Kek Coklat Lembap Sugarlou: Resepi, Ramuan dan Cara Membuat

Jauhkan diri anda dari kek yang dibeli di kedai. Anda berhak untuk menikmati kek coklat lembab Sugarlou yang kaya dengan rasa coklat bagi memuakan keinginan coklat anda. Ia merupakan kek yang enak bagi melalui hari-hari yang susah.

 

Bahan-bahan:

Resepi ini akan membuat satu lapisan kek coklat yang berukuran 6 inci.

Kek Asas Coklat Lembap:

  • 1 ¼ cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula perang
  • ¼ cawan gula halus
  • ½ cawan serbuk koko premium (Tip: Cuba Ghirardelli atau jenama yang berkualiti tinggi. Qualiti serbuk koko memainkan peranan terhadap rasa kek tersebut)
  • 1 sudu kecil baking soda
  • ¾ sudu kecil tepung penaik
  • ¾ sudu kecil garam
  • 1 telur + 1 kuning telur (dalam suhu bilik)
  • ¼ sudu kecil esen badam
  • ¾ cawan buttermilk
  • ¾ cawan kopi pekat yang panas
  • ¼ cawan minyak sayur
  • 1 sudu kecil estrak vanila

Coklat Ganache Sugarlou:

  • 1 cawan coklat hitam yang berkualiti (Saya akan gunakan antara Callebaut atau cip coklat Ghirardelli)
  • 1 cawan krim
  • 1 sudu besar sirup

Langkah–langkah:

Kek Asas Coklat Lembap Sugarlou:

  1. Panaskan oven sehingga 175 celcius
  2. Sediakan satu 8-inci bekas kek (sapukan dengan mentega dan taburkan tepung)
  3. Dalam bekas yang lain, ayakkan tepung, serbuk koko, baking soda dan tepung penaik.
  4. Tambahkan gula perang, gula dan garam dalam bekas yang sama.
  5. Dalam bekas yang berlainan, campurkan telur tersebut, buttermilk, minyak dan vanila serta kacau perlahan dengan garfu.
  6. Tambahkan ramuan susu tersebut kepada bahan-bahan kering tadi dan kacau sehingga 2 minit pada kelajuan sederhana.
  7. Sementara anda mengaul ramuan anda, perlahan-lahan masukkan kopi.
  8. Letakkan ramuan tersebut dalam bekas kek. (Ramuan akan nipis dan cair)
  9. Bakar kek tersebut selama 30 hingga 40 minit. (Tip: Bagi memastikan kek anda sudah masak cucuk lidi dan jika lidi yang dikeluarkan tersebut bersih, maka ia sudah masak)
  10. Sejukkan kek tersebut selama 20 minit dan terbaliknnya ke dalam pinggan yang khas untuk kek.
  11. Bagi sebuah kek coklat yang lazat, tuangkan coklat ganache ke atas kek tersebut. Sangat sedap.

 

Kek coklat yang berlapisakan atau berintikan coklat merupakan kek yang paling sedap dimakan sehingga anda boleh makan begitu sahaja.

Coklat Ganache Sugarlou:

  1. Panaskan krim sehingga ia reneh dan kemudian tutup. Jangan biarkan krim tersebut mencapai tahap mendidih
  2. Letakkan cip coklat dalam bekas dan kemudian masukkan krim panas tersebut ke dalam bekas itu. Gaul sehingga coklat tersebut cair dan berkilat.
  3. Tambahkan sirup dan sambung mengaulkan ramuan tersebut.
  4. Coklat ganache sudah siap.
  5. Hidang dalam bekas atau tuangnya ke atas kek tersebut.

 

Sertai mereka yang suka akan coklat – jika anda mahu. Jika anda gemari kek yang cantik, ikuti saya di Instagram atau facebook. Jangan lupa untuk hastag #butterkicap jika anda mencuba resepi ini.

print
Yasmin Hasan

Guest Baker

Being a former news anchor, student of architecture and self-professed beauty addict, Yasmin Hasan prefers her cakes sky high and pretty as a picture. She first fell in love with cakes due to pregnancy cravings and has never recovered. From baking for her family to now having her own home cake business called SugarLou, named after her daughter who started it all; every cake she creates is made from scratch, with only the best ingredients and always a healthy serving of love.

Love Malaysian food and culture? Find Malaysian recipes and stories on culture here in the Butterkicap community. Join us.

Sign up for Butterkicap

Tweet us 
@butterkicap

Show the world just how amazing Malaysian food is.

Hashtag us at #butterkicap

Please check your feed, the data was entered incorrectly.

casibom jojobet giriş jojobet Casibom holiganbet giriş casibom giriş Casibom casibom casibom giriş CASİBOM holiganbet Casibom Giriş casibom casibom güncel giriş casibom güncel Casibom Casibom holiganbet holiganbet casibom güncel giriş