malahan rasanya yang seimbang di antara manis dan masam membuatkan jem ini sangat sesuai untuk apa sahaja jenis pencuci mulut.

Pada hari ini, saya akan berkongsi bersama anda cara membuat jem ringkas sugarlou yang bukan sahaja suatu resepi yang ringkas, ia juga penuh dengan kesihatan yang baik untuk tumbesaran manusia.

Berlainan dengan jem yang dibeli dikedai yang mungkin mempunyai bahan pengawet atau dipenuhi dengan gula semata-mata, jem yang dibuat sendiri amat bagus untuk keluarga anda.

Bahan-bahan
Resepi ini akan membuat sekurang-kurangnya 300 gram jem strawberi.
Langkah-langkah:
  1. Sediakan satu 340 gram jar yang dibersihkan.
  2. Potong strawberi (Potong menjadi dua jika anda gunakan stawberi yang kecil)
  3. Dalam periuk, campurkan strawberi, gula, vanila, jus limau dan parut limau pada suhu yang rendah hingga gula telah cair. ( Jika anda tidak mempunyai biji vanila, anda boleh gunakan esen vanila tetapi hanya masukkan selepas ia dikeluarkan dari periuk tersebut.
  4. Pindahkan jem tersebut ke dalam jar yang dibersihkan, jangan tuang terlalu penuh dan tutup dengan rapat.

 

Maka siap sudah jem strawberi yang dibuat kita. Saya syorkan anda menyimpan jem strawberi ini dalam bekas kedap udara dalam peti sejuk jika anda tidak menggunakannya kerana ia akan melambatkan proses luput.

Anda boleh membuat jem ini pada bila-bila masa sahaja, anda boleh gunakan jem ini pada kek atau pada roti bakar anda. Anda mahu lihat bagaimana saya gunakan jem ini untuk membuat kek? ikuti saya di Instagram saya atau facebook. Jangan lupa untuk kongsi bersama saya dengan hastag #butterkicap jika anda membuatnya.

print